Pages

12/22/2011

Apa itu DHA? - Terdapat Dalam Susu Kambing HiGoat Koko

Apa itu DHA?

DHA atau dokosaheksaenoik acid ialah sejenis asid lemak omega-3 berantai panjang yang boleh dijumpai dalam setiap sel dalam badan. Ia membentuk lebih 90% daripada lemak omega-3 dalam otak, mata dan sistem saraf pusat. Oleh itu, DHA adalah penting untuk perkembangan otak, mata dan sistem saraf pusat, yang bermula dari dalam rahim ibu.!

Semasa hamil, bayi di dalam rahim memperolehi DHA daripada ibunya. Berapa banyak DHA yang diperolehi oleh bayi itu bergantung kepada jumlah DHA yang diambil oleh ibunya.

Tetapi malangnya, ramai wanita mengandung tidak memperolehi jumlah DHA yang disyorkan dalam diet mereka dan DHA tidak didapati dalam kebanyakan vitamin pra lahir yang mereka ambil.

Pembentukan Bayi 6 Bulan Di Dalam Kandungan Ibunya Hingga Usianya Mencapai 2 Tahun Memerlukan DHA.

Masa usia dalam kandungan enam bulan hingga usia dua tahun, merupakan jangka waktu yang amat penting dalam pembentukan dan tumbuh kembang otak bayi anda. Selain faktor genetik dan lingkungan, kecerdasan otak bayi dibentuk daripada nutrisi yang diberikan kepadanya. Bayi anda memerlukan zat-zat penting seperti vitamin B1, B6, asid folik, sodium, zat besi dan DHA untuk membantu pembentukan otaknya.

Gambar Hiasan: Seorang Kanak-kanak Perempuan Muslim Memegang Al-Quran

Dari beberapa zat nutrisi penting tersebut, DHA sendiri merupakan zat kaya manfaat yang berfungsi menjaga selaput otak agar berfungsi sempurna dalam menghantar informasi dari satu sel otak ke sel otak yang lainnya, selain itu juga, ia berfungsi untuk memaksimakan daya serap dan daya ingat otak terhadap suatu informasi serta rangsangan.

Saranan Pengambilan Susu Kambing HiGoat Koko Dalam Diet Anda.

Bagi kanak-kanak, DHA diperlukan untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan otak, mata dan saraf dengan baik. Seringkali kanak-kanak mengambil kurang dari tahap optimum DHA kerana sumber DHA yang terhad. Justeru, berikanlah anak anda Susu Kambing HiGoat Koko yang mengandung DHA bagi membina badan yang cergas dan minda yang cerdas.
Baca Lanjut dan Komen...

Apa itu Oligofruktos (Oligofructose) - Terdapat Dalam Susu Kambing HiGoat Koko

Oligofruktos

Apa itu Oligofruktos?

Salah satu bahan makanan yang ditemui lebih banyak dan lebih kerap, khususnya dalam produk kesihatan atau rendah-gula, adalah oligofruktos atau oligofructose (FOS). Hal ini juga dapat dilihat dibawah nama FOS, frukto-oligosaccharide, dan Raftilose. Sementara nama yang panjang boleh menyebabkan pembaca mengesyaki ianya bahan tambahan makanan sintetik, oligofruktos sebenarnya adalah zat yang diekstrak dari tumbuhan. Hal ini secara semulajadi hadir dalam buah-buahan dan sayur-sayuran, beberapa yang banyak digunakan di Amerika seperti gandum, pisang, bawang merah dan bawang putih. Bahan ini juga ditambah ke dalam banyak makanan sebagai pemanis atau membaiki tekstur makanan tersebut.

Inulin dan apa kaitannya dengan Olgifruktos?

Inulin adalah tanaman yang berasal dari karbohidrat yang mengandungi serat makanan. Oligofruktos sebenarnya berasal dari inulin. Sementara inulin pada dasarnya tidak ada rasa (tawar) dan oligofruktos memiliki rasa yang agak manis. Inulin dan oligofruktos keduanya adalah makanan tambahan yang baik, kerana mereka adalah karbohidrat yang tidak menaikkan gula darah atau menghasilkan respons insulin. Selain itu, oligofruktos tidak merosakkan organ dalaman setelah melepasi bahagian atas dari saluran pencernaan, yang bererti bahawa ianya adalah rendah kalori. Dengan itu ianya selalu digunakan ke dalam makanan rendah gula atau rendah kalori sebagai pengganti gula. Mereka yang mempunyai komplikasi dengan gula dalam darah, seperti hipoglikemia dan diabetes (kencing manis), mendapati ianya sesuai dinikmati dan selamat digunakan.


Digunakan Di dalam Makanan Probiotik

Oligofruktos dianggap sebagai makanan probiotik, iaitu diambil oleh bakteria baik dalam usus yang bermanfaat seperti acidophilus dan lactobacillus, menyebabkan mereka mudah membiak dengan cepat. Bakteria baik yang bermanfaat ini penting bagi kesihatan pencernaan yang memberi manfaat kepada sistem antibodi badan. Sistem pencernaan yang sihat dan sistem antibodi yang kuat dapat menjadikan kulit lebih sihat, mempunyai banyak tenaga dan merasa lebih sihat pada keseluruhannya. Hal ini mungkin disokong dengan bahawa oligofruktos ditambah ke dalam produk susu probiotik seperti yoghurt, kefir dan minuman tenusu seperti Susu Kambing HiGoat Koko Bahan-bahan tersebut telah pun mempunyai kebaikan bakteria probiotik dan oligofruktos bertindak menambah baik fungsi bakteria tersebut.

Pencegahan Kanser

Ada beberapa bukti yang menunjukkan bahawa probiotik sangat membantu dalam mencegah kanser atau mencegah pertumbuhan sel-sel kanser, dimana ianya dapat menghalang tumor kanser berulang. Kehadiran bakteria probiotik sangat berfungsi untuk mengurangkan kadar enzim kanser yang mungkin hadir. Perkara ini terutamanya berlaku untuk kanser usus seperti kanser usus besar. Sementara beberapa kajian telah dilakukan pada manusia, hasil konklusif daripada kajian haiwan adalah sama dengan hasil manusia. Oligofruktos bertindak sebagai pemangkin untuk pertumbuhan probiotik melawan kanser, dimana kemudiannya ia merupakan bahan penting untuk kehidupan tanpa kanser. Memastikan oligofruktos dan probiotik sentiasa hadir dalam diet individu adalah cara terbaik untuk meminimumkan risiko mendapat pelbagai kanser.

Menambah Manfaat Kesihatan

Probiotik telah terbukti meningkatkan jumlah mineral dan vitamin yang diserap dari makanan dan membantu makanan untuk dicerna dengan lebih baik. Perkara ini disebabkan oleh salah satu produk samping mereka adalah enzim-enzim pencernaan seperti laktase. Selain itu, mereka tetap bakteria berbahaya yang mungkin menyebabkan masalah pencernaan seperti diarrhea. Oligofruktos bersama-sama dengan bahan asalnya, inulin bergantung kepada pertumbuhan bakteria bermanfaat tersebut. Perkara ini menunjukkan kehadiran oligofruktos amat penting untuk kesihatan keseluruhan sistem badan.

Diabetes dan Kawalan Berat Badan

Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa pengambilan konsisten oligofruktos mengakibatkan penurunan tahap insulin secara signifikan. Kerana insulin dihasilkan untuk bertindakbalas terhadap gula dalam darah, ini menunjukkan kehadiran kadar glukosa dalam darah yang jauh lebih rendah. Kerana kandungan yang rendah kalori dan bantuan semulajadi semasa pencernaan, oligofruktos juga boleh membantu mengurangkan berat badan, jadi kepada mereka yang ingin menurunkan berat badan harus menggambil oligofruktos sebagai sebahagian daripada program diet mereka.


Prebiotic Differences
Baca Lanjut dan Komen...

11/24/2011

HiGoat - HR Ekspress Kiosk



Muat Turun Borang Pendaftaran Kiosk di sini http://www.hrgroup2u.com/images/stories/BorangPermohonanKiosk.pdf
Baca Lanjut dan Komen...

HiGoat Koko Dengan Oligofruktos dan DHA

Memperkenalkan Produk Terbaru HiGoat KoKo dengan Oligofruktos dan DHA.

RM36.60 (SM) RM41.60 (S&S) Stok adalah Terhad.!


Baca Lanjut dan Komen...

8/27/2011

Penamatan Penjualan 'Compact Power'


Perhatian:

Tarikh: 18 Ogos 2011
Kepada: HRC, Stokis & ahli HR
Daripada: HR Maketing Sdn. Bhd.
Rujukan: HRM/MKTG/0811-02
Perkara: Penamatan Penjualan Compact Powder

Untuk makluman pihak syarikat akan menamatkan pengeluaran stok untuk produk berikut:

1. HCC507-1: Compact Powder (01)/Sweet Ivory
2. HCC507-2: Compact Powder (02)/Peachy Glow

Oleh itu, pembelian dan penjualan produk yang dinyatakan di atas adalah SELAGI STOK MASIH ADA/WHILE STOCK LAST.

Sekian, harap maklum.
Baca Lanjut dan Komen...

Selamat Balik Kampung

Hari ini ramai yang sudah mula bercuti untuk berkemas rumah, membuat persiapan Hari Raya dan ada juga yang sudah merancang atau sudah memulakkan perjalanan untuk pulang ke kampung untuk menyambut Adilfitri nanti bersama ibu bapa dan sanak saudara tercinta.

Walau ke manapun destinasi anda, kami mengucapkan "Selamat Balik Kampung" dan berhati-hati di jalan raya. Semoga selamat sampai ke destinasi yang ditujui. Jika anda mengantuk dan letih memandu pada waktu malam, jangan lupa berehat dan tidur sebentar di R&R dan dapatkan secawan Kopi SpyHRu HR untuk mengembalikan tenaga.

Tip Balik Ke Kampung: Panduan AM Pencegahan Pecah Rumah

Bagaimana Boleh Berlaku?

* Dengan pemutar skru atau objek-objek tajam, mengumpil pintu atau tingkap
* Menggunakan ‘jack’ untuk membuka jerjak besi tingkap
* Memotong mangga (ibu kunci) dengan gergaji besi.
* Memasuki melalui bumbung rumah/siling yang terbuka.
* Tingkap yang tidak berkunci/terbuka
* Menggunakan kunci pendua

Sebab-sebab Berlaku Pecah Rumah

* Tidak memberitahu jiran dan polis apabila meninggalkan rumah kosong
* Tiada muafakat sesama jiran untuk mengawasi kediaman masing-masing
* Meletakkan barang yang bernilai di sekitar atau dalam rumah yang dapat dilihat dari luar
* Menunjukkan tanda rumah tidak dihuni seperti langganan akhbar dan roti yang tidak dihentikan.
* Kedudukan rumah yang terpencil serta struktur rumah yang memudahkan penjenayah memasukinya.
* Membiarkan pintu atau tingkap terbuka, terdedah tanpa pengawasan atau ditutup tanpa berkunci.
* Menggunakan kunci, mangga atau rantai yang mudah diumpil, dipotong atau dibuka dengan kunci tiruan.
* Keadaan rumah seperti bumbung, tingkap, dinding dan sebagainya yang memudahkan penjenayah memasukinya.

