Pages

10/31/2009

Langkah Kemahiran Usahawan Terbilang - Asas

Hari ini saya ingin memanfaatkan sedikit masa hujung minggu bercerita tentang perkara asas yang perlu dilakukan. Mungkin ramai diantara kita yang telah melupakan perkara asas ini kerana kita lebih senang atau selesa menggunakan internet atau teknologi untuk melakukan promosi.

Laman web autodownline di http://www.hrgroup2u.net memang telah menyediakan ruang untuk kita mempromosi produk dan syarikat tetapi kita juga jangan meninggalkan langkah asas yang perlu kita fikirkan kerana peluang dan ruang ada di mana-mana cuma bagaimana dan pada waktu mana yang sesuai untuk melakukan tindakan itu.

Perkara asas yang saya ingin berkongsi pada kali ini ialah penggunaan pamplet (Flyer/Pamphlet) atau brosur (Brochure/Leaflet) dan memperkenalkan produk kepada keluarga, rakan dan jiran tetangga kita.

PAMPLET atau BROSUR

Pamplet atau brosur boleh menjadi satu teknik promosi yang sangat berkesan jika kita menggunakannya dengan cara yang betul. Pamplet atau brosur boleh diedarkan pada kawasan tumpuan seperti di masjid pada hari Jumaat.

Seperti mana kita, kita akan terus sahaja membuang pamplet atau brosur jika produk yang hendak dipromosi itu tidak ada nilai pada diri kita (tidak diperlukan) tetapi jika ianya merupakan produk yang amat kita cari-cari, maka kita akan cuba menghubungi balik penjual atau orang yang memberi kita pamplet atau brosur tersebut.

Cuba kita buat sedikit pengiraan kebarangkalian, dalam 500 hingga 1000 orang yang pergi sembahyang Jumaat di masjid, 5% cuba menghubungi kita atau cuba membuka laman web autodownline di http://www.hrgroup2u.net/, maka nisbah ini amat sangat berbaloi. RM25 (5 sen x 500 keping) yang dibelanjakan untuk membuat fotokopi pamplet atau brosur akan mendapat pulangan modal apabila 5% (25 orang) memberikan respon kepada promosi yang kita telah lakukan.

Perkara asas yang kedua yang saya ingin tekankan di sini ialah segalanya bermula dari rumah.

KENALKAN PRODUK KEPADA KELUARGA, RAKAN-RAKAN dan JIRAN.

Agak sukar untuk bercerita atau memperkenalkan produk atau syarikat kepada seseorang yang tidak kita kenali. Perkara ini juga bertambah sulit jika kita tidak mempunyai kemahiran komunikasi yand baik atau sifat malu, tidak peramah (malu tidak bertempat) sehingga boleh menarik minat atau keyakinan orang yang mendengar penerangan dari kita untuk menyertai kita.

Masalah ini boleh diatasi jika kita mulakannya dari rumah kita sendiri. Mula bercerita akan perkara (perniagaan kita) ini kepada pasangan kita, ibu bapa, adik-beradik atau saudara mara kita. Kemudian dipanjangkan kepada rakan-rakan yang mengenali kita, rakan sekerja atau jiran-jiran. Bercerita dan berkongsi pengalaman dengan saudara mara dan rakan yang dikenali bukanlah sesuatu perkara yang sukar kerana kita tidak lagi mempunyai jurang (gap) komunikasi dengan mereka.

"Jangan Mengharapkan Hasil Yang Berlainan Dengan Membuat Perkara Yang Sama Berulang Kali".

Baca Lanjut dan Komen...

10/27/2009

Forum HRGroup2u.net (Google Group) Di Mana-mana

Admin dan pihak pengurusan HRGroup2u.Net telah membangunkan forum sebagai salah satu platform untuk ahli/pengedar Susu Kambing HiGoat di bawah tajaan HRGroup2u.Net berwacana, berkomunikasi, mengajukan soalan dan bertukar-tukar pengalaman di 'Google Group'.

Sebarkan dan war-warkan berita ini dengan meletakkan code di bawah (copy and paste) di blog-blog dan website anda.


Kumpulan Google
HRGroup2u.Net
Lawati kumpulan ini


Kami Komited Dengan Apa Yang Kami Usahakan!
Baca Lanjut dan Komen...

