Pages

4/14/2011

Memburu Impian Besar

Setiap individu pasti memiliki impian samada besar ataupun kecil, samada sudah terlaksana ataupun belum terlaksana. Impian menjadikan seseorang itu berjiwa besar dan boleh mempengaruhi pemikiran dan tindakan dalam mengejar impian mereka.

Ada orang yang berimpian ingin memiliki rumah yang besar, kereta yang besar, wang yang banyak, keluarga yang bahagia, anak ramai yang berjaya dalam pelajaran dan kerjaya, menunaikan haji di baitullah dan bermacam-macam lagi. Apa-apapun yang anda inginkan, ia bermula dengan impian disertai dengan semangat dan kesungguhan dalam tindakan. Tetapi tahukah anda bahawa impian anda tidak akan terlaksana sekiranya apa yang anda lakukan semalam adalah sama hasilnya pada hari ini, apa yang anda lakukan sepuluh tahun yang lepas adalah sama hasilnya pada tahun ini.?

Adalah mustahil untuk mencapai impian sekiranya kita mengetahui bahawa apa yang kita lakukan hari ini tidak dapat mengubah apa-apa untuk mencapai impian tersebut bahkan ia berkemungkinan berisiko tinggi pula. Sebagai contoh, kita berimpian untuk menyelesaikan hutang dan hidup dalam keadaan bahagian bersama keluarga tanpa masalah semasa usia tua atau sesudah pencen sedangkan kita tidak berbuat apa-apa untuk menyelesaikannya pada hari ini walhal kita mengetahui bahawa masa tidak akan menunggu kita.

Dalam menetapkan impian, kita perlukan kepada 5 kaedah penting, bertindak bijak dan mempunyai perancangan yang baik disusuli oleh tekad tindakan yang konsisten dan bersungguh-sungguh. Ubah cara kita berfikir dan bertindak.

5 kaedah dalam menetapkan impian tersebut ialah, SMART:

S - SPESIFIC. Impian yang hendak dicapai mestilah spesifik. Sebagai contoh, saya inginkan rumah banglo yang besar, tiga tingkat siap dengan kolam renang dan taman di halaman rumah, terletak di tepi pantai yang mempunyai 10 bilik dilengkapi dengan perabot dan peralatan yang lengkap berwarna biru dan sebagainya. Impian kita haruslah lebih spesifik seperti contoh di atas barulah kita boleh tetapkan strategi dan matlamat untuk mencapainya.

M - MEASURABLE. Impian kita perlulah boleh diukur. Impian yang tidak boleh diukur adalah angan-angan bukan impian.

A - ACHIEVEABLE. Impian tersebut mestilah boleh dicapai. Janganlah kita meletakkan impian kita yang tidak boleh dicapai atau 'mengarut' seperti ini; "aku ingin memiliki bulan". Sudah tentu impian ini tidak boleh dicapai.!

R - REALISTIC. Impian anda perlulah lebih realistik. Jika anda berimpian dan anda yakin anda boleh mencapainya tetapi ia perlulah realistik. Jangan membuat impian yang tidak perlu atau wajar seperti "saya ingin mengumpul 10 bilion ringgit dalam tempoh 1 tahun".

T - TIME FRAME. Buat perancangan dari sekarang dan tetapkan jangka masa untuk mencapainya. Sebagai contoh, "aku akan buat rumah banglo spesifik seperti disebutkan di atas dalam tempoh masa 10 tahun lagi". Bila jangka masa impian anda ini akan dicapai?, cuba mencapainya secara berperingkat-peringkat. Sekiranya anda tidak dapat melakukannya mengikut perancangan dalam jangka masa yang ditetapkan, sudah pasti anda dapat mencari jalan lain mengatasi sebarang masalah atau cuba mencari kaedah baru untuk melaksanakan impian tersebut dan bertindak mengikut keadaan.

Latihan: Tuliskan impian anda mengikut kaedah SMART di atas sekeping kertas dan fikirkan adakah anda boleh mencapainya suatu hari nanti.!

0 Komentar:

Post a Comment

Promosi Keahlian:

Semenanjung Malaysia:
1a. Pakej Keahlian Biasa (A) - RM50 + RM9 (Kos Penghantaran)
1b. Pakej Keahlian Biasa (B) - RM50 + RM9 (Kos Penghantaran)
2a. Pakej Keahlian Higoat - RM230 + RM12 (Kos Penghantaran)
2b. Pakej Keahlian Keluarga Sihat - RM230 + RM12 (Kos Penghantaran)
3. Pakej Stokis >RM3000 atau >1500PV

Sabah dan Sarawak:
1a. Pakej Keahlian Biasa - RM60 + RM12 (Kos Penghantaran)
1b. Pakej Keahlian Biasa (B) - RM50 + RM12 (Kos Penghantaran)
2a. Pakej Keahlian Higoat - RM265 + RM22 (Kos Penghantaran)
2b. Pakej Keahlian Keluarga Sihat - RM265 + RM22 (Kos Penghantaran)
3. Pakej Stokis >RM3000 atau >1800PV
 

Pos Terkini

HRGroup2u.net's Fan Box

Usrah Agro Farm Enterprise (SA0109193-T) Copyright © 2009

This Blog is Best Viewed with IE 1024 by 768 pixels. Mozilla Firefox is Not Supported at the moment.

Penafian:
Ini adalah blog peribadi atau blog usahawan "HRGroup2u.Net". Tiada kaitan dengan Syarikat MLM yang disertai. Untuk pertanyaan dan keterangan lanjut mengenai produk, sila hubungi HR Marketing Sdn. Bhd. di talian 04-7711448 atau layari laman web rasmi www.hrgroup2u.com.