Cara Pencegahan

* Memaklumkan balai polis terdekat tentang alamat rumah, tarikh dan masa anda tidak berada di rumah. Tinggalkan maklumat secukupnya bagi memudahkan pihak jiran atau polis memaklumkan sebarang kejadian kepada anda.
* Memasang alat-alat keselamatan tambahan pada pintu utama seperti lubang pandangan,mangga dan selak keselamatan.
* Sentiasa pasangkan lampu bila keluar rumah.
* Jangan tinggalkan sebarang nota yang boleh membantu pemecah rumah bertindak.
* Hubungan yang baik dengan jiran dapat membantu keselamatan rumah bila kita tiada.
* Pastikan pintu, tingkap dan pintu pagar berkunci sebelum meninggalkan rumah atau tidur.
* Pasangkan sistem penggera keselamatan atau kamera litar tertutupk untuk rumah/bangunan.
* Kawasan rumah hendaklah sentiasa bersih dan lapang. Semak-samun, rumpun pokok dan belukar boleh menjadi tempat persembunyian pemecah rumah/penjenayah.
* Sekiranya bercadang untuk bercuti lama, hentikan langganan akhbar atau roti supaya tidak meninggalkan tanda rumah tiada berpenghuni.

Nasihat Apabila Berlaku Pecah Rumah

* Segera buat laporan di Balai Polis berhampiran.
* Jangan menyentuh atau mengubah apa-apa jua barang yang didapati berselerak selepas dimasuki pencuri. Ini bertujuan untuk melindungi bukti di tempat kejadian seperti kesan cap jari atau alat-alat yang ditinggalkan penjenayah.

Baca Lanjut dan Komen...

8/01/2011

Balighna Ya Ramadhan - Selamat Berpuasa



Baca Lanjut dan Komen...

6/22/2011

Road To Diamond RTD - GGC Zon Tengah 2011


Baca Lanjut dan Komen...

6/08/2011

Nature Cure Center

"FOOD IS MEDICINE 
AND
MEDICINE IS FOOD"


Why must this message must reach to your house today?

PLEASE GIVE IT TO THOSE WHO NEED IT !!!

In this 21st Century, DO NOT suffer from sick and illness,

"There's Always A Remedy For All Sickness Except Death"



Consultation and COUNSELING ON:

♥ Menstrual Problems
♥ Improve Brain function
♥ HIV/AIDS
♥ Wind
♥ Menopause
♥ Psoriasis
♥ Piles
♥ Skin Problem
♥ Cancer
♥ Abdominal Pain
♥ Cholesterol
♥ Kidney Stone / Gallstone
♥ Firming up of Breast
♥ Constipation
♥ Urinary Tract Infection
♥ Viral Infection
♥ Gout
♥ Infertility
♥ Asthma
♥ Hypertension
♥ Erectile Dysfunction
♥ Hyper thyriodism
♥ Diabetes Mellitus
♥ Pigmentation
♥ Dengue (100%)
♥ Gastritis
♥ And also Other Medical Problem
 
 
We also provide other services and consultation on
  • Acupressure
  • Herbal Products
  • Yogatherapy (for Non Muslim)
  • CPR Training
  • First Aid Training
  • Reflexology
  • Therapy and Facial Treatment
  • Mini gyme for Therapy Purpose
  • House Product
  • Health Product
 
Featured Products:

We Used Goat's Milk and Herbs
for
Our Best Treatment

SpyHRu Coffee (Goat's Milk + Coffee + Spirulina)
and
HiGoat Premium (Goat's Milk + Honey + Dates)

We are...
Stokist for Goat's Milk Products
Manufactured by HR Manufacturing Sdn. Bhd
and
Distributed by HR Marketing Sdn. Bhd



Our Location:

Agilan Nature Cure Center
(Co. No.: 001689318-U)
No. 41, Jalan Dendang 9
Taman Teluk
42500 Teluk Panglima Garang
Kuala Langat
Selangor


Contact Us:

Agilan A/L Veerasingam (Dr.)
012-3762577

Baca Lanjut dan Komen...

6/07/2011

Sakit Lutut dan Inflamasi Sendi

Sakit Lutut

Sebut sahaja 'sakit lutut' ia begitu sinonim dengan masalah 'warga emas' terutama wanita yang sudah berusia. Walau bagaimanapun ia boleh juga terjadi dikalangan lelaki berusia dan kanak-kanak. Banyak sebab berlakunya sakit lutut ini antaranya kecederaan kerana aktiviti lasak ketika bersukan, kemalangan, penyakit gout, jangkitan kuman, tulang yang berlaga disebabkan penyakit osteoarthritis (OA) atau lebih dikenali sebagai "wear-and-tear" arthritis, penyakit rheumatoid arthritis (RA) atau dikenali sebagai chronic autoimmune disease dan sebagainya. Walau bagaimanapun, diagnosis yang betul diperlukan untuk menentukan jenis penyakit yang dihidapi.

Adalah amat menyakitkan dan menyukarkan pesakit untuk melakukan aktiviti-aktiviti harian mereka seperti berjalan, bersukan dan melakukan solat. Mereka merasakan kesakitan yang amat sangat di bahagian lutut ketika hendak bangun dari duduk, berjalan dan ketika menaiki tangga. Jika rawatan segera tidak diambil maka penyakit ini akan bertambah kronik.


Rheumatoid arthritis (RA)

Mengikut statistik, lebih dari 1.3 juta penduduk di Amerika yang mengalami masalah sakit lutut ini disebabkan oleh  rheumatoid arthritis (RA) dan lebih 73% adalah wanita yang sudah berusia.

Rheumatoid arthritis (RA) ini boleh berlaku di kawasan sendi tangan, bahu, kaki, jari tangan dan jari kaki dan ia akan menyebabkan bengkak, pergerakan yang menyakitkan, dan mungkin juga kecacatan (bengkok) pada sendi jari, tangan dan kaki.

Rheumatoid arthritis (RA) yang berlaku di kawasan sendi lutut akan menyebabkan sakit lutut yang amat sangat, berlaku pembengkakan, rasa panas, dan mungkin juga boleh menyebabkan demam atau selsema. Ia berlaku disebabkan satu bahagian 'small pouch' yang dilitupi oleh sejenis tisu yang dipanggil 'synovium' terletak di antara dua bahagian tulang rawan mengalami kemerosotan untuk mengeluarkan 'cecair pelincir' untuk pergesaran dan pergerakan antara dua tulang menjadi sakit dan 'small pouch' ini akan membengkak.


Rawatan Doktor

Apabila pesakit mendapatkan rawatan doktor, biasanya doktor akan memberikan ubat-ubatan dadah atau steroid dan Doktor akan lakukan pembedahan lutut jika perlu.

Antaranya ubatan-ubatan yang digunakan dalam rawatan, disease-modifying anti-rheumatic drugs (DMARDs) seperti berikut:

DMARDs include:
  • methotrexate (Rheumatrex, Folex)
  • leflunomide (Arava)
  • hydroxychloroquine (Plaquenil)
  • sulfasalazine (Azulfidine)
  • gold (Myochrisine injected into muscles; Auranofin -- given orally)
  • minocycline (Minocin, Vectrin, Dynacin)
  • azathiaprine (Imuran)
  • cyclosporine (Neoral, Sandimmune) 
Another category of DMARDs are biologic modifiers -- usually used with methotrexate. Biologic agents include:
  • adalimumab (Humira)
  • anakinra (Kineret)
  • etanercept (Enbrel)
  • infliximab (Remicade)
  • abatacept (Orencia)
  • rituximab (Rituxan)
Other treatments are:
  • Nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs) -- over-the-counter and prescription strength
  • Steroids

Susu Kambing HiGoat

Priskripsi ubatan-ubatan dari Doktor ini bukanlah satu pilihan yang tepat. Ia mungkin boleh membantu merawat dan menyembuhkan penyakit tetapi apa yang hendak disampaikan di sini ialah kita tidak perlu hidup dalam pergantungan dengan dadah dan steroid sepanjang hayat. Ada lagi rawatan alternatif yang amat berkesan dan mesti kita cuba sekiranya kita yakin akan kebaikan dan manfaatnya antaranya ialah susu kambing HiGoat.

Untuk berkongsi pengalaman dan testimoni benar dari seorang pesakit, beliau kini telah pulih dari masalah ini setelah beliau mengamalkan minum susu kambing HiGoat. Banyak kaedah rawatan selain dari rawatan Doktor yang beliau telah lakukan tapi hasilnya tidak memuaskan sehinggalah beliau diperkenalkan dengan susu kambing HiGoat. Alhamdulillah, beliau kini tidak lagi bergantung kepada ubat-ubatan Doktor. Hanya dengan mengamalkan minum dan menghabiskan sekotak susu kambing HiGoat telah ada kesan positif, sakit lututnya hilang dan pergerakannya sudah semakin baik.



Kenapa Susu Kambing?

Susu kambing didapati mengandungi kandungan bioorganic sodium yang tinggi. Bioorganic sodium dikenali dalam rawatan naturopathic sebagai elemen anti penuaan. Bioorganic sodium didapati mengurangkan masalah rheumatoid arthritis (inflamasi sendi).


Walau bagaimanapun, pilihan untuk mendapatkan rawatan dan usaha untuk mendapatkan penyembuhan terletak di tangan masing-masing. Jika kita berkeyakinan, apa salahnya kita mencuba mendapatkan sekotak susu kambing HiGoat dan cuba mengamalkannya. InsyaAllah, sakit lutut kita akan pulih dengan izinNya.
 
 
p/s: Doktor boleh bantu jika ada kesalahan fakta dalam artikel ini.
Baca Lanjut dan Komen...

6/06/2011

Manfaat Susu Kambing (Satu Fakta Menarik)


Fakta 1: Susu Kambing Bersifat Alkali

Ianya mempunyai kandungan pH beralkali. Maka ianya tidak menjana acid dalam darah atau usus. Ianya bertindak meneutralkan acid dalam badan. Kandungan acid berlebihan dalam badan menyebabkan kepada penyakit sakit kepala, sakit badan dan otot, penurunan berat badan, kandungan gula dalam badan yang tidak seimbang, keletihan dan tekanan darah tinggi.