10/24/2009

Info Terkini Dan Perkembangan Produk HR - Oktober 2009

Compact Powder HR:

Produk Terbaru HR Di Pasaran 15 Oktober 2009!:

Harga Ahli:
RM29.90 (SM)
RM33.90 (SS)


Point Value (PV) = 10

Harga Jualan:
RM37.90 (SM)
RM42.90 (SS)


2 Rona Menarik:
01 Sweet Ivory - Kulit Cerah
02 Peachy Glow - Kulit Sawo Matang/Gelap


Poster dan Flyer Kopi SpyHRu:

Poster: RM1.00 (SM) RM1.50 (SS) Sekeping
Flyer: RM0.20 (SM), RM0.30 (SS) Sekeping


Perhatian!:

1. PV Sabun Madu

Berkuatkuasa 1 Oktober 2009, terdapat perubahan pada PV sabun susu kambing dengan madu iaitu dari 7PV kepada 6PV sekotak.

2. Butir-butir Pembelian

Penting! Stokis atau ahli menyatakan dengan jelas dan terang produk yang ingin ditempah dan jumlah wang yang dimasukkan ke akaun syarikat pada salinan slip bank yang difakskan kepada pihak syarikat.

3. Pelekat (Sticker) Kit Pada Borang Ahli

Setiap borang ahli yang dihantar perlu dilekatkan dengan pelekat (sticker) nombor kit. Borang yang tiada nombor kit tidak akan diproses.

4. Permohonan Stokis Mobile

Stokis S Mobile wajib membuat pembelian pertama bernilai 1500PV dan 5 Kit Keahlian dalam satu Inbois.
Baca Lanjut dan Komen...

10/22/2009

Memeriksa Keahlian dan Bonus Secara Online

Sistem Online HR Marketing Sdn. Bhd.:

HR Marketing telah melancarkan satu sistem online untuk kegunaan ahli-ahlinya di http://www.hrgroup2u.com.

Ahli yang telah berdaftar dan keahliannya (data) telah dimasukkan ke dalam sistem HR ini bolehlah terus login untuk memeriksa status/semakan keahlian, bonus, melihat downline dan rangking secara online.


Login Ke Dalam Sistem Keahlian HR:

http://ahli.hrgroup2u.com/MemberLounge/index.asp

Distributor IC: ************
Password: *** Sila hubungi HR atau saya untuk bantuan password.
Security Code: ******

Untuk keselamatan, anda dinasihatkan supaya menukar katalaluan (password) sejurus selepas berjaya memasuki sistem.


Keahlian Baru Mendaftar:

Bagi ahli-ahli yang baru mendaftar, sila beri tempoh selewat-lewatnya selama sebulan untuk pihak HQ mendaftarkan nama anda (memasukkan data/data entry) ke dalam sistem ini.


Stokis:

Stokis pula boleh menguruskan "bonus distribution" secara online (ini bagi menggantikan manual "cash bill"), menguruskan "stock in/out" dan juga membuat tempahan penambahan stok secara online dan sebagainya.


Ahli/Stokis diharap dapat menggunakan kemudahan ini sebaik mungkin!.

Sila berhubung terus dengan HQ (Pejabat HR Marketing Sdn. Bhd.) untuk maklumat lanjut cara penggunaan dan fungsi lanjut sistem ini.


Nota:

Walau bagaimanapun, sistem HR ini tidak dapat menggantikan (tidak sama fungsi) dengan web auto downline, penajaan ahli baru dan promosi di http://www.hrgroup2u.net.

Mahfuz Jaffar
Admin
www.hrgroup2u.net
Baca Lanjut dan Komen...

10/19/2009

Cash Bill - Penting!

Hari ini saya ingin memberikan sedikit penerangan ringkas mengenai "cash bill" atau resit pembelian.

Mungkin topik kali ini mudah tetapi ia AMAT PENTING! Saya mahu setiap ahli/pengedar di bawah tajaan saya di www.hrgroup2u.net fahamkan mesej ini betul-betul sekiranya anda ingin membeli barang dari mana-mana stokis selain dari stokis kumpulan www.hrgroup2u.net.

Belian Pakej Keahlian/Belian Seterusnya (Repeat-Purchase)

Setiap belian oleh anda (ahli/pengedar) samada anda membeli kit keahlian (pertama kali) atau produk lain (repeat purchase) seperti sekotak sabun, susu, dsb. dari mana-mana stokis, stokis tersebut dikehendaki mengeluarkan satu "cash bill" untuk anda beserta mata belian (PV - Point Value) dicatat di atas "cash bill" tersebut.

"Cash Bill" - Cash Bill HR Marketing Sdn. Bhd.

Salinan Putih untuk ahli baru/ahli/pengedar.
Salinan Merah untuk dihantar ke HQ.
Salinan Biru untuk disimpan oleh stokis.

Mana-mana stokis yang mengeluarkan "cash bill" mereka sendiri seperti "resit sementara" bukan dari HR Marketing Sdn. Bhd. dikira TIDAK SAH!.

