Pages

4/21/2011

Potensi Bukan Keuntungan

Hari ini saya ingin memberikan tip dan berkongsi bagaimana corak pemikiran saya dan apa yang mendorong saya membuat sesuatu keputusan apabila mula ingin menceburkan diri dalam bisnes. Dari seorang pekerja (jurutera profesional) kini menceburkan diri sepenuhnya dalam bidang bisnes "kambing".

Perkara pokok yang saya fikirkan atau mungkin datang secara tiba-tiba ialah PELUANG. Ya, saya melihat peluang itu memang banyak dan ada di mana-mana sahaja justeru kita mestilah menilainya dengan baik seperti kata HAMKA.

Peluang yang besar itu datang secara tiba-tiba, datang tidak menentu masa, datang disaat kita kesempitan atau kesusahan. Nilailah peluang itu dengan secara bijaksana. Rebutlah peluang yang besar itu, kerana peluang yang besar itu boleh berlalu dengan tiba-tiba. Jangan jadikan Seribu Alasan untuk tidak merebut peluang yang besar itu!

- Allahyarham Prof. Dr. Hamka (Buya Hamka)


Perkara kedua yang menjadi kriteria pemilihan saya ialah IDEA. Bagaimana saya melihat 'idea bisnes' itu tak kiralah idea saya sendiri atau orang lain sangat unik dan lain dari yang lain justeru rangkaian produk atau perkhidmatan yang bakal dihasilkan pasti akan sangat-sangat diperlukan oleh pengguna atau pembeli nanti. Bagi saya idea adalah perkara yang paling mahal dan tak ternilai dimana idea bisnes yang unik dapat merubah dunia dan tidak semua orang memiliki idea-idea yang sama. Mungkin juga terlintas idea yang sama tetapi tidak semua merebut peluang mencipta kejayaan dengan idea tersebut.

Perkara ketiga yang menjadi faktor paling penting bagi ketiga-tiga corak pemikiran saya tersebut ialah POTENSI. Jika kita ingin menceburkan diri dalam bisnes tak kira bisnes konvensional atau bisnes 'networking', kita perlu melihat kepada potensi perniagaan tersebut bukan keuntungan semata-mata. Jika perniagaan tersebut mempunyai idea yang baik, peluang yang baik dan akan diterima oleh masyarakat serta potensi bisnes yang cerah untuk maju dengan mempunyai bakal prospek yang ramai, sudah tentu keuntungan akan datang kemudiannya.

Apabila ketiga-tiga perkara yang saya sebutkan di atas ada dalam kriteria penilaian membuat keputusan menceburkan diri dalam bisnes, menurut susunan kepentigannya barulah saya fikirkan tentang modal, pelan pemasaran, tindakan, mengembangkan bisnes dan keuntungan.

Alhamdulillah, saya telah memilih untuk menceburkan diri dalam bisnes berasaskan susu kambing dan daging kambing. Ya memang sudah ramai penternak yang menjual susu kambing segar dalam botol dan menjual kambing sama ada sebagai baka atau daging. Tetapi saya melihat idea bisnes HR Marketing Sdn. Bhd. (HRM) sebagai unik dan berani. HRM merupakan syarikat pertama yang berjaya mengeluarkan produk kosmetik dan penjagaan diri dari susu kambing, susu tepung seperti susu kambing HiGoat yang pertama di pasaran dan produk-produk lain daripada susu kambing. Syarikat memiliki potensi bisnes yang besar jika syarikat benar-benar komited dalam pengeluaran dan pemasaran.

Setelah saya menyertai syarikat ini selama hampir 2 tahun, memang benar apa yang saya fikirkan dulu. Syarikat berkembang dengan baik, produk diterima ramai kerana ia yang pertama seumpamanya. Pengguna produknya meningkat dan syarikat berjaya melahirkan usahawan-usahawan (pengedar dan stokis) yang berjaya, usahawan jutawan dan ramai usahawan yang mendapat pendapatan melebihi lima angka sebulan dari perkongsian bijak idea, peluang dan potensi tersebut. Tidak termasuk ramai pengguna-pengguna yang sihat dan sembuh dari penyakit yang menggunakan produk keluarannya.

Saya ingin berkongsi sedikit perkembangan, syarikat juga telah maju setapak lagi apabila kilang baru tambahan bakal dibina di tapak seluas 32 ekar dan kini memasuki pasaran Thailand dan Indonesia. Bina 'Empayar Perniagaan' anda bersama HRM. HRM sedang mengambil alih HUB HALAL kawasan Utara di Paya Pahlawan, Jitra Kedah bernilai lebih RM40 juta. Kini dalam proses pengambilalihan, pembinaan dan pembangunan. Masyarakat terutama ahli-ahli HR akan menikmati faedah dan keuntungan ini. POTENSI bisnes yang sangat hebat sedang dan akan dilaksanakan.

Produk-produk baru seperti burger daging kambing, sosej daging kambing, nugget daging kambing dan mayonis dari susu kambing akan dikeluarkan tidak lama lagi sekali dengan pelancaran Cafe HR. Justeru, jangan anda lepaskan peluang ini. Ayuh, sertai kami dalam bisnes yang AMAT BERPOTENSI ini sebagai usahawan HR yang kaya dan berjaya.

Lawati laman Web ONLINE Bisnes saya di sini.

0 Komentar:

Post a Comment

Promosi Keahlian:

Semenanjung Malaysia:
1a. Pakej Keahlian Biasa (A) - RM50 + RM9 (Kos Penghantaran)
1b. Pakej Keahlian Biasa (B) - RM50 + RM9 (Kos Penghantaran)
2a. Pakej Keahlian Higoat - RM230 + RM12 (Kos Penghantaran)
2b. Pakej Keahlian Keluarga Sihat - RM230 + RM12 (Kos Penghantaran)
3. Pakej Stokis >RM3000 atau >1500PV

Sabah dan Sarawak:
1a. Pakej Keahlian Biasa - RM60 + RM12 (Kos Penghantaran)
1b. Pakej Keahlian Biasa (B) - RM50 + RM12 (Kos Penghantaran)
2a. Pakej Keahlian Higoat - RM265 + RM22 (Kos Penghantaran)
2b. Pakej Keahlian Keluarga Sihat - RM265 + RM22 (Kos Penghantaran)
3. Pakej Stokis >RM3000 atau >1800PV
 

Pos Terkini

HRGroup2u.net's Fan Box

Usrah Agro Farm Enterprise (SA0109193-T) Copyright © 2009

This Blog is Best Viewed with IE 1024 by 768 pixels. Mozilla Firefox is Not Supported at the moment.

Penafian:
Ini adalah blog peribadi atau blog usahawan "HRGroup2u.Net". Tiada kaitan dengan Syarikat MLM yang disertai. Untuk pertanyaan dan keterangan lanjut mengenai produk, sila hubungi HR Marketing Sdn. Bhd. di talian 04-7711448 atau layari laman web rasmi www.hrgroup2u.com.