Fakta 2: Susu Kambing Mudah Hadam

Susu kambing mempunyai molekul protin dan lemak yang sangat halus, lembut, serta mudah hadam berbanding susu lembu. Ianya sangat baik untuk diet bayi dan juga orang dewasa yang mempunyai masalah penghadaman. Disebabkan zarahnya yang halus serta sifatnya yang menyah acid, maka sangat sesuai digunakan bagi rawatan ulcer dan gastrik.


Fakta 3: Alahan Laktosa

Sifat susu kambing yang mudah hadam membolehkan laktosa melalui usus dengan mudah Susu kambing mempunyai kandung laktosa 7% lebih rendah berbanding susu lembu. Ianya sangat baik untuk kanak-kanak yang cirit birit dan alahan kepada susu lembu dan susu tepung.


Fakta 4: Susu Kambing Mengandungi Asid Lemak Yang Baik

Susu kambing mengandungi asid lemak baik (asid kaprik dan kaprilik) yang mencegah kesan jangkitan kulat. Asid ini juga membantu sistem pertahanan badan dan meningkatkan tenaga manusia.


Fakta 5: Susu Kambing Tidak Membentuk Lendir

Susu kambing tidak membentuk lendir sebagaimana susu lembu dan tiada menimbulkan alahan kepada manusia.


Fakta 6: Susu Kambing Kaya Dengan Mineral Selenium

Kandungan Mineral Selenium yang kaya dalam susu kambing bertindak sebagai bahan bagi membantu sistem ketahanan sel badan manusia dan bahan anti oksida. Selain itu ianya melawan virus secara semulajadi dan mencegahnya dari membiak.


Fakta 7: Susu Kambing Kaya Dengan Bahan Bioorganic Sodium

Susu kambing didapati mengandungi Kandungan Bioorganic Sodium yang tinggi. Bioorganic Sodium dikenali dalam rawatan naturopathic sebagai elemen anti penuaan. Bioorganic Sodium didapati mengurangkan masalah Rheumatoid Arthritis (inflamasi sendi).


Fakta 8 dan seterusnya: Susu Kambing, Keajaiban Untuk Kebaikan Kesihatan

Susu kambing secara semulajadi mencegah pembiakan organism yang merbahaya dalam badan manusia sekaligus menjadikan kita sihat.

Kandungan potassium dan kalsium yang tinggi dalam susu kambing serta kandungan sodium yang rendah dlm susu kambing sangat penting bagi membentuk tekanan darah yang normal dan mengawal fungsi hati yang normal.

Susu kambing mengandungi bahan riboflavin untuk tenaga dan juga boleh merawat simpton penyakit lelah, eczema, colic, insomnia dan demam kuning.

Kandungan silicon dan fluorine yang tinggi dalam susu kambing dapat mencegah penyakit diabetes (kencing manis). Susu kambing juga mengandungi faktor anti barah.
Baca Lanjut dan Komen...

4/30/2011

Selamat Hari Pekerja 2011

Esok 1 Mei 2011 adalah cuti umum 'Hari Pekerja' atau dikenali sebagai 'Hari Buruh' yang disambut setiap tahun di Malaysia. Tahun ini adalah tahun pertama aku tidak menyambut Hari Perkerja. Sebenarnya tak ada keperluan pun untuk aku menyambutnya atau mengingatinya. Sebab aku memang sudah setahun berhenti dalam erti kata "buat kerja" atau bekerja untuk orang lain. Hanya, sekadar ingin mengucapkan "Selamat Hari Pekerja" kepada rakan-rakan yang masih bekerja. Termasuk team member yang bekerja untuk aku dan yang terlibat menjayakan perniagaan aku termasuklan pemandu lori yang menghantar barang perniagaan aku, kerani Pejabat Pos, pekerja di pam minyak, pegawai Bank yang menguruskan akaun aku, pelayan yang menyediakan makanan untuk aku di restoran ketika aku melayan prospek, guru-guru yang mengajar dan mendidik anak-anak aku di sekolah dan sesiapa sahajalah yang telah menjadi team member yang terlibat dan bekerja untuk aku secara langsung dan tak langsung.

Sekarang aku adalah seorang usahawan yang berjaya yang bekerja untuk diriku sendiri. Pendapatan aku, aku tentukan sendiri, 1 ribu, 5 ribu, 30 ribu atau 100 ribu ringgit sebulan tidak mustahil dan memang sudah ada yang terbukti. Masa kerja aku, aku tentukan sendiri samada nak masuk kerja pukul  8 pagi, 8 malam atau bekerja 8 jam sehari, 1 jam sehari terpulanglah kepada aku. Cuti aku, aku tentukan sendiri tak payah bersusah payah nak minta dan tunggu kelulusan boss besar atau taukey yang duduk di kerusi empuk bilik berhawa dingin. Terpulanglah, kalau aku rajin aku dapat pendapatan yang banyak dan jika aku malas aku dapat pendapatan yang sedikit. Bonus pula aku boleh dapat hari-hari, mingguan dan bulanan manakala orang yang bekerja mengharapkan bonus sedikit hujung tahun sahaja itupun ditentukan oleh pencapaian dan kecemerlangan kerja untuk tempoh 12 bulan, kasihan mereka sekiranya mereka telah melakukannya dengan cemerlang selama 11 bulan tapi tidak cemerlang untuk sebulan maka mereka dikira sebagai seorang pekerja yang tidak cemerlang. Tapi, apa yang paling penting ialah tiada siapa yang boleh mengarah, menyuruh dan memarahi aku kini. Semuanya aku tentukan sendiri.

Seronoknya apabila kita boleh tentukan sendiri perjalanan hidup kita, masa kita, pendapatan kita dan aktiviti kita. Tak ada istilah 'boss' dan istilah 'kuli'. Kitalah boss dan kitalah kuli. Dah tak perlu nak merungut lagi gaji yang diberikan sedikit, kerja yang banyak, selalu dimarahi atau dimakin hamun akibat alasan remeh datang lambat ke tempat kerja lantas menyalahkan sistem jalan raya yang tak baik menyebabkan traffic jam. Masa bersama keluarga juga banyak. Kalau dulu aku tercari-cari masa kualiti untuk bersama keluarga, tetapi sekarang setiap masa aku ada bersama keluarga dan setiap masa adalah kualiti. Walau bagaimanapun, aku tak pernah merendahkan martabat orang yang bekerja. Mereka bekerja untuk boss mereka dan bukan untuk diri mereka sendiri. Tetapi mereka ini tetap menyumbang kepada ekonomi negara dan kemakmuran mencari sesuap nasi membesarkan anak-anak dan menyara keluarga dengan rezeki yang halal. Itu adalah pilihan mereka dan mereka berhak menentukan. Ada yang berjaya dan ada yang merungut dan terus merungut. Tetapi tiada siapa yang dapat merubah keadaan kecuali diri kita sendiri. Jika itu sudah menjadi pilihan kita, teruskan usaha dan lakukannya dengan ikhlas dan berhenti merungut. Jika kita inginkan perubahan, ingat, masa tidak akan menunggu kita dan HANYA KITA YANG MAMPU MERUBAH KEADAAN kepada yang lebih baik dan bermakna. Justeru, bertindaklah dengan segera.

Aku pula telah membuat keputusan untuk tidak merungut tetapi membuat pilihan aku sendiri untuk mengubah hidup yang penuh dengan sindrom 'denial' iaitu menafikan yang hidup kita susah, pendapatan tidak cukup, bukan tidak mahu bersyukur tetapi memang kerana gaji yang kita dapat sememangnya tidak mencukupi dan hidup dalam keadaan defisit walaupun pekerjaan kita itu dikatakan "BAGUS". Aku memilih untuk menentukan laluan hidupku sendiri yang lebih baik dengan menjalankan perniagaan kerana aku percaya dengan berniagalah aku boleh menentukan segalanya. Pendapatan, masa dan impian boleh aku rangka dan usahakan sendiri untuk mencapainya tanpa rungutan dan rezekinya lebih baraqah. Inilah yang dikatakan "KEBEBASAN".

Kebebasan KEWANGAN, kebebasan MASA dan pencapaian IMPIAN yang nyata. Tiada lagi kerja-kerja rutin seharian di pejabat yang membosankan yang memberikan aku pulangan gaji yang tidak mencukupi dan tenaga yang dikeluarkan pula tidak terhad, bekerja lebih masa dari yang sepatutnya dan mengikut arahan tanpa boleh memberikan alasan walaupun ketika kita tidak sihat atau tidak bersemangat.

Alhamdulillah, aku membuat keputusan yang tepat dengan berhenti setahun yang lalu sebagai seorang 'pekerja' walaupun aku sudah mendapat pendapatan lima angka. Sekarang aku sudah mendapat pendapatan yang sama ketika aku bekerja dulu bahkan semakin meningkat setiap bulan, lebih cemerlang, lebih berbaloi, tetapi apa yang paling berharga ialah aku mendapat 'KEBEBASAN' dan 'KEPUASAN DIRI'.

Selamat Hari Pekerja.
Baca Lanjut dan Komen...

4/23/2011

Berhenti Dari Terus Bercakap, Dengar dan Fahamkan!

Kadang kala apabila anda melakukan 'prospecting', anda sering melakukan kesilapan. Oleh kerana terlalu teruja untuk bercerita dan berkongsi tentang produk dan bisnes anda yang sangat hebat, anda terlupa kemahuan bakal pelanggan anda yang sebenarnya dan berkesudahan dengan kegagalan mendapatkan pelanggan baru.

Untuk memulakan dan memandu perbualan, anda boleh menggunakan kaedah ini iaitu bertanya tentang keluarga, pekerjaan, kesihatan dan kedudukan kewangannya. Tetapi perkara yang paling penting ialah anda BERHENTI dari terus bercakap, biar dia yang bercerita dan anda MENDENGAR dengan tekun dan teliti dan cuba memahami ceritanya terlebih dahulu. Biarkan dia bercerita, gunakan bahasa badan dan pandangan mata ke mata untuk mengiakan ceritanya sambil mencari 'point' untuk memberikan pandangan dan cadangan kerana peluang itu datang dari sesuatu permasalahan. Apabila kita menjadi seorang pendengar yang bagus, sudah tentu mereka akan menerima pandangan dan cadangan kita nanti kerana mereka akan percaya dan yakin dengan kita bahawa kitalah orang yang boleh membantu menyelesaikan masalah kalaupun tidak pada hari ini pada hari-hari akan datang (mungkin mereka susah untuk berterus-terang pada pertemuan kali pertama).

Misalnya, sekiranya dia bercerita bahawa dia menghadapi masalah kesihatan, maka inilah peluang untuk anda membantu beliau kerana anda menjual produk kesihatan seperti susu kambing HiGoat yang terbukti baik dapat membantu menyembuhkan pelbagai penyakit. Sekiranya beliau sihat tetapi ada masalah kewangan, maka anda perlu berkongsi cerita pendapatan anda dari bisnes ini kepada beliau kerana mungkin beliau berminat dan ia dapat membantu beliau menyelesaikan masalah kewangan. Perkara topik perbualan memang tidak akan lari dari dua perkara ini, kesihatan dan kewangan. Ada masalah dan ada jawapan kepada pemasalahan.