"Cash Bill" mestilah dihantar ke HQ oleh stokis tersebut untuk tuntutan bonus bagi stokis dan bagi ahli/pengedar (bonus distribution). Sekiranya stokis tidak mengeluarkan "cash bill" kepada ahli dan menghantar satu salinan ke HQ serta repot bulanan (monthly stock out report), ini bermakna stokis mengeluarkan "cash bill" dan membuat tuntutan bonus ke atas nama mereka sendiri. Ahli/pengedar tidak akan mendapat bonus dari belian tadi kerana tidak dituntut bagi pihak mereka oleh stokis.

Sekiranya ini berlaku, ahli/pengedar boleh menelefon HQ membuat laporan penipuan ini dan menuntut bonus anda.

Mata Belian (Point Value/PV)

Setiap mata belian hendaklah dihantar ke HQ. Stokis tidak ada hak untuk menunggu sehingga mata belian anda cukup jumlahnya (60PV) kerana anda juga boleh membeli dari stokis yang lain. HQ akan kira jumlah mata belian terkumpul anda setiap bulan dari semua stokis.

Contoh:

1/10/2009 - Anda membeli dari Stokis A - Mata Belian 30PV

15/10/2009 - Anda membeli lagi dari Stokis B pula - Mata Belian 30PV

Sekiranya kedua-duanya menghantar "cash bill" ke HQ, jumlah mata belian terkumpul anda ialah 60PV dan anda layak mendapat bonus pada bulan tersebut.

Sekiranya hanya stokis A yang menghantar "cash bill" dan stokis B menunggu sehingga mata belian anda mencukupi jumlahnya dan mengeluarkan "resit sementara" atau tidak mengeluarkan "cash bill" langsung, ini merupakan satu lagi penipuan dan dia telah menghalang anda untuk mendapatkan bonus pada bulan tersebut (belian anda TIDAK SEMESTINYA dari stokis B sahaja).

Mata belian terkumpul anda bukan ditentukan oleh stokis tertentu sahaja (contoh: stokis B) dan mereka tidak boleh memeriksa jumah mata belian terkumpul anda sekiranya anda BUKAN DOWNLINE mereka.!!!


Baucer Tunai/Cek

Baucer Tunai/Cek dikeluarkan oleh HQ setiap bulan. Sebagai contoh, setiap belian Pakej Keahlian RM220, anda akan mendapat 100PV dan anda akan mendapat Baucer Tunai bernilai RM5 apabila bonus dikira oleh HQ pada setiap hujung bulan. Mata belian ini akan dikumpul dari salinan "cash bill" yang dihantar oleh stokis ke HQ itu tadi.

Baucer hanya untuk bonus kurang dari RM100 dan sekiranya anda mendapat bonus melebihi RM100, HQ akan mengeluarkan cek untuk anda.

Peringatan!

Hati-hati sekiranya anda ingin mendapatkan/membeli barang dari mana-mana stokis. Pastikan mereka mengeluarkan "cash bill" dan menghantarnya ke HQ.

Sebarang pertanyaan sila komen di sini supaya saya boleh memberikan jawapan dan dapat dikongsi bersama dengan ahli/pengedar yang lain.

"Mencari Yang HALAL itu Adalah Lebih Baik"

Baca Lanjut dan Komen...

10/15/2009

Forum HRGroup2u.net di Google Group

Salam,

Admin dan pihak pentadbir/upline HRGroup2u.net kini telah menyediakan satu ruang untuk ahli berwacana dan bertukar fikiran serta berkongsi idea. Jadikan forum ini sebagai satu platform untuk ahli/pengedar menyuarakan pandangan dan pendapat sebaik mungkin demi memberi manfaat kepada kumpulan.

Setiap sumbangan (pengetahuan/pengalaman/komen membina/cadangan dsb) ahli di forum ini amat bermakna untuk kemajuan kita bersama. Insyaallah.

Forum ini hanya boleh disertai oleh ahli/pengedar di bawah tajaan HRGroup2u.net berdasarkan jemputan khas (special invitation) oleh admin sahaja (melalui emel). Sekiranya admin terlepas pandang untuk menjemput anda menyertai forum ini, anda bolehlah emel memohon kepada admin.

Forum boleh diekses di http://groups.google.com.my/group/hrgroup2u.

Kami Komited Kepada Apa Yang Kami Usahakan!.

"Knowledge Is POWER" "Knowledge Sharing Is POWER"
.

Baca Lanjut dan Komen...

10/14/2009

Konsep Bantu-di-Bantu Siri 1

Assalammualaikun dan Salam Sejahtera,

Hari ini saya ingin menulis tajuk berkaitan peri pentingnya konsep 'bantu-di-bantu'. Konsep bantu-di-bantu kali ini adalah berkisar kepada kepentingan IT atau komputer dalam bisnes MLM ini. Ini adalah berdasarkan pengalaman dan kepakaran saya dalam bidang IT ini sebagai seorang Konsultan/Jurutera IT.

