'Lactose' atau laktosa adalah "gula" yang terdapat dalam susu dan produk-produk tenusu. 'Lactose intolerance' atau intoleransi laktosa adalah ketidak upayaan usus kecil untuk menghadam 'lactose'. Pada kebiasaannya apabila kita makan atau minum sesuatu bahan sama ada susu atau produk-produk tenusu, usus kecil akan mengeluarkan enzim yang dipanggil 'lactase' untuk memecahkan 'lactose' kepada dua jenis gula ringkas dipanggil 'glucose' dan 'galactose' yang kemudiannya mudah untuk diserap oleh saluran darah dan menukarkannya pula kepada tenaga yang diperlukan oleh badan. Sekiranya 'lactose' ini tidak dihadam dan diserap dengan baik, ianya akan menyebabkan sakit di bahagian perut, penghasilan gas yang banyak yang menyebabkan kekembungan dan lebih parah lagi apabila berlaku cirit-birit.
Ramai orang dewasa di seluruh dunia mengalami masalah 'lactose intolerance' ini dan ianya adalah perkara biasa atau normal. Walau bagaimanapun, setiap seseorang berbeza tingkat 'lactose intolerance' yang dialami dengan seseorang yang lain.
Simptom.?
'Lactose intolerance' ini boleh terjadi kepada orang dewasa dan juga kanak-kanak. Simptomnya boleh diketahui hanya selepas 30 minit atau 2 jam pengambilan susu atau produk-produk tenusu apabila berlakunya radang pada lambung atau usus kecil atau dikenali sebagai 'gastroenteritis' (gastric flu atau stomach flu) dan menyebabkan berlakunya cirit birit. Tahap 'lactose intolerance' ini boleh diuji pada seseorang dengan melakukan ujian penafasan menggunakan gas hidrogen (hydrogen breath test) atau ujian kandungan asid dalam tahi (stool acidity test).
Kenapa berlakunya 'lactose intolerance'?
'Lactose' yang kita ketahui adalah merupakan gabungan dua gula ringkas. Untuk memudahkan saluran darah menyerap 'lactose', ia perlu dipecahkan kepada dua gula ringkas tersebut iaitu 'glucose' dan 'galactose'. Penguraian 'lactose' kepada dua gula ringkas yang boleh diserap oleh saluran darah ini dilakukan oleh enzim dipanggil 'lactase' yang dihasilkan oleh usus kecil. Mana-mana 'lactose' yang tidak dapat dihadam disebabkan kurangnya penghasilan enzim 'lactase' atau disebabkan terlalu banyak pengambilan susu atau produk tenusu yang tinggi kandungan lactose terutamanya susu lembu yang akan menyebabkan kembung, sakit di bahagian perut, gastrik dan cirit-birit.
Adakah orang yang mengalami masalah 'lactose intolerance' tidak boleh mengambil susu atau produk tenusu dalam diet mereka.?
Jawapannya tentulah tidak. Mereka masih boleh mengambil makanan seperti yogurt yang dihasilkan dari susu lembu kerana bakteria baik atau 'cultures' yang terdapat di dalam yogurt dapat membantu menghadamkan 'lactose'. Susu kambing juga merupakan susu yang sihat dan boleh diminum terus oleh orang yang mengalami masalah ini, kenapa?. Walaupun susu kambing mempunyai kandungan 'lactose' sama seperti susu lembu tetapi kandungan 'lactose' susu kambing lebih halus dan lembut berbanding dengan susu lembu. Kandungan 'lactose' yang lebih halus dan lembut ini membolehkan 'lactose' dihadam oleh usus kecil dan diserap dengan baik oleh salur darah dan orang yang mengalami 'lactose intolerence' boleh meminumnya tanpa sebarang masalah.
Ramai juga rakan-rakan saya yang "tidak minum susu" kerana mengalami masalah 'lactose intolerence' tetapi mereka masih boleh menikmati susu kambing dan produk tenusu dari susu kambing tanpa sebarang masalah. Mereka kini menjadikan susu kambing HiGoat sebagai sebahagian dari rutin diet mereka yang sihat.
Sumber:
http://www.dynamicchiropractic.com/mpacms/dc/article.php?id=38646
Walau bagaimanapun, kami nasihatkan supaya anda yang mengalami masalah 'lactose intolerence' ini untuk mendapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu dan kami tidak bertanggung jawab dengan sebarang masalah dari saranan dalam tulisan ini.
Susu kambing HiGoat, susu untuk kehidupan.
4/07/2011
Apa itu 'lactose intolerance'?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Arkib
-
▼
11
(52)
-
▼
Apr
(16)
- Selamat Hari Pekerja 2011
- Berhenti Dari Terus Bercakap, Dengar dan Fahamkan!
- Potensi Bukan Keuntungan
- Promosi Kelab Kambing Emas
- Memburu Impian Besar
- Tirulah, Kenapa Tak Boleh?
- Gila, Sesiapa Pun Boleh Terjun!
- Susu Kambing Bersifat Universal
- 5K Ciri-ciri Usahawan Hebat
- Jus Sihat Ice Blended Susu Kambing HiGoat
- Apa itu 'lactose intolerance'?
- Goat's Milk - Mahatma Gandhi's Healthy Diet
- Bonus Mac 2011
- Testimoni Asthma Adik Irfan
- Senyum Kambing
- Testimoni Eczema Adik Abdullah Fahmi
-
▼
Apr
(16)
Promosi Keahlian:
1a. Pakej Keahlian Biasa (A) - RM50 + RM9 (Kos Penghantaran)
1b. Pakej Keahlian Biasa (B) - RM50 + RM9 (Kos Penghantaran)
2a. Pakej Keahlian Higoat - RM230 + RM12 (Kos Penghantaran)
2b. Pakej Keahlian Keluarga Sihat - RM230 + RM12 (Kos Penghantaran)
3. Pakej Stokis >RM3000 atau >1500PV
Sabah dan Sarawak:
1a. Pakej Keahlian Biasa - RM60 + RM12 (Kos Penghantaran)
1b. Pakej Keahlian Biasa (B) - RM50 + RM12 (Kos Penghantaran)
2a. Pakej Keahlian Higoat - RM265 + RM22 (Kos Penghantaran)
2b. Pakej Keahlian Keluarga Sihat - RM265 + RM22 (Kos Penghantaran)
3. Pakej Stokis >RM3000 atau >1800PV
0 Komentar:
Post a Comment