Pada suatu hari seorang Profesor datang melawat ke sebuah kuil Buddha. Seorang Sami menyambut Profesor tersebut dan menuangkan secawan air di dalam cawan yang sudah penuh dengan air sehingga air tersebut tumpah ke atas lantai. Profesor tersebut hairan dan bertanya kepada Sami tersebut. Kenapa tuan menuang air ke dalam cawan yang sudah penuh berisi air.? Jawab Sami tersebut, anda seorang Profesor yang banyak ilmu dan pendapat. Tetapi sebelum anda berkata-kata kepada saya, terlebih dahulu anda kosongkan minda anda seperti cawan tersebut kerana ia perlu kosong sebelum dapat dituangkan air.

Apa pun bisnes yang kita ceburi, kita sebenarnya terlibat dalam bisnes pendidikan (education business). Kita tanpa sedari sedang mendidik pelanggan kita ilmu tentang penyakit, produk, menjana pendapatan dan mendidik beliau untuk kaya dan berjaya. Tetapi sebelum kita boleh mendidik mereka, kita sendiri perlu 'kosongkan minda' kita dan letakkan perhatian penuh kita kepada mendengar pemasalahan mereka terlebih dahulu. Apabila kita berjaya mendengar dan memahaminya dengan baik, nescaya kita akan berjaya memenuhi kehendak mereka dan 'prospecting' kita akan berjaya.

Baca Lanjut dan Komen...

4/21/2011

Potensi Bukan Keuntungan

Hari ini saya ingin memberikan tip dan berkongsi bagaimana corak pemikiran saya dan apa yang mendorong saya membuat sesuatu keputusan apabila mula ingin menceburkan diri dalam bisnes. Dari seorang pekerja (jurutera profesional) kini menceburkan diri sepenuhnya dalam bidang bisnes "kambing".

Perkara pokok yang saya fikirkan atau mungkin datang secara tiba-tiba ialah PELUANG. Ya, saya melihat peluang itu memang banyak dan ada di mana-mana sahaja justeru kita mestilah menilainya dengan baik seperti kata HAMKA.

Peluang yang besar itu datang secara tiba-tiba, datang tidak menentu masa, datang disaat kita kesempitan atau kesusahan. Nilailah peluang itu dengan secara bijaksana. Rebutlah peluang yang besar itu, kerana peluang yang besar itu boleh berlalu dengan tiba-tiba. Jangan jadikan Seribu Alasan untuk tidak merebut peluang yang besar itu!

- Allahyarham Prof. Dr. Hamka (Buya Hamka)


Perkara kedua yang menjadi kriteria pemilihan saya ialah IDEA. Bagaimana saya melihat 'idea bisnes' itu tak kiralah idea saya sendiri atau orang lain sangat unik dan lain dari yang lain justeru rangkaian produk atau perkhidmatan yang bakal dihasilkan pasti akan sangat-sangat diperlukan oleh pengguna atau pembeli nanti. Bagi saya idea adalah perkara yang paling mahal dan tak ternilai dimana idea bisnes yang unik dapat merubah dunia dan tidak semua orang memiliki idea-idea yang sama. Mungkin juga terlintas idea yang sama tetapi tidak semua merebut peluang mencipta kejayaan dengan idea tersebut.

Perkara ketiga yang menjadi faktor paling penting bagi ketiga-tiga corak pemikiran saya tersebut ialah POTENSI. Jika kita ingin menceburkan diri dalam bisnes tak kira bisnes konvensional atau bisnes 'networking', kita perlu melihat kepada potensi perniagaan tersebut bukan keuntungan semata-mata. Jika perniagaan tersebut mempunyai idea yang baik, peluang yang baik dan akan diterima oleh masyarakat serta potensi bisnes yang cerah untuk maju dengan mempunyai bakal prospek yang ramai, sudah tentu keuntungan akan datang kemudiannya.

Apabila ketiga-tiga perkara yang saya sebutkan di atas ada dalam kriteria penilaian membuat keputusan menceburkan diri dalam bisnes, menurut susunan kepentigannya barulah saya fikirkan tentang modal, pelan pemasaran, tindakan, mengembangkan bisnes dan keuntungan.

Alhamdulillah, saya telah memilih untuk menceburkan diri dalam bisnes berasaskan susu kambing dan daging kambing. Ya memang sudah ramai penternak yang menjual susu kambing segar dalam botol dan menjual kambing sama ada sebagai baka atau daging. Tetapi saya melihat idea bisnes HR Marketing Sdn. Bhd. (HRM) sebagai unik dan berani. HRM merupakan syarikat pertama yang berjaya mengeluarkan produk kosmetik dan penjagaan diri dari susu kambing, susu tepung seperti susu kambing HiGoat yang pertama di pasaran dan produk-produk lain daripada susu kambing. Syarikat memiliki potensi bisnes yang besar jika syarikat benar-benar komited dalam pengeluaran dan pemasaran.

Setelah saya menyertai syarikat ini selama hampir 2 tahun, memang benar apa yang saya fikirkan dulu. Syarikat berkembang dengan baik, produk diterima ramai kerana ia yang pertama seumpamanya. Pengguna produknya meningkat dan syarikat berjaya melahirkan usahawan-usahawan (pengedar dan stokis) yang berjaya, usahawan jutawan dan ramai usahawan yang mendapat pendapatan melebihi lima angka sebulan dari perkongsian bijak idea, peluang dan potensi tersebut. Tidak termasuk ramai pengguna-pengguna yang sihat dan sembuh dari penyakit yang menggunakan produk keluarannya.

Saya ingin berkongsi sedikit perkembangan, syarikat juga telah maju setapak lagi apabila kilang baru tambahan bakal dibina di tapak seluas 32 ekar dan kini memasuki pasaran Thailand dan Indonesia. Bina 'Empayar Perniagaan' anda bersama HRM. HRM sedang mengambil alih HUB HALAL kawasan Utara di Paya Pahlawan, Jitra Kedah bernilai lebih RM40 juta. Kini dalam proses pengambilalihan, pembinaan dan pembangunan. Masyarakat terutama ahli-ahli HR akan menikmati faedah dan keuntungan ini. POTENSI bisnes yang sangat hebat sedang dan akan dilaksanakan.

Produk-produk baru seperti burger daging kambing, sosej daging kambing, nugget daging kambing dan mayonis dari susu kambing akan dikeluarkan tidak lama lagi sekali dengan pelancaran Cafe HR. Justeru, jangan anda lepaskan peluang ini. Ayuh, sertai kami dalam bisnes yang AMAT BERPOTENSI ini sebagai usahawan HR yang kaya dan berjaya.

Lawati laman Web ONLINE Bisnes saya di sini.
Baca Lanjut dan Komen...

4/15/2011

Promosi Kelab Kambing Emas

PROMOSI
KELAB KAMBING EMAS

GOLD GOAT CLUB ™
PROMOTION



PROMOSI BERMULA
15 APRIL 2011



Pakej Percutian Kelab Kambing Emas UMRAH
- Mengumpul 140 Mata

Pakej Percutian Kelab Kambing Emas AUSTRALIA
- Mengumpul 120 Mata

Pakej Percutian Kelab Kambing Emas BEIJING
- Mengumpul 60 Mata

Pakej Percutian Kelab Kambing Emas PHUKET
- Mengumpul 40 Mata





Misi dan Matlamat:

1. Melahirkan usahawan HR yang berkualiti dan berdaya saing.

2. Mewujudkan kerjasama yang padu diantara usahawan HR.

3. Memberi lebih banyak ganjaran kepada ahli Kelab Kambing Emas.




Syarat dan Kelebihan Menyertai Kelab Kambing Emas:

1. Satu pin keahlian "Gold Goat Club"

2. Nama dan No. HP anda disenarai dalam surat khabar Metro Ahad

3. Boleh menyertai Program Interaksi GGC HRM secara Percuma

4. Setiap kali pembelian Pakej GGC, anda akan mendapat tambahan 5% (600PV x 5%)

5. Boleh menikmati hak istimewa pembelian ke atas apa-apa promosi anjuran HRM dari masa ke semasa

6. Menikmati kemudahan 'keyin' keahlian HR dalam sistem online anda

7. Berpeluang melayakkan diri mengikut Pakej Percutian & Pelancongan anjuran HRM (Kumpul Mata)
a. Anda harus menjadi ahli GGC sebelum memperkenalkan kepada ahli yang lain
b. Setiap pembelian pakej (repurchase), anda mendapat 1 Mata Ganjaran
c. Setiap penaja (introducer) yang memperkenalkan Pakej GGC akan menerima 1 Mata Ganjaran
d. Ahli yang mewujudkan jualan kumpulan semasa (1800PV) menerusi pakej ini layak mencapai Pangkat Esekutif

8. Pakej Percutian yang ditawarkan tidak boleh ditebus dengan nilai mata wang/tunai/poduk

9. Setiap ahli HR boleh memperkenalkan Pakej GGC kepada semua ahli tanpa mengira mana-mana kumpulan tajaan


Pertanyaan & Penyertaan, Sila Hubungi:

Mahfuz Hj. Jaffar
Mobile: 016 - 3153251
eMel: hgroup2u@yahoo.com.my

Baca Lanjut dan Komen...

4/14/2011

Memburu Impian Besar

Setiap individu pasti memiliki impian samada besar ataupun kecil, samada sudah terlaksana ataupun belum terlaksana. Impian menjadikan seseorang itu berjiwa besar dan boleh mempengaruhi pemikiran dan tindakan dalam mengejar impian mereka.

Ada orang yang berimpian ingin memiliki rumah yang besar, kereta yang besar, wang yang banyak, keluarga yang bahagia, anak ramai yang berjaya dalam pelajaran dan kerjaya, menunaikan haji di baitullah dan bermacam-macam lagi. Apa-apapun yang anda inginkan, ia bermula dengan impian disertai dengan semangat dan kesungguhan dalam tindakan. Tetapi tahukah anda bahawa impian anda tidak akan terlaksana sekiranya apa yang anda lakukan semalam adalah sama hasilnya pada hari ini, apa yang anda lakukan sepuluh tahun yang lepas adalah sama hasilnya pada tahun ini.?

Adalah mustahil untuk mencapai impian sekiranya kita mengetahui bahawa apa yang kita lakukan hari ini tidak dapat mengubah apa-apa untuk mencapai impian tersebut bahkan ia berkemungkinan berisiko tinggi pula. Sebagai contoh, kita berimpian untuk menyelesaikan hutang dan hidup dalam keadaan bahagian bersama keluarga tanpa masalah semasa usia tua atau sesudah pencen sedangkan kita tidak berbuat apa-apa untuk menyelesaikannya pada hari ini walhal kita mengetahui bahawa masa tidak akan menunggu kita.