Ramai yang menyertai http://www.hrgroup2u.net/ ini tetapi masih lagi gagal atau mungkin masih lagi tidak faham akan kuasa promosi dan pemasaran di internet. Teknologi telah menyebabkan manusia bertukar cara mereka berfikir dan bertindak dalam melakukan sesuatu kerja. Sebagai contoh, jika dahulu kita meluangkan masa yang lama, mengeluarkan duit perbelanjaan yang banyak seperti duit minyak kereta, duit tol, duit 'belanja minum' dan sebagainya untuk berjumpa dengan ahli keluarga, rakan-rakan atau prospek untuk mengenalkan barang MLM yang kita sertai tetapi kini kita hanya perlu meletakkan banner atau katalog produk sahaja di laman sesawang atau blog. Bayangkan bagaimana kesan teknologi komunikasi masa kini yang telah merubah cara kehidupan dan pemikiran kita.

Mungkin ramai yang akan berkata bahawa adalah lebih baik (professional) untuk kita berjumpa dengan prospek kita tetapi persoalannya, berapa ramai prospek yang akan menjadi pelanggan atau ahli (downline) kita dan berapa jam masa yang terluang dan berapa banyak wang ringgit yang kita belanjakan untuk kita mendapatkan seorang ahli atau pelanggan?. Ramai juga yang gagal menarik minat (convince) prospek kerana tidak mempunyai kemahiran komunikasi yang baik.

Walau bagaimanapun, jangan melepaskan peluang untuk berjumpa dengan prospek anda. Sebagai contoh, sekiranya anda mendapat perkhabaran berita ada diantara keluarga atau rakan-rakan anda yang menghidapi penyakit atau sedang sakit, eloklah anda meluangkan sedikit masa menzirahi mereka kerana ini merupakan satu perkara baik dan mendapat ganjaran pahala serta dapat memberikan kegembiraan kepada mereka. Ini juga merupakan peluang untuk anda secara tidak langsung memperkenalkan produk susu kambing ini. Mudah-mudahan ia dapat membantu menggurangkan penderitaan dan mungkin juga dapat menyembuhkan penyakit mereka bila diminum secara berterusan. Perkenalkan kepada mereka khasiat menyembuh susu kambing ini. Insyaallah.

Saya tidak mahu becerita panjang lebar kebaikan dan keburukan internet, cuma saya ingin berkongsi dengan anda kelebihan membuat promosi di internet dan jika kita melepaskan peluang ini maka kita akan dikatakan ketinggalan. Ramai yang telah setapak maju ke hadapan tetapi kita masih lagi dengan cara dan pemikiran lama kita.

Promosi atau pengiklanan produk serta penajaan ahli-ahli baru untuk menyertai kumpulan ini di internet bukan sahaja terletak atau merupakan tanggungjawab saya (admin) seorang sahaja. Ahli yang telah berdaftar di sini mempunyai tanggung jawab mereka untuk memajukan diri mereka dan kumpulan (downline) mereka sendiri. Pulangan yang lumayan serta kejayaan menaja ramai ahli (downline) adalah bergantung sepenuhnya kepada usaha mereka sendiri. Admin telah menyediakan bahan-bahan promosi seperti banner, katalog, laman web promosi dan sebagainya, jadi gunakanlah sebaik mungkin bahan promosi tersedia ada dan mula mempromosi hari ini juga.

Berbalik kepada konsep bantu-di-bantu, saya ingin mangajak sesiapa yang mempunyai ilmu IT atau kepandaian dalam bidang teknologi maklumat ini supaya memberikan tunjuk ajar atau bantu mereka (downline) yang masih lagi tidak pandai menggunakan internet dan komputer. Berbagai kaedah atau cara anda boleh membantu mereka antaranya:

1. Membina Laman Sesawang (Web) atau Blog.

Bantu mereka membina laman sesawang atau blog untuk mereka mempromosi produk dan menaja ahli-ahli baru. Bantu mereka kaedah untuk membuat promosi di web/blog mereka seperti bagaimana caranya untuk mendaftar dan membina blog secara percuma, membuat post, meletakkan link (url), meletakkan banner-banner dan gambar-gambar produk dan sebagainya.

2. Bertukar-tukar 'Blog Link' .

Anda juga boleh bertukar-tukar 'blog link' supaya blog anda mendapat 'ranking' yang tinggi dalam enjin carian seperti 'Google' atau 'Yahoo'. Web atau blog yang memiliki 'external/reciprocal link' dengan tema (nich) yang sama akan mendapat 'ranking' atau 'rating' yang tinggi oleh enjin carian.

