Pages

8/27/2011

Selamat Balik Kampung

Hari ini ramai yang sudah mula bercuti untuk berkemas rumah, membuat persiapan Hari Raya dan ada juga yang sudah merancang atau sudah memulakkan perjalanan untuk pulang ke kampung untuk menyambut Adilfitri nanti bersama ibu bapa dan sanak saudara tercinta.

Walau ke manapun destinasi anda, kami mengucapkan "Selamat Balik Kampung" dan berhati-hati di jalan raya. Semoga selamat sampai ke destinasi yang ditujui. Jika anda mengantuk dan letih memandu pada waktu malam, jangan lupa berehat dan tidur sebentar di R&R dan dapatkan secawan Kopi SpyHRu HR untuk mengembalikan tenaga.

Tip Balik Ke Kampung: Panduan AM Pencegahan Pecah Rumah

Bagaimana Boleh Berlaku?

* Dengan pemutar skru atau objek-objek tajam, mengumpil pintu atau tingkap
* Menggunakan ‘jack’ untuk membuka jerjak besi tingkap
* Memotong mangga (ibu kunci) dengan gergaji besi.
* Memasuki melalui bumbung rumah/siling yang terbuka.
* Tingkap yang tidak berkunci/terbuka
* Menggunakan kunci pendua

Sebab-sebab Berlaku Pecah Rumah

* Tidak memberitahu jiran dan polis apabila meninggalkan rumah kosong
* Tiada muafakat sesama jiran untuk mengawasi kediaman masing-masing
* Meletakkan barang yang bernilai di sekitar atau dalam rumah yang dapat dilihat dari luar
* Menunjukkan tanda rumah tidak dihuni seperti langganan akhbar dan roti yang tidak dihentikan.
* Kedudukan rumah yang terpencil serta struktur rumah yang memudahkan penjenayah memasukinya.
* Membiarkan pintu atau tingkap terbuka, terdedah tanpa pengawasan atau ditutup tanpa berkunci.
* Menggunakan kunci, mangga atau rantai yang mudah diumpil, dipotong atau dibuka dengan kunci tiruan.
* Keadaan rumah seperti bumbung, tingkap, dinding dan sebagainya yang memudahkan penjenayah memasukinya.

Cara Pencegahan

* Memaklumkan balai polis terdekat tentang alamat rumah, tarikh dan masa anda tidak berada di rumah. Tinggalkan maklumat secukupnya bagi memudahkan pihak jiran atau polis memaklumkan sebarang kejadian kepada anda.
* Memasang alat-alat keselamatan tambahan pada pintu utama seperti lubang pandangan,mangga dan selak keselamatan.
* Sentiasa pasangkan lampu bila keluar rumah.
* Jangan tinggalkan sebarang nota yang boleh membantu pemecah rumah bertindak.
* Hubungan yang baik dengan jiran dapat membantu keselamatan rumah bila kita tiada.
* Pastikan pintu, tingkap dan pintu pagar berkunci sebelum meninggalkan rumah atau tidur.
* Pasangkan sistem penggera keselamatan atau kamera litar tertutupk untuk rumah/bangunan.
* Kawasan rumah hendaklah sentiasa bersih dan lapang. Semak-samun, rumpun pokok dan belukar boleh menjadi tempat persembunyian pemecah rumah/penjenayah.
* Sekiranya bercadang untuk bercuti lama, hentikan langganan akhbar atau roti supaya tidak meninggalkan tanda rumah tiada berpenghuni.

Nasihat Apabila Berlaku Pecah Rumah

* Segera buat laporan di Balai Polis berhampiran.
* Jangan menyentuh atau mengubah apa-apa jua barang yang didapati berselerak selepas dimasuki pencuri. Ini bertujuan untuk melindungi bukti di tempat kejadian seperti kesan cap jari atau alat-alat yang ditinggalkan penjenayah.

0 Komentar:

Post a Comment

Promosi Keahlian:

Semenanjung Malaysia:
1a. Pakej Keahlian Biasa (A) - RM50 + RM9 (Kos Penghantaran)
1b. Pakej Keahlian Biasa (B) - RM50 + RM9 (Kos Penghantaran)
2a. Pakej Keahlian Higoat - RM230 + RM12 (Kos Penghantaran)
2b. Pakej Keahlian Keluarga Sihat - RM230 + RM12 (Kos Penghantaran)
3. Pakej Stokis >RM3000 atau >1500PV

Sabah dan Sarawak:
1a. Pakej Keahlian Biasa - RM60 + RM12 (Kos Penghantaran)
1b. Pakej Keahlian Biasa (B) - RM50 + RM12 (Kos Penghantaran)
2a. Pakej Keahlian Higoat - RM265 + RM22 (Kos Penghantaran)
2b. Pakej Keahlian Keluarga Sihat - RM265 + RM22 (Kos Penghantaran)
3. Pakej Stokis >RM3000 atau >1800PV
 

Pos Terkini

HRGroup2u.net's Fan Box

Usrah Agro Farm Enterprise (SA0109193-T) Copyright © 2009

This Blog is Best Viewed with IE 1024 by 768 pixels. Mozilla Firefox is Not Supported at the moment.

Penafian:
Ini adalah blog peribadi atau blog usahawan "HRGroup2u.Net". Tiada kaitan dengan Syarikat MLM yang disertai. Untuk pertanyaan dan keterangan lanjut mengenai produk, sila hubungi HR Marketing Sdn. Bhd. di talian 04-7711448 atau layari laman web rasmi www.hrgroup2u.com.