Dalam menetapkan impian, kita perlukan kepada 5 kaedah penting, bertindak bijak dan mempunyai perancangan yang baik disusuli oleh tekad tindakan yang konsisten dan bersungguh-sungguh. Ubah cara kita berfikir dan bertindak.

5 kaedah dalam menetapkan impian tersebut ialah, SMART:

S - SPESIFIC. Impian yang hendak dicapai mestilah spesifik. Sebagai contoh, saya inginkan rumah banglo yang besar, tiga tingkat siap dengan kolam renang dan taman di halaman rumah, terletak di tepi pantai yang mempunyai 10 bilik dilengkapi dengan perabot dan peralatan yang lengkap berwarna biru dan sebagainya. Impian kita haruslah lebih spesifik seperti contoh di atas barulah kita boleh tetapkan strategi dan matlamat untuk mencapainya.

M - MEASURABLE. Impian kita perlulah boleh diukur. Impian yang tidak boleh diukur adalah angan-angan bukan impian.

A - ACHIEVEABLE. Impian tersebut mestilah boleh dicapai. Janganlah kita meletakkan impian kita yang tidak boleh dicapai atau 'mengarut' seperti ini; "aku ingin memiliki bulan". Sudah tentu impian ini tidak boleh dicapai.!

R - REALISTIC. Impian anda perlulah lebih realistik. Jika anda berimpian dan anda yakin anda boleh mencapainya tetapi ia perlulah realistik. Jangan membuat impian yang tidak perlu atau wajar seperti "saya ingin mengumpul 10 bilion ringgit dalam tempoh 1 tahun".

T - TIME FRAME. Buat perancangan dari sekarang dan tetapkan jangka masa untuk mencapainya. Sebagai contoh, "aku akan buat rumah banglo spesifik seperti disebutkan di atas dalam tempoh masa 10 tahun lagi". Bila jangka masa impian anda ini akan dicapai?, cuba mencapainya secara berperingkat-peringkat. Sekiranya anda tidak dapat melakukannya mengikut perancangan dalam jangka masa yang ditetapkan, sudah pasti anda dapat mencari jalan lain mengatasi sebarang masalah atau cuba mencari kaedah baru untuk melaksanakan impian tersebut dan bertindak mengikut keadaan.

Latihan: Tuliskan impian anda mengikut kaedah SMART di atas sekeping kertas dan fikirkan adakah anda boleh mencapainya suatu hari nanti.!

Baca Lanjut dan Komen...

4/13/2011

Tirulah, Kenapa Tak Boleh?

Teringat pula sejarah semasa di bangku sekolah rendah dan menengah. Rajin sangat meniru rakan-rakan ketika menjawab peperiksaan. Ada pula rakan-rakan yang terlebih kreatif, bawa 'toyol' masuk ke Dewan Peperiksaan. Sekali terlepas, rasa mudah pula nak buat sekali lagi. 'Toyol' yang dimaksudkan di sini ialah nota atau formula yang disalin dalam secebis kertas kecil dan diselitkan di dalam stokin atau mana-mana tempat yang cikgu atau pengawas peperiksaan tak akan nampak atau kesan. Ada pula yang menulis nota ringkas dan formula di hampir seluruh lengan, tapak tangan dan perut mereka kononnya 'toyol' ini boleh digunakan di saat-saat kecemasan apabila soalan yang keluar mengena. Aduh kreatif sungguh dan tersenyum seorang diri apabila mengenang masa silam persekolahan. Ada pula yang tak bernasib baik, 'kantoi' apabila ditangkap oleh pengawas peperiksaan dan terus kertas jawapannya dikoyak dan apa lagi dihalau dari Dewan Peperiksaan dan digantung persekolahan.

Kalau difikir-fikirkan perkara ini tidak hanya dilakukan oleh murid-murid di sekolah rendah atau menengah sahaja. Di peringkat Universiti pun ada ramai pelajar yang suka meniru rakan lain. Kadang kala mereka tidak fahampun dan pasti betul dengan jawapan rakan mereka tapi disebabkan terdesak yang amat sangat, mereka menyalin apa sahaja jawapan rakan. Ini berdasarkan pengalaman semasa di Universiti. Disebabkan kurang persediaan dan tiba-tiba pensyarah atau Professor memberikan kuiz pada hari tersebut, mahu tidak mahu kena juga meniru rakan sebelah. Walaupun markah yang diberikan hanya 5 peratus sahaja dari keseluruhan kerja-kerja kursus tapi sudah cukup untuk menentukan sama ada kita kena 'repeat paper' atau dapat skor A. Bukan setakat itu sahaja, ada juga yang meniru kajian kursus atau tesis secara terang-terangan milik orang lain dimana mereka berkata, "kalau meniru satu ia dipanggil palagiat manakala kalau meniru lebih dari satu ia dipanggil kajian."

Kalau semasa belajar, perbuatan meniru memang dilarang sama sekali dan menjadi satu kesalahan sama ada didalam peperiksaan atau semasa membuat latihan. Lain pula apabila kita sudah tamat alam persekolahan dan mula memasuki alam pekerjaan. Kita apabila kali ini disuruh atau digalakkan meniru, kita pula tidak mahu meniru. Megikut langkah dalam erti kata meniru kejayaan orang lain. Mereka telah mencipta dan menunjukkan jalan bagaimana mereka boleh berjaya dalam kerjaya dan bidang perniagaan. Kenapa pula kita tidak mahu meniru mereka pada kali ini.? Alasannya, kejayaan orang yang kaya dan berjaya adalah bergantung kepada nasib. Kita tidak boleh meniru mereka kerana kita tidak sama seperti mereka. Apa sudah jadi dengan diri kita, kalau semasa sekolah kita kerap meniru jawapan orang lain dengan harapan akan lulus peperiksaan tetapi kali ini kita malu pula untuk meniru langkah-langkah orang yang sudah kaya dan berjaya.

Berdampinglah dan belajar dengan orang yang sudah kaya dan berjaya. Jadikan mereka mentor kita, tiru pemikiran dan gerak kerja mereka. Apabila kita belajar meniru dari mereka kemungkinan kita juga boleh melakukan perkara yang sama bahkan boleh melakukannya dengan lebih baik lagi untuk mencapai matlamat. Bergaul dan bercampur dengan orang yang positif kerana kita akan mendidik pola minda kita untuk meniru perkara-perkara yang positif terhadap pembangunan diri kita.

Sedikit fakta dan ujikaji yang perlu kita lakukan secepat mungkin dan untuk terus berjaya. Kita perlu meniru bukan apa yang dikata tetapi apa yang dilakukan oleh orang kaya dan berjaya. Perhatikan apa yang mereka telah lakukan sehingga mereka boleh menjadi kaya dan berjaya. Tiru dan programkan dalam minda kita kerana apabila kita meniru fisiologi seseorang, kita akan mencetuskan persepsi yang sama dalam minda kita. Dalam erti kata lain, apabila orang itu memikirkan sesuatu hal, kita juga secara langsung atau tidak langsung akan memikirkan hal yang sama. Inilah rapatnya hubungan otak dan minda manusia. Ia akan mengujudkan frekuansi otak yang sama. Sebab itu kita digalakkan supaya berkawan dan menjadikan orang yang kaya dan berjaya sebagai rakan, guru dan mentor kita kerana jika mereka berjaya, insyaAllah kita juga akan terpaksa menjadi kaya dan berjaya.

Program Neuro-Linguistik atau Neuro-Lingusitic Programming (NLP) adalah suatu cabang sains mengenai minda. Ia mengajar kita bagaimana kita dapat menggunakan minda bagi memprogramkan sistem neuron atau otak kita. Tujuannya adalah bagi mencapai hasil yang kita inginkan secara konsisten. Dr. Richard Bandle dan Dr. John Grinder adalah pengasas-pengasas NLP pada tahun 1970an. (Master Your Mind. Design Your Destiny - Adam Khoo: Page 9)

Baca Lanjut dan Komen...

4/12/2011

Gila, Sesiapa Pun Boleh Terjun!

Kita sering kali mendengar ucapan seperti ini, apabila kita bertanya dengan seseorang tentang prestasi pekerjaan atau perniagaan yang sedang mereka usahakan, mereka akan menjawab "biasa-biasa" ataupun malu hendak bercerita. Namun hakikatnya memang benar apa yang mereka katakan kerana mereka sendiri tidak pasti akan visi dan matlamat justeru hasilnya adalah "biasa-biasa" sahaja.

Manakala, orang yang berani dan berjaya akan menjawab lain dari apa yang orang "biasa-biasa" katakan. Apabila kita bertanya, mereka akan menjawab "Hebat!, Alhamdulillah" dengan begitu yakin sekali. Ya. Memang hebat dan luar biasa kerana jawapannya pun sudah menggambarkan hal yang sebenar. Kenapa terjadi perkara seperti ini.? Kerana keyakinan dan matlamat yang jelas yang hendak dicapai antara orang yang "biasa-biasa" dengan orang yang "hebat" adalah berbeza. Keyakinan mereka berbeza, matlamat mereka dan visi mereka amat jelas disamping usaha mereka juga "luar biasa hebat".

Orang yang melakukan perkara yang biasa atau perkara yang sama setiap hari, maka hasilnya juga akan "biasa-biasa". Orang yang berjaya pula akan mencari idea melakukan sesuatu yang berbeza walaupun kadang-kadang perkara yang mereka lakukan dan cuba untuk lakukan tersebut kurang popular dan kurang mendapat sambutan. Oleh kerana keyakinan mereka yang tinggi dan usaha mereka yang berterusan disamping percaya bahawa idea mereka lama kelamaan akan diterima juga oleh orang lain. Tak hairanlah dan memang benar orang yang berjaya memang "gila-gila". "Gila-gila" dengan idea inovasi mereka dan yakin dengan matlamat yang hendak mereka capai. Untuk mencapai matlamat, mereka pasti akan lakukan pelbagai usaha dengan cara yang kadang-kadang kita sendiri akan mengatakannya mustahil tetapi bagi mereka tidak mustahil. Perkara "gila-gila" yang mereka lakukan ini pasti lain impaknya dan membuahkan hasil yang "luar biasa hebat".

Idea "gila-gila" mereka ini bukannya dilakukan hanya sekali sahaja. Selagi mana idea mereka tidak berkesan, mereka mereka akan terus mencuba dan membuat ekperimen tanpa jemu dan kenal erti putus asa. Mereka menggunakan sepenuhnya kekuatan minda kreatif dan pengalaman yang ada. Sebagaimana sebuah payung terjun tidak akan berfungsi jika ia tidak terbuka begitulah juga dengan minda kita. Penerjun udara sangat yakin yang payung terjun akan terbuka dan berfungsi dan mereka mempertaruhkan nyawa mereka. Mana mungkin mereka akan terjun kalau tidak mempunyai keyakinan yang tinggi. Buka minda kita cari idea yang kreatif lain dari orang lain, tetapkan matlamat dan bertindak dengan cepat dan konsisten. Yakin dengan segala usaha dan sudah tentu hasilnya pasti akan jadi "luar biasa hebat".