3. Iklan Percuma dan Berbayar.

Bantu mereka sekiranya anda terjumpa dengan web-web yang boleh meletakkan banner-banner atau iklan teks secara percuma. Berkongsi dengan mereka penemuan-penemuan anda ini. Anda juga boleh berkongsi kos dengan mereka untuk mengiklankan banner-banner atau link di laman-laman sesawang pengiklanan yang berbayar. Ramai 'MLM internet marketer' yang telah menggunakan kaedah ini dimana mereka berkongsi kos pengiklanan dengan downline-upline mereka. Ada sesetengah laman sesawang yang meletakkan yuran yang tinggi untuk meletakkan iklan di laman sesawang mereka. Sebagai contoh, laman web http://www.harakahdaily.com/, http://www.malaysiakini.com/, http://www.utusan.com.my/, tetapi laman ini memberikan paparan (page impression) dan 'klik' pengguna yang banyak. Kosnya agak mahal tetapi sekiranya kos ini dikongsi bersama ia akan memberikan pulangan yang baik dan tinggi.

4. Menyertai Serta Menyokong Blog Mereka.

Anda juga boleh memberikan sokongan (participate) dengan kerap melawat blog-blog ahli kumpulan dan memberikan komen membina di ruang komen yang disediakan (jika ada). Komen dengan 'back link' juga akan dikira oleh enjin carian untuk mendapat 'rangking' atau 'rating' yang tinggi.

5. Memberi Cadangan.

Mungkin ramai yang telah mempunyai blog mereka sendiri tetapi ramai juga yang membuat kesilapan atau mempunyai laman web atau blog yang tidak menarik. Oleh itu, ahli bolehlah memberikan pandangan dan idea untuk memantapkan lagi blog-blog promosi rakan-rakan.

Dengan membantu memberi tunjuk ajar atau kursus singkat IT ini, anda bukan sahaja mendapat pahala mengajar sesuatu ilmu yang berguna tetapi anda juga akan mendapat pulangan yang lumayan. "Downline Aktif, Anda Aktif".

Saya akan sambung lagi konsep 'bantu-di-bantu' ini di Siri ke 2 yang akan datang. Insyaallah.

Baca Lanjut dan Komen...

10/10/2009

Sabun Mandian Susu Kambing Dengan Mentimun


Kod Produk:
HBC 214
(Cucumber Goat's Milk Bath)

Saiz:
200ml

Harga Pelanggan:
RM24.00 (WM)
RM26.00 (EM)


Harga Ahli/Pengedar:
RM20.00 (WM)
RM22.00 (EM)


Mandian susu kambing yang mewah berkrim menyegar serta melembapkan kulit. Dengan haruman yang berpanjangan, kulit juga lebih halus dan kelihatan muda.

Baca Lanjut dan Komen...

10/09/2009

Pengaktifan Keahlian di www.HRGroup2u.net - 09/10/2009

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Ahli PERCUMA:



Anda telah berdaftar dengan kami di http://www.hrgroup2u.net/ secara PERCUMA dan belum lagi membuat pengaktifan keahlian dengan membuat pembayaran (bagi ahli-ahli yang mendaftar percuma sehingga hari ini).

Pihak admin akan membuat kemaskini pangkalan data (database) untuk melancarkan lagi sistem pengurusan downline-downline kami dan mana-mana ID yang tidak aktif selepas 18/10/2009, ID-ID tersebut akan dipadam (delete) dari pengkalan data (database) laman web www.HRGroup2u.net.

Kami memberi peluang kepada anda untuk membuat pengaktifan keahlian bermula pada 12/10/2009 sehingga 18/10/2009 untuk memilih/membuat tempahan pakej produk/keahlian dan membuat pembayaran dengan segera.

Selepas dari tarikh ini (18/10/2009) anda masih lagi tidak aktif dan ID anda telah dipadam (delete), anda dikehendaki untuk membuat Pra Pendaftaran sekali lagi jika ingin menyertai kami semula.


Upline/Ahli Aktif:

Kepada upline yang mempunyai ahli di bawah tajaannya yang masih lagi belum aktif, sila maklumkan kepada mereka untuk membuat pengaktifan/tempahan pakej dengan segera.
Baca Lanjut dan Komen...

10/06/2009

Langkah Kemahiran Usahawan Terbilang

Hari ini saya duduk di rumah bercuti dan meluangkan sedikit masa mentelah buku "Langkah Bijak Usahawan Terbilang" tulisan Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah dan Tn. Hj. Muhammad Zakaria. Buku ini mengupas tajuk usahawan dan keusahawanan. Beliau menerangkan peri pentingnya ciri-ciri seorang usahawan dengan mengenali diri mereka, matlamat, tujuan, perancangan, menghidu peluang, tindakan, kreativiti, doa dan amalan yang baik serta akhlak/etika seseorang yang ingin berjaya dan bergelar usahawan berjaya.

