Pages

4/13/2011

Tirulah, Kenapa Tak Boleh?

Teringat pula sejarah semasa di bangku sekolah rendah dan menengah. Rajin sangat meniru rakan-rakan ketika menjawab peperiksaan. Ada pula rakan-rakan yang terlebih kreatif, bawa 'toyol' masuk ke Dewan Peperiksaan. Sekali terlepas, rasa mudah pula nak buat sekali lagi. 'Toyol' yang dimaksudkan di sini ialah nota atau formula yang disalin dalam secebis kertas kecil dan diselitkan di dalam stokin atau mana-mana tempat yang cikgu atau pengawas peperiksaan tak akan nampak atau kesan. Ada pula yang menulis nota ringkas dan formula di hampir seluruh lengan, tapak tangan dan perut mereka kononnya 'toyol' ini boleh digunakan di saat-saat kecemasan apabila soalan yang keluar mengena. Aduh kreatif sungguh dan tersenyum seorang diri apabila mengenang masa silam persekolahan. Ada pula yang tak bernasib baik, 'kantoi' apabila ditangkap oleh pengawas peperiksaan dan terus kertas jawapannya dikoyak dan apa lagi dihalau dari Dewan Peperiksaan dan digantung persekolahan.

Kalau difikir-fikirkan perkara ini tidak hanya dilakukan oleh murid-murid di sekolah rendah atau menengah sahaja. Di peringkat Universiti pun ada ramai pelajar yang suka meniru rakan lain. Kadang kala mereka tidak fahampun dan pasti betul dengan jawapan rakan mereka tapi disebabkan terdesak yang amat sangat, mereka menyalin apa sahaja jawapan rakan. Ini berdasarkan pengalaman semasa di Universiti. Disebabkan kurang persediaan dan tiba-tiba pensyarah atau Professor memberikan kuiz pada hari tersebut, mahu tidak mahu kena juga meniru rakan sebelah. Walaupun markah yang diberikan hanya 5 peratus sahaja dari keseluruhan kerja-kerja kursus tapi sudah cukup untuk menentukan sama ada kita kena 'repeat paper' atau dapat skor A. Bukan setakat itu sahaja, ada juga yang meniru kajian kursus atau tesis secara terang-terangan milik orang lain dimana mereka berkata, "kalau meniru satu ia dipanggil palagiat manakala kalau meniru lebih dari satu ia dipanggil kajian."

Kalau semasa belajar, perbuatan meniru memang dilarang sama sekali dan menjadi satu kesalahan sama ada didalam peperiksaan atau semasa membuat latihan. Lain pula apabila kita sudah tamat alam persekolahan dan mula memasuki alam pekerjaan. Kita apabila kali ini disuruh atau digalakkan meniru, kita pula tidak mahu meniru. Megikut langkah dalam erti kata meniru kejayaan orang lain. Mereka telah mencipta dan menunjukkan jalan bagaimana mereka boleh berjaya dalam kerjaya dan bidang perniagaan. Kenapa pula kita tidak mahu meniru mereka pada kali ini.? Alasannya, kejayaan orang yang kaya dan berjaya adalah bergantung kepada nasib. Kita tidak boleh meniru mereka kerana kita tidak sama seperti mereka. Apa sudah jadi dengan diri kita, kalau semasa sekolah kita kerap meniru jawapan orang lain dengan harapan akan lulus peperiksaan tetapi kali ini kita malu pula untuk meniru langkah-langkah orang yang sudah kaya dan berjaya.

Berdampinglah dan belajar dengan orang yang sudah kaya dan berjaya. Jadikan mereka mentor kita, tiru pemikiran dan gerak kerja mereka. Apabila kita belajar meniru dari mereka kemungkinan kita juga boleh melakukan perkara yang sama bahkan boleh melakukannya dengan lebih baik lagi untuk mencapai matlamat. Bergaul dan bercampur dengan orang yang positif kerana kita akan mendidik pola minda kita untuk meniru perkara-perkara yang positif terhadap pembangunan diri kita.

Sedikit fakta dan ujikaji yang perlu kita lakukan secepat mungkin dan untuk terus berjaya. Kita perlu meniru bukan apa yang dikata tetapi apa yang dilakukan oleh orang kaya dan berjaya. Perhatikan apa yang mereka telah lakukan sehingga mereka boleh menjadi kaya dan berjaya. Tiru dan programkan dalam minda kita kerana apabila kita meniru fisiologi seseorang, kita akan mencetuskan persepsi yang sama dalam minda kita. Dalam erti kata lain, apabila orang itu memikirkan sesuatu hal, kita juga secara langsung atau tidak langsung akan memikirkan hal yang sama. Inilah rapatnya hubungan otak dan minda manusia. Ia akan mengujudkan frekuansi otak yang sama. Sebab itu kita digalakkan supaya berkawan dan menjadikan orang yang kaya dan berjaya sebagai rakan, guru dan mentor kita kerana jika mereka berjaya, insyaAllah kita juga akan terpaksa menjadi kaya dan berjaya.

Program Neuro-Linguistik atau Neuro-Lingusitic Programming (NLP) adalah suatu cabang sains mengenai minda. Ia mengajar kita bagaimana kita dapat menggunakan minda bagi memprogramkan sistem neuron atau otak kita. Tujuannya adalah bagi mencapai hasil yang kita inginkan secara konsisten. Dr. Richard Bandle dan Dr. John Grinder adalah pengasas-pengasas NLP pada tahun 1970an. (Master Your Mind. Design Your Destiny - Adam Khoo: Page 9)

0 Komentar:

Post a Comment

Promosi Keahlian:

Semenanjung Malaysia:
1a. Pakej Keahlian Biasa (A) - RM50 + RM9 (Kos Penghantaran)
1b. Pakej Keahlian Biasa (B) - RM50 + RM9 (Kos Penghantaran)
2a. Pakej Keahlian Higoat - RM230 + RM12 (Kos Penghantaran)
2b. Pakej Keahlian Keluarga Sihat - RM230 + RM12 (Kos Penghantaran)
3. Pakej Stokis >RM3000 atau >1500PV

Sabah dan Sarawak:
1a. Pakej Keahlian Biasa - RM60 + RM12 (Kos Penghantaran)
1b. Pakej Keahlian Biasa (B) - RM50 + RM12 (Kos Penghantaran)
2a. Pakej Keahlian Higoat - RM265 + RM22 (Kos Penghantaran)
2b. Pakej Keahlian Keluarga Sihat - RM265 + RM22 (Kos Penghantaran)
3. Pakej Stokis >RM3000 atau >1800PV
 

Pos Terkini

HRGroup2u.net's Fan Box

Usrah Agro Farm Enterprise (SA0109193-T) Copyright © 2009

This Blog is Best Viewed with IE 1024 by 768 pixels. Mozilla Firefox is Not Supported at the moment.

Penafian:
Ini adalah blog peribadi atau blog usahawan "HRGroup2u.Net". Tiada kaitan dengan Syarikat MLM yang disertai. Untuk pertanyaan dan keterangan lanjut mengenai produk, sila hubungi HR Marketing Sdn. Bhd. di talian 04-7711448 atau layari laman web rasmi www.hrgroup2u.com.