Anyone Can Jump

To show that anyone from any age can sky dive, a 92 year old man sporting artificial knees did a solo jump in Cleveland, Ohio. He weighed a mere 105 pounds, had fake knees, and a hearing aid. He leaped at 3,500 feet.

The oldest tandem skydiving jumper was a 100 year old in October 1999.

A woman at the age of 90 wanted to dive for her birthday to prove that age is just a number. She jumped from 12,000 feet.

The youngest sky diver was four years old. Again, this shows that any age individual can jump. The jump was a tandem jump, of course and the jump was made at 10,000 feet.


"Anda kaya dan Berjaya"

Baca Lanjut dan Komen...

4/10/2011

Susu Kambing Bersifat Universal

It’s not just people who can benefit from goats milk.

For more than a century goats milk has been known as the "universal foster milk". It can successfully be used to raise a large variety of baby animals including puppies, kittens, lambs, calves, foals, deer fawns and donkey foals. For many years people successfully used goats milk for raising baby kangaroos and wallabies.

No wonder the female goat has long been referred to as "nanny"!

Pelik tapi benar.!

Kenyataan di atas memang benar sekali mengikut cerita dari penternak-penternak. Pengalaman ini telah dikongsikan oleh seorang rakan penternak di Australia yang pernah menceritakan bagaimana dia menggunakan susu kambing untuk membesarkan anak kudanya sehingga menjadi seekor kuda dewasa yang kuat dan sihat.

Walaupun kita mengetahui bahawa susu kambing bersifat alkali, tetapi ia boleh membesarkan dan tidak menjadi masalah untuk diberi minum kepada anak-anak binatang yang lain, manakala susu lembu pula atau susu kuda tidak sesuai diberikan kepada anak-anak binatang lain. Wallahualam.

Setakat ini saya belum lagi temui artikel atau kajian bukti atau fakta dari segi saintifik. Mungkin ada tetapi belum lagi dijumpai. Nanti nak kena rajin "Google" di internet.

Baca Lanjut dan Komen...

4/09/2011

5K Ciri-ciri Usahawan Hebat


Apa itu 5K ciri-ciri usahawan hebat.?

Jika anda sudah menceburkan diri dalam bidang perniagaan HR ini, anda perlu ada 5K ciri-ciri usahawan hebat yang dapat dirumuskan secara ringkas di sini, iaitu;

1. Keputusan - Membuat perancangan yang tepat dan disusuli dengan tindakan yang pantas,

Remember, a real decision is measured by the fact that you've taken new action. If there's no action, you haven't truly decided. - Anthony Robbins

2. Komitment - Berikan 100% komitment anda dan serius,

Unless commitment is made, there are only promises and hopes but no plans. - Peter F. Drucker

3. Keyakinan - Anda perlu yakin dengan hasil yang bakal anda perolehi,

Believe deep down in your heart that you're destined to do great things. - Joe Paterno

4. Ketabahan/Kecekalan - Tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan, istiqomah dan tidak berkompromi dengan kegagalan,

Without the strength to endure the crisis, one will not see the opportunity within. It is within the process of endurance that opportunity reveals itself. - Chin-Ning Chu

5. Kekuatan - Tingkatkan kekuatan mental (ilmu) dan spiritual (dekatkan diri dengan tuhan).

No matter what your product is, you are ultimately in the education business. Your customers need to be constantly educated about the many advantages of doing business with you, trained to use your products more effectively, and taught how to make never-ending improvement in their lives. - Robert G Allen

Baca Lanjut dan Komen...

4/08/2011

Jus Sihat Ice Blended Susu Kambing HiGoat

DIY Jus Sihat Ice Blended Susu Kambing HiGoat

Ramai yang suka minum 'ice blended' terutamanya ketika musim panas ni. Jadi, apa lagi, idea yang kreatif pun datanglah secara tiba-tiba nak mencuba dan terus pergi ke kedai untuk membeli dan mendapatkan bahan-bahan yang diperlukan. Kos bahan-bahan ini pun taklah mahal sangat dan boleh dibuat dan diminum berkali-kali bersama keluarga. Kalau nak lepak kat kedai 'StuckBucks' pun dah berapa ringgit "bucks" kita habis nanti untuk dapatkan hanya segelas 'ice blended mocha'.

Maka inilah dia bahan-bahan yang diperlukan:

"Mudah dan Murah, Ringkas dan Sedap"

Bahan A

1 peket (sachet) Susu Kambing HiGoat
1 cawan kiub air batu
1 sudu serbuk puding sebarang perisa (cari yang halal ya, saya suka perisa cokelat)
1 sudu whipped topping (cari yang halal ya, kalau boleh palm-based trans-free - non dairy)

Bahan B

1 sudu biskut 'Digestive' yang telah dihancurkan menjadi serbuk

Cara-cara menyediakannya:

Blend sampai sekata Bahan A. Tuang ke dalam gelas Bahan A yang telah di'blend' tadi dan taburkan serbuk biskut 'Digestive' diatasnya. Kalau nak tambah 'whipped topping' lagi diatasnya, ikut suka tekak andalah. Dah, jadi dah 'ice blended' buatan tanganku sendiri yang sangat sedap diberi nama "Jus Sihat Ice Blended Susu Kambing HiGoat".

Oh My Goat! Yummylicious!!!

Nak buat segelas je ke.? Gerenti tak cukup!, jadi buatlah lebih sikit, anak-anak pun nak juga merasa. Selamat mencuba.

Amaran!: Jangan benarkan anak anda membuat 'ice blended' ini bersendirian dan menjemput rakan-rakannya datang ke rumah ketika anda tiada di rumah kerana anda akan dapati yang stok susu kambing HiGoat anda akan habis sekejap sahaja dan tak sempat anda nak buat jualan.

Baca Lanjut dan Komen...

4/07/2011

Apa itu 'lactose intolerance'?

'Lactose' atau laktosa adalah "gula" yang terdapat dalam susu dan produk-produk tenusu. 'Lactose intolerance' atau intoleransi laktosa adalah ketidak upayaan usus kecil untuk menghadam 'lactose'. Pada kebiasaannya apabila kita makan atau minum sesuatu bahan sama ada susu atau produk-produk tenusu, usus kecil akan mengeluarkan enzim yang dipanggil 'lactase' untuk memecahkan 'lactose' kepada dua jenis gula ringkas dipanggil 'glucose' dan 'galactose' yang kemudiannya mudah untuk diserap oleh saluran darah dan menukarkannya pula kepada tenaga yang diperlukan oleh badan. Sekiranya 'lactose' ini tidak dihadam dan diserap dengan baik, ianya akan menyebabkan sakit di bahagian perut, penghasilan gas yang banyak yang menyebabkan kekembungan dan lebih parah lagi apabila berlaku cirit-birit.

Ramai orang dewasa di seluruh dunia mengalami masalah 'lactose intolerance' ini dan ianya adalah perkara biasa atau normal. Walau bagaimanapun, setiap seseorang berbeza tingkat 'lactose intolerance' yang dialami dengan seseorang yang lain.

Simptom.?

'Lactose intolerance' ini boleh terjadi kepada orang dewasa dan juga kanak-kanak. Simptomnya boleh diketahui hanya selepas 30 minit atau 2 jam pengambilan susu atau produk-produk tenusu apabila berlakunya radang pada lambung atau usus kecil atau dikenali sebagai 'gastroenteritis' (gastric flu atau stomach flu) dan menyebabkan berlakunya cirit birit. Tahap 'lactose intolerance' ini boleh diuji pada seseorang dengan melakukan ujian penafasan menggunakan gas hidrogen (hydrogen breath test) atau ujian kandungan asid dalam tahi (stool acidity test).

Kenapa berlakunya 'lactose intolerance'?

'Lactose' yang kita ketahui adalah merupakan gabungan dua gula ringkas. Untuk memudahkan saluran darah menyerap 'lactose', ia perlu dipecahkan kepada dua gula ringkas tersebut iaitu 'glucose' dan 'galactose'. Penguraian 'lactose' kepada dua gula ringkas yang boleh diserap oleh saluran darah ini dilakukan oleh enzim dipanggil 'lactase' yang dihasilkan oleh usus kecil. Mana-mana 'lactose' yang tidak dapat dihadam disebabkan kurangnya penghasilan enzim 'lactase' atau disebabkan terlalu banyak pengambilan susu atau produk tenusu yang tinggi kandungan lactose terutamanya susu lembu yang akan menyebabkan kembung, sakit di bahagian perut, gastrik dan cirit-birit.

Adakah orang yang mengalami masalah 'lactose intolerance' tidak boleh mengambil susu atau produk tenusu dalam diet mereka.?

Jawapannya tentulah tidak. Mereka masih boleh mengambil makanan seperti yogurt yang dihasilkan dari susu lembu kerana bakteria baik atau 'cultures' yang terdapat di dalam yogurt dapat membantu menghadamkan 'lactose'. Susu kambing juga merupakan susu yang sihat dan boleh diminum terus oleh orang yang mengalami masalah ini, kenapa?. Walaupun susu kambing mempunyai kandungan 'lactose' sama seperti susu lembu tetapi kandungan 'lactose' susu kambing lebih halus dan lembut berbanding dengan susu lembu. Kandungan 'lactose' yang lebih halus dan lembut ini membolehkan 'lactose' dihadam oleh usus kecil dan diserap dengan baik oleh salur darah dan orang yang mengalami 'lactose intolerence' boleh meminumnya tanpa sebarang masalah.

Ramai juga rakan-rakan saya yang "tidak minum susu" kerana mengalami masalah 'lactose intolerence' tetapi mereka masih boleh menikmati susu kambing dan produk tenusu dari susu kambing tanpa sebarang masalah. Mereka kini menjadikan susu kambing HiGoat sebagai sebahagian dari rutin diet mereka yang sihat.

Sumber:
http://www.dynamicchiropractic.com/mpacms/dc/article.php?id=38646

Walau bagaimanapun, kami nasihatkan supaya anda yang mengalami masalah 'lactose intolerence' ini untuk mendapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu dan kami tidak bertanggung jawab dengan sebarang masalah dari saranan dalam tulisan ini.

Susu kambing HiGoat, susu untuk kehidupan.

Baca Lanjut dan Komen...

4/06/2011

Goat's Milk - Mahatma Gandhi's Healthy Diet

Mahatma Gandhi: Little known facts most of us don’t know about him.

Mahatma Gandhi experimented with diets to see how cheaply he could live and remain healthy. He started living principally on fruit and goat's milk and olive oil.