Anda telah mendaftar dengan kami (pengedar http://www.hrgroup2u.net/) dan anda kini bergelar seorang usahawan, usahawan MLM dibawah teraju syarikat HR Marketing Sdn. Bhd.. Apakah matlamat anda dan sudahkah anda bersedia menjadi seorang usahawan MLM yang BERJAYA?.

Saya ingin berkongsi dengan anda Bab 19, "Langkah Kemahiran Usahawan Terbilang". Beliau menulis, "Usahawan yang hendak berjaya mestilah meningkatkan langkah-langkah kemahiran walaupun nampak kecil. Kemahiran merupakan teras berjalannya sesuatu perniagaan dengan cemerlang". Salah satu kemahiran yang dimaksudkan ialah menggunakan 'Kad Perniagaan'.

KAD PERNIAGAAN

Beliau, dalam bab ini menyarankan supaya setiap seorang usahawan membuat Kad Perniagaan (Business Card). Ada orang yang memandang ringan terhadap fungsi kad perniagaan. Walaupun kad perniagaan merupakan sekeping kertas kecil dan nipis, namun peranannya sangat penting dalam perniagaan.

Jangan segan memberi kad perniagaan kepada semua orang yang ditemui. Jangan jadi kedekut. Beri kad setiap kali ada peluang.

Kata motivator, "Kita kena bagi kad perniagaan kepada pelanggan yang berpotensi besar sekurang-kurangnya 5 kali".

Mengikut kajian, jika kita memberi sehingga 5 kad perniagaan, orang akan mudah menghubungi kita. Jadi, beritahu orang tentang perniagaan kita dengan cara menyebarkan sebanyak mungkin kad perniagaan.

Oleh itu, saya sarankan kepada anda untuk menempah kad perniagaan anda sekarang. Edarkan kepada sesiapa sahaja yang anda temui dan perkenalkan DIRI anda sebagai seorang USAHAWAN MLM dan terangkan kepada mereka kebaikan susu kambing dan produk HR.

Bertindaklah dengan bijak dan pasti kejayaan menanti anda.!
Baca Lanjut dan Komen...

10/05/2009

Anda Adalah Apa Yang Anda Fikirkan!

ANDA ADALAH APA YANG ANDA FIKIRKAN

Tahniah kerana anda telah mendaftar dengan kami di www.HRGroup2u.Net. "Anda adalah apa yang anda fikirkan".

Perpatah Cina Kuno ada mengatakan, "Sesuatu Perjalanan Yang Jauh Itu Bermula Dengan Langkah Yang Pertama". Anda bijak dan bertuah kerana telah memulakan langkah yang pertama dengan mendaftar dengan www.HRGroup2u.Net dan menjadi sebahagian dari keluarga kami sebagai usahawan MLM HR, tetapi apa yang penting adalah tindakan anda yang seterusnya.

PROFESIONAL, SERIUS DAN FOKUS

Mungkin ungkapan saya ini akan menyinggung sesetengah individu tetapi percayalah bahawa untuk berjaya sebagai usahawan MLM, seseorang mestilah serius dan fokus kepada apa yang mereka lakukan. MLM adalah suatu kerjaya professional. Oleh itu, ia seharusnya dikerjakan secara profesional agar dapat memperolehi hasil yang maksimum.

MLM merujuk kepada:

M - MANAGEMENT
L - LEADERSHIP
M - MULTIPLY

MLM bukan sekadar masuk menjadi ahli kemudian mengajak orang lain seramai mungkin dan beranggapan akan mendapat bonus yang besar. MLM adalah PROSES MENGGERAKKAN PRODUK SECARA BERSAMA daripada syarikat kepada pengguna melalui pembelian dan penjualan produk.

SAYA BERJAYA DAN BAHAGIA DENGAN KERJAYA SAYA SEKARANG! SAYA TAK PERLUKAN MLM!

Pesoalannya, berapa ramai orang yang anda telah bantu sehingga BERJAYA? Adakah kerjaya anda sekarang dapat memberikan ruang dan peluang kepada orang lain berjaya bersama anda? Kami di www.HRGroup2u.net mengamalkan konsep BANTU-DI-BANTU dan kami memberikan PELUANG BERJAYA yang sama kepada anda dan ORANG LAIN. Anda tidak perlu tinggalkan kerjaya anda sekarang bahkan kerjaya anda sekarang dapat membantu dan menjadi platform untuk anda menjadi usahawan MLM yang LEBIH BERJAYA. BERJAYA MEMBANTU ORANG LAIN samada dengan MENAJA mereka menjadi usahawan MLM yang berjaya atau MENGENALKAN PRODUK HR yang baik untuk KESIHATAN mereka.

Fikirkan...
dengan KERJA LAMA anda
dengan PEMIKIRAN LAMA anda
dengan KEPERCAYAAN LAMA anda
dengan PILIHAN LAMA anda
dengan SIKAP LAMA anda
atau INGIN BERUBAH SEKARANG?

BERTINDAKLAH HARI INI JUGA DAN INGATLAH, YANG PALING PENTING IALAH APA TINDAKAN ANDA!

Apa saja matlamat dan impian mengenai Bisnes MLM anda, kami mahu anda tahu yang kami di sini membantu anda untuk menjadikan matlamat dan impian anda menjadi kenyataan. Sekiranya anda berjaya, kami pun sama berjaya seperti anda kerana kami juga menjayakan Bisnes MLM seperti anda.

Marilah kita sama-sama jadikannya suatu KENYATAAN.

BELUM MENDAFTAR... BERMINAT, TETAPI RAGU-RAGU DAN SAYANG KEPADA MODAL SEBANYAK RM220?

Kami tidak ada RUANG untuk mereka yang mendaftar secara PERCUMA tetapi TIDAK membuat PENGAKTIFAN keahlian kerana kami ingin memberikan PELUANG kepada mereka yang ingin berjaya sahaja. Oleh itu, UPGRADE keahlian anda sekarang dengan memilih pakej, membuat pembayaran dan mula mempromosi HARI INI!.

BEKERJA DENGAN BIJAK, BUKAN BEKERJA KERAS!

Percaya pada DIRI dan bekerja dengan BIJAK. Tetapkan matlamat dan bekerja secara profesional. Kami telah sediakan anda satu SISTEM AUTODOWNLINE di www.HRGroup2u.Net yang sistematik untuk anda berjaya. Kami tidak sediakannya secara percuma dan sia-sia kerana kami yakin ianya dapat membantu anda. Gunakan sebaik mungkin bahan-bahan tersedia ada supaya perniagaan anda bertambah maju dan dapat diduplikasikan.

KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI! INSYAALLAH.

Ikhlas,
Mahfuz Hj. Jaffar
Baca Lanjut dan Komen...

10/04/2009

Aktiviti Syarikat Oktober 2009

Salam, kepada semua downline saya, saya jemput anda semua menghadiri perjumpaan yang telah dianjurkan oleh Syarikat HR Marketing seperti di bawah ini:


Cuba sedaya upaya anda untuk menghadirkan diri pada perjumpaan ini kerana saya percaya kepada ungkapan ini:

"Bukan semua orang yang hadir perjumpaan menjadi orang yang berjaya dalam MLM tetapi semua top earner dalam perniagaan MLM akan hadir disetiap perjumpaan".
Baca Lanjut dan Komen...

10/03/2009

Losyen Pencegah Serangga Susu Kambing


Kod Produk:
HBC 205
Goat's Milk Insect Repellant Lotion


Saiz:
125ml

Harga Pelanggan:
RM15.00 (WM)
RM16.00 (EM)


Harga Ahli/Pengedar:
RM12.10 (WM)
RM13.10 (EM)


Fungsi:

- Melembapkan kulit
- Memberi perlindungan sepanjang hari dari kekeringan
- Memulihkan struktur kulit rosak akibat kekeringan
- Mencegah gigitan serangga

Panduan:

Untuk semua jenis kulit

Bahan-bahan:

- Susu kambing segar
- Glycerin (bahan pelembap)
- Isopropyl Palmitate (pelembap yang tidak berminyak)
- Ekstrak Serai Wangi (menghalang gigitan serangga)

Penggunaan:

Sapukan pada bahagian badan terutama semasa menjalankan aktiviti luar bagi mencegah gigitan serangga.

Losyen yang kaya lembapan dan mudah serap pada permukaan epidermis kulit. Kandungan vitamin A dan mineral dari susu kambing membantu menstrukturkan semula kulit dan dengan wangian serai wangi untuk menghalang gigitan serangga. Sesuai digunakan semasa menjalankan aktiviti luar dan juga untuk kulit sensitif.

Baca Lanjut dan Komen...