Gandhi was always able to rapidly come back to excellent health after his very prolonged fasts because of goats' milk. Goat's milk is one of the best food medicines for rebuilding the brain, nervous system, and mental faculties. Goat's milk is one of the finest foods for regenerating the cells of the body and bringing a person back to health.

Get your instant healthy Goat's Milk, HiGoat with no goatty smell, no sugar added, 100% pure at ONLY RM29.90 per box (15 sachets).

------------------------------------

Importance of Goat's Milk

Author: EreEre

Goat Milk, the first thing which strikes to everyone is Mahatma Gandhi. Yes our father of nation – Mohandas Karamchand Gandhi‘s diet comprised of a litre of Goat's milk, 150 gm of cereals with leafy vegetables and other vegetables along with ghee or butter. He is a man who believed food should be taken as a duty and has to be healthy and this is the way nature intended it to.

A report says India is having the second largest goat population in the world and some of the great milch breeds like Jamunapari, Beetal, Surti, Barbari is the highest producer of goat milk in the world. Because of the unorganized Goat farming the popularity is much lower. Goat's milk has got a lot of benefits when compared with the Cow's milk. Because of a different fat content and non presence of agglutinin in the Goat's milk, it is very easy to digest as it never clusters like Cow's fat and even safe for children. Because of a different protein content Goat's milk proteins forms a softer curd proving its easier digestibility.

Goat milk contains higher amount of Ca, Mg and P than cow and human milk but vitamin D, vitamin B12 and folate contents are less. Goat milk is recommended for infants, old and convalescent people. Three fatty acids viz., caproic, caprylic and capric have great medicinal values for patients suffering from a variety of ailments. Goat's milk may also have advantages when it comes to allergies. Goat's milk contains only trace amounts of an allergenic casein protein, alpha-S1, found in cow's milk. Goat's milk casein is more similar to human milk.

A clear cut study indicates the nutritive value in terms of energy, minerals and vitamin contents goat milk, details fraction of protein and fat, characteristics of goat milk and the medicinal value of goat milk.

Even though in India, the goat population is more, because of the lack of studies on Goat’s milk and the milk supply from cows is more plentiful and cheaper, value of Goat’s milk is less understood. But in countries like USA and in Europe Goat’s dairy products are available plentiful and most of them are aware about its value. Let’s also walk Mahatma’s way...

Baca Lanjut dan Komen...

4/04/2011

Bonus Mac 2011



HRM PENTING: Tarikh akhir laporan jualan MAC 2011 pada 06/04/2011. Tarikh Topup pada 07-08/04/2011. Bayaran bonus pada 09/04/2011.

Harap maklum.!

Sesiapa yang belum cukup belian min 60PV (Pengedar Biasa, Silver dan Gold - Plan A) dan min 160PV (Pangkat Esekutif ke atas - Plan A dan Plan B) untuk layak mendapatkan bonus bulan MAC. Sila berbuat demikian dengan mengunjungi Stokis atau HRC berdekatan anda sebelum 09/04/2011.

Anda boleh dapatkan bantuan dari Stokis kami, klik untuk lihat senarai Stokis.
Baca Lanjut dan Komen...

4/03/2011

Testimoni Asthma Adik Irfan

Menurut ibunya Pn. Siti Norhaniza, adik Irfan ni selalu batuk-batuk dan tercungap-cungap ketika bermain dan menaiki tangga rumah. Pernafasannya tidak lancar dan tersekat-sekat.

Setelah ibunya memberinya minum susu kambing HiGoat, Alhamdulillah penyakit Asthma adik Irfan sudah berkurangan dan kini adik Irfan sudah boleh bermain-main dan melakukan aktiviti yang lasak tanpa gangguan pernafasan.



Tahniah dan syukur kerana ibunya sangat perihatin dan yakin dengan produk susu kambing HiGoat yang padanya ada banyak manfaat dan keberkatan. InsyaAllah.



© Pn. Siti Norhaniza.
012-7173689, Seri Kembangan Selangor

Testimoni ini adalah hak milik esklusif Pn. Siti Norhaniza & keluarga dan HRGroup2u.net (dengan izin) untuk dikongsi bersama. Terima kasih diucapkan kepada Pn. Siti Norhaniza dan suami kerana berkongsi testimoni hebat ini. Kami mendoakan semoga adik Abdullah Irfan sihat dan ceria.

Baca Lanjut dan Komen...

4/02/2011

Senyum Kambing

Melayu Paling Ramai Berpendapatan Bawah RM1000

Hidup dalam keadaan pendapatan yang sedikit, tidak mencukupi dalam situasi dimana semua barangan meningkat mahal harganya dan setelah baru-baru ini diumumkan kenaikan harga petrol dan diesel yang menyebabkan kesan kenaikan secara tidak langsung kepada kenaikan barang-barang perlu yang lain. Seorang ketua keluarga yang medapat gaji kurang dari RM1000 dan hidup dalam "defisit" memang menyukarkan ditambah mempunyai tanggug jawab yang besar menyara isteri dan anak-anak yang ramai dan perlu kepada perbelanjaan dan kos sara hidup yang tinggi.

Pendapatan anda tidak mencukupi dan anda ingin menjana pendapatan pasif secara sepenuh masa atau sambilan.? Atau pendapatan anda sudah mencukupi tetapi tiada wang simpanan semasa kecemasan atau tiada tabungan pendidikan untuk anak-anak.

Menghilangkan belenggu hutang dan hidup senang, kaya dan berjaya atau sekurang-kurangnya hidup selesa dan mencukupi tanpa meminta-minta belas ehsan orang lain.?

Anda tidak perlu khuatir dan risau lagi...!!!

InsyaAllah, kami mencari pengedar dan Stokis untuk mengedarkan produk-produk berasaskan susu kambing dari Syarikat HR Marketing Sdn. Bhd. yang sangat berpotensi dan boleh memberikan anda pulangan bonus yang lumayan, 100% milikan bumiputera muslim yang mempunyai kilang sendiri bertaraf GMP. Produk juga mempunyai pelindungan liabiliti insuran bernilai RM3.5 juta. Anda juga akan mendapat untung runcit sehingga 30%, bonus-bonus yang lumayan, insentif yang menarik, khairat kematian dan faedah-faedah lain.

Antara barisan produk-produk yang sedang "meletop" di pasaran adalah produk makanan tambahan untuk kesihatan seperti susu kambing HiGoat, produk penjagaan rambut, produk penjagaan kulit, produk penjagaan intensif, produk penjagaan badan dan produk kosmetik yang bermutu tinggi, bersih suci dan halal yang kini mendapat sambutan hebat dari pengguna.

Jadilah antara orang yang terawal mendaftar sebagai pengedar, stokis dan usahawan kami yang berjaya. Jangan tunggu lagi kerana peluang ini perlu anda rebut sebelum orang lain terlebih dahulu menjadi kaya dan berjaya.

Daftar segera di sini, modal hanya serendah RM50 SAHAJA dan anda akan diberikan satu laman web Autodownline PERCUMA untuk anda mempromosi secara ONLINE. InsyaAllah kami akan membantu anda dan membimbing anda sehingga berjaya. Kejayaan anda, anda tentukan sendiri. Berubahlah dan bertindaklah SEKARANG demi orang yang tersayang.!!!

*Nota: Kajian melaporkan bahawa keluarga yang tinggal di Kuala Lumpur yang menerima gaji kurang dari RM3000 seisi keluarga dikategorikan sebagai miskin.

"Pada Sunnah Ada Keberkatan."

Baca Lanjut dan Komen...

Testimoni Eczema Adik Abdullah Fahmi

Bayi anda mengalami penyakit Eczema (Skin Swelling atau Dermatitis).?

Bayi kita tidak pandai berkata-kata akan derita, kesakitan, kegatalan dan juga ketidak selesaan yang dialaminya, namun perubahan fizikal dan keadaannya yang tidak normal sudah menceritakan segala-galanya. Keadaan ini bukan sahaja menyiksa bayi anda tetapi akan menyebabkan ibu bapa juga sukar menjaga anaknya dan terpaksa memberikan tumpuan yang lebih kepada bayi untuk menjaganya dan akan mengganggu kerja-kerja seharian.




Sebagai ibu bapa yang prihatin, sayang dan kasih kepada anaknya, berusahalah untuk mengubatinya. Mungkin juga anda sudah berusaha mengubati tetapi belum mendapat ubat yang serasi dengannya. InsyaAllah, dengan izinnya bayi kita yang menderita penyakit Eczema akan sembuh dengan meminum susu kambing HiGoat.

En. Arbain mempunyai seorang anak (gambar bayi En. Arbain) yang menghadapi Eczema yang kritikal. Setelah berjumpa dan mendapatkan nasihat dan rawatan dari doktor pakar, penyakit Eczema anaknya masih lagi tidak pulih sehinggalah beliau memberikan anaknya minum susu kambing HiGoat. Hanya selepas beberapa hari diberikan minum susu kambing HiGoat, keadaan penyakit Eczema anaknya semakin pulih dan kini anaknya sudah pulih sepenuhnya dari penyakit Eczema. Dari Allah penyakit itu datang dan Allah jua yang menyembuhkan.





Gembira bila mendengar berita ini. Ibu bapa yang mana tidak gembira melihat anaknya sembuh dan sihat.? Alhamdulillah kini anaknya, adik Abdullah Fahmi membesar dengan sihat. Penyakit Eczema yang dideritai oleh bayinya sudah sembuh dan En. Arbain dan isterinya sangat gembira, bersyukur melihat bayinya membesar dengan sihat.

© En. Arbain.
019-2487740, Negeri Sembilan

Testimoni ini adalah hak milik esklusif En. Arbain & keluarga dan HRGroup2u.net (dengan izin) untuk dikongsi bersama. Terima kasih diucapkan kepada En. Arbain dan isteri kerana berkongsi testimoni hebat ini. Kami mendoakan semoga adik Abdullah Fahmi sihat dan ceria.

Baca Lanjut dan Komen...

3/28/2011

Sharing Is Caring!



"Caring is a powerful business advantage." - Scott Johnson
Baca Lanjut dan Komen...

3/27/2011

Susu Kambing, Manisnya Kurma Madu

Sesungguhnya nikmat Allah itu tidak terhitung banyaknya. Antara beberapa siri pengubatan Islam dalam Al Quran dalam Surah An-Nahl yang dapat diambil iktibar dan pengajaran.

Terjemahan Surah An-Nahl: Ayat 66-69




Kebaikan Susu

[An-Nahl: Ayat 66]

Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam perutnya, yang lahir dari antara hampas makanan dengan darah; (iaitu) susu yang bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang-orang yang meminumnya.



Kebaikan Buah Tamar/Buah Kurma

[An-Nahl: Ayat 67]

Dan dari buah tamar (kurma) dan anggur kamu jadikan daripadanya minuman haram dan makanan serta minuman yang halal; sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang mahu menggunakan akalnya.




Kebaikan Madu Lebah

[An-Nahl: Ayat 68-69]

Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.

Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.

Subhanallah.

Baca Lanjut dan Komen...

3/26/2011

Alat Tulis dan Buku Nota

Esok seawal pukul 6 pagi selepas solat subuh aku akan bergegas ke Hotel Regency, Kuala Lumpur untuk sampai tepat jam 8 pagi di sana menghadiri 'Seminar Minda Jutawan oleh 2 Orang "Multi Millionare" Negara' iaitu Dr. Azizan Osman dan Pengerusi Esekutif HR Marketing Sdn. Bhd., Tuan Haji Jahaya Hashim. Tak sabar rasanya untuk bertemu dengan dua orang hebat di Malaysia ini.

Minggu sudahnya aku menguruskan pendaftaran dan pembayaran yuran penyertaan sebanyak RM150. Aku rasa yuran ini sangat berbaloi dengan ilmu dan tip-tip yang akan aku perolehi nanti. Orang berjaya berpesan, "Jika kita ingin berjaya, belajar dan dampingi orang yang telah berjaya." Inilah yang selalu aku ikuti dan aku tak akan rasa terkilan melaburkan sedikit wang untuk menuntut ilmu dan untuk ilmu.

Semalam aku menerima SMS pengesahan pendaftaranku, "Tahniah, anda telah membuat keputusan yang bijak untuk menyertai Seminar Gabungan 2 Minda 2 Millionaire Negara. Sila bawa bersama alat tulis dan buku nota." Alat tulis dan buku nota?, "Ah... tak suruh bawapun aku akan bawa", kata hati kecilku kerana ini menjadi amalanku membawanya ke mana sahaja kelas belajar atau majlis ilmu yang akan aku pergi sejak di bangku sekolah lagi.

Sayangnya, aku lihat pelajar-pelajar atau anak-anak sekarang tidak gemar atau kurang minat mencatat apa-apa nota jika mereka menghadiri mana-mana kelas atau majlis ilmu. Mungkin aku berpendapat yang mereka tidak berminat atau merasakan yang mencatit ilmu atau tip-tip yang diberikan itu tidak penting. Maka bagaimana pula mereka boleh mengingati kesemua perkara yang dikatakan oleh penceramah atau guru mereka.? Seolah-olah mencurah air ke daun keladi. Adakah daya hafalan atau memori mereka sangat kuat.? Selepas sahaja pulang, sudah tentu mereka akan lupa kepada kesemua perkara yang dipelajari. Kalau tidak sekalipun, hanya 30% sahaja perkara penting yang mereka boleh ingat.

Pakar motivasi mengatakan bahawa untuk melatih otak kita bekerja dan mengingati sesuatu, kita perlu membuat catatan. Membaca dan mengulanginya beberapa kali diikuti oleh latihan praktikal. Apabila ia telah diulang dan diulang beberapa kali, ia akan menjadi amalan dan pasti ia akan menjadi ingatan. Hari pun sudah larut malam, ya sudah hampir jam 1 pagi. Esok aku kena bergegas dan bangun awal pagi untuk bertemu dan belajar dengan orang yang hebat. InsyaAllah, akan aku kongsikan rahsia-rahsia dan tip-tip hebat kejayaan dari orang yang luar biasa hebat ini.

Baca Lanjut dan Komen...

3/24/2011

Nasi Lemak Kopi SpyHRu

Hujan lebat mencurah-curah tak henti-henti seawal pagi hari Selasa. Sempat membeli 3 bungkus nasi lemak di gerai "Cik T" di persimpangan tepi jalan nak memasuki ke kawasan taman perumahan Blok 16, Bandar Tasik Puteri. 3 bungkus nasi lemak telur goreng mata kerbau semuanya berharga RM4.50 untuk isteri, anakku yang berusia 4 tahun yang masih lagi belum bersekolah dan untuk santapan diriku di pagi yang sejuk dingin ini.

Isteriku membancuh secawan kopi SpyHRu panas untuk ku. Sambil menatap komputer riba membaca kisah John Terry yang akan kembali meneraju pasukan bola sepak England yang sebelum ini telah disingkirkan kerana pendedahan yang dibuat oleh akhbar tentang kehidupan peribadinya yang bermasalah.

Beliau berkata penyertaan dirinya semula sebagai Kapten England mungkin tidak akan disenangi oleh rakan-rakan sepasukan tetapi itu bukanlah menjadi satu halangan kepada beliau. Beliau, kapten pasukan yang berpengalaman menyahut cabaran bahawa akan gigih dan mengikuti apa sahaja yang telah direncana oleh jurulatih pasukan Fabio Capello dan untuk kebaikan pasukannya.

Sekali-sekala aku menyudu nasi lemak ke mulut sambil menghirup kopi SpyHRu panas perlahan-lahan. Memang enak dan lazat sambil membaca perkembangan sukan tanah air dan luar negara. Bola sepak memang menjadi sukan 'favorite'ku sedari kecil. Semasa zaman persekolahan, aku telah terpilih mewakili sekolah untuk perlawanan bola sepak Majlis Sukan Sekolah-sekolah Negeri Johor (MSSJ). Tapi bakatku terkubur, aku hanya mampu meneruskan di peringkat MSSJ sahaja kerana ayah dan ibuku lebih mementingkan akademik anaknya dari menjadi seorang pemain bola sepak profesional. Aku akur dengan kehendak ayah dan ibuku kerana aku juga bercita-cita ingin menjadi seorang jurutera. Alhamdulillah, cita-citaku tercapai dan terlaksana sebagai seorang jurutera komputer apabila aku berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti dan memperolehi ijazah pertama, namun ia tidak melunturkan minatku terhadap sukan bola sepak.

Terry dan England dengan misinya untuk menang pada perlawanan Sabtu ini menentang Wales di Stadium Millennium manakala aku dengan misiku selepas ini untuk meneruskan berkarya dan mengemaskini blog promosi susu kambing HiGoat, "Buletin HRGroup2u.net" sambil menyemak dan mendaftarkan keahlian baru bisnes MLM yang sedang aku ceburi secara sepenuh masa sekarang.

Tanpa aku sedari, hujan lebat sudah lama berhenti. Nasi lemakku sudah tinggal pada sudu yang terakhir dan air kopi SpyHRu yang kian sejuk sudah tinggal seteguk dua. Memang asyik bila membaca berita sukan sambil menikmati santapan pagi nasi lemak kopi SpyHRu ini.

Baca Lanjut dan Komen...

3/23/2011

Gadis Pengembala Kambing Menggeggar Dunia - Desert Flower

Waris Dirie (Desert Flower) dilahirkan di perkampungan tradisi Somalia. Pada ketika usianya 13 tahun, dia telah melarikan diri membantah perkahwinan yang telah diatur oleh keluarganya. Dia telah dipaksa untuk berkahwin dengan seorang lelaki tua yang umur seusia dengan datuknya. Berhari-hari dia berjalan dalam pelarian merentasi gurun untuk sampai ke rumah neneknya di Mogadishu.

Dirie berhijrah pula ke Kota London yang sangat asing bagi dirinya. Sanggup menghambakan diri bekerja di kedutaan Somalia di London dan sanggup berbuat apa sahaja supaya tidak dihantar pulang ke negara asalnya.

Sekian lama di Kota London, sahabatnya yang baik yang mengajarnya dan membantunya membuat penampilan baru. Mengubah cara dia berpakaian dan dia sudah mula pandai bergaya.

Terence Donaldson, seorang pengarah fotografi fesyen mengambil Dirie sebagai modelnya dan sangat yakin dengan kecantikan Dirie. Terence terjumpa dengan Dirie di sebuah restoran makanan segera di mana tempat dia bekerja. Terence kemudian membawanya ke studio untuk sesi fotografi. Dirie rasa begitu kekok sekali dan tidak selesa ketika berada di hadapan kamera.

Memang benar telahan Terence. Satu perubahan yang sangat hebat berlaku ke atas diri Dirie. Dahulunya seorang gadis Somalia yang miskin dan berani lari dari keluarganya di Somalia belayar hingga ke London hidup susah dan merempat di Kota London. Kini Dirie telah menjadi seorang "super model" antarabangsa terkenal yang mendapat tempat dan sanjungan pereka-pereka dan pengarah-pengarah pertunjukan fesyen dunia.

Selepas berjaya menjadi model terkenal dan mengenali akan potensi dirinya, dia kini terbang ke serata dunia menjadi Duta UN setelah dilantik oleh Setiausaha Agung UN, Kofi Anan. Dirie menubuhkan Desert Flower Foundation untuk memperjuangkan dan mewujudkan kesedaran dunia tentang bahaya FGM.


p/s: Tidak mahu komen tentang FGM dan Desert Flower Foundation. Tulisan di blog ini hanya mengkagumi filem kisah benar seorang gadis Somalia pengembala kambing berhijrah ke Kota London sehingga menjadi "top supermodel". Sebuah filem Anugerah Oscar arahan Sherry Horman dan lakonan hebat Liya Kebede dan Sally Hawkins dari novel "best seller" Waris Dirie dan Catleen Miller.

Baca Lanjut dan Komen...

Promosi Keahlian:

Semenanjung Malaysia:
1a. Pakej Keahlian Biasa (A) - RM50 + RM9 (Kos Penghantaran)
1b. Pakej Keahlian Biasa (B) - RM50 + RM9 (Kos Penghantaran)
2a. Pakej Keahlian Higoat - RM230 + RM12 (Kos Penghantaran)
2b. Pakej Keahlian Keluarga Sihat - RM230 + RM12 (Kos Penghantaran)
3. Pakej Stokis >RM3000 atau >1500PV

Sabah dan Sarawak:
1a. Pakej Keahlian Biasa - RM60 + RM12 (Kos Penghantaran)
1b. Pakej Keahlian Biasa (B) - RM50 + RM12 (Kos Penghantaran)
2a. Pakej Keahlian Higoat - RM265 + RM22 (Kos Penghantaran)
2b. Pakej Keahlian Keluarga Sihat - RM265 + RM22 (Kos Penghantaran)
3. Pakej Stokis >RM3000 atau >1800PV
 

Pos Terkini

HRGroup2u.net's Fan Box

Usrah Agro Farm Enterprise (SA0109193-T) Copyright © 2009

This Blog is Best Viewed with IE 1024 by 768 pixels. Mozilla Firefox is Not Supported at the moment.

Penafian:
Ini adalah blog peribadi atau blog usahawan "HRGroup2u.Net". Tiada kaitan dengan Syarikat MLM yang disertai. Untuk pertanyaan dan keterangan lanjut mengenai produk, sila hubungi HR Marketing Sdn. Bhd. di talian 04-7711448 atau layari laman web rasmi www.hrgroup2u.com.