Gel Pelangsing Badan Susu Kambing


Kod Produk:
HBC 209
Goat's Milk Body Contour Gel


Saiz:
150ml

Harga Pelanggan:
RM48.00 (WM)
RM49.00 (EM)


Harga Ahli/Pengedar:
RM38.50 (WM)
RM39.50 (EM)


Fungsi:

- Mengurangkan lemak berlebihan pada badan
- Membantu melangsingkan bentuk badan

Panduan:

Untuk semua jenis kulit

Bahan-bahan:

- Susu kambing segar
- Menthol dan Ethanol (agen penyejuk aktif)
- Glycerin (pelembap)

Penggunaan:

Sapu pada tempat yang diperlukan dan urut sehingga gel meresap ke dalam kulit

Formula istimewa yang berupaya mengurangkan lemak berlebihan pada badan. Membantu melagsingkan bentuk badan. Caranya dengan menyapukan pada kawasan yang bermasalah dan urut sehingga gel meresap ke dalam kulit

Baca Lanjut dan Komen...

10/02/2009

Khasiat Susu Kambing

Pakar perubatan kini cenderung kembali pada pola makan yang semulajadi (natural food), baik yang berasal dari tumbuh-tumbuhan herba mahupun dari haiwan. Demikian halnya, penggunaan susu kambing sebagai perubatan penyakit, bahkan pola ini sudah digunakan sejak ribuan tahun lalu.

 
Di zaman Mesir kuno, ratu cantik Cleopatra, menggunakan susu kambing sebagai bahan untuk mempercantikkan wajah dengan cara mengkonsumsinya serta digunakan untuk mandi susu bagi menjaga kehalusan kulit dan keindahan tubuhnya.

 
Dari hasil kajian perubatan dan bukti sejarah telah banyak membuktikan bahwa ternyata susu kambing mempunyai banyak kelebihan jika dibandingkan dengan susu haiwan ruminan yang lain seperti susu lembu, susu unta, susu kuda dan lain-lain.

 
Susu kambing sangat baik bagi penderita penyakit kulit, enzima serta gatal-gatal pada kulit sebagai mana yang pernah dilakukan oleh Dr. George Dermit dari Ohio, Amerika Syarikat. Dia menggunakaan terapi susu kambing bagi anak-anak yang menderita penyakit kulit tersebut. Bahkan para pakar penyakit kulit dari New Zealand, menggunakan susu kambing terhadap para pesakitnya sebagai agen meningkatkan kesihatan kulit terutama pada bahagian wajah dan ternyata ia berjaya menyembuh.

 
Khasiat susu kambing mengandung gizi yang tinggi, ia dapat mempercepatkan proses pertumbuhan gigi dan tulang. Juga untuk mengembalikan kesihatan seseorang ibu yang baru melahirkan anaknya akibat pendarahan sesudah melahirkan, memberikan zat besi sesudah haid, juga dapat membantu bagi seorang yang mengalami penyakit kekurangan darah (Anemia). Bagi mereka yang sudah berusia lanjut, kandungan pelbagai mineral dalam susu kambing akan mengurangkan kerapuhan tulang (Osteoporosis).

 
Susu kambing juga sangat berkhasiat untuk mengatasi gangguan pernafasan terapi TBC, infeksi akut pada paru-paru seperti Astma. Juga mampu mengawal kadar kolesterol dalam darah dan menyembuhkan asid urat tinggi serta masalah buah pinggang yang di sebut Nepbratic Syndrom.

 
Sumber dari buku yang berjudul khasiat dan manfaaat susu kambing, "Susu terbaik dari hewan Ruminansia" yang di tulis oleh Dr. Rini Damayanti Moedji, dipl. CN & Bernardius T Wahyu Wiryanta, Penerbit PT. Agro Media Pustaka, Oktober 2002 Depok Jakarta, Halaman 6 dan 7, mengungkapkan beberapa kelebihan susu kambing dibanding dengan susu dari binatang lainya antaranya:
  • Mempunyai sifat antiseptik, alami dan dapat membantu menggurangkan pembiakan bakteri jahat dalam tubuh. Hal ini di sebabkan adanya Flourine yang kadarnya 10-100 kali lebih besar dari susu lembu.
  • Bersifat alkali (Alkaline Food), sangat sesuai bagi tubuh dan paling hampir dengan susu ibu.
  • Proteinnya lembut dan kesan laktosanya ringan, sehingga tidak menyebabkan cirit-birit.
  • Lemaknya mudah dicerna kerana mempunyai tekstur yang lembut dan halus lebih kecil dibandingkan dengan butiran lemak susu lembu atau susu lainya. Dan juga bersifat Homogen alami. Hal ini mempermudah untuk dicerna sehingga mengelakkan timbulnya reaksi-reaksi alergi.

 
Dengan adanya Sodium (Na), Fluorine (F), Kalsium (C), dan Fosfor (P) sebagai elemen kimia yang dominan serta kandungan nutrisi lainya, maka susu kambing berkhasiat:
  • Membantu pencernaan dan menuntralkan asid perut.
  • Menyembuhkan kesan-kesan alergi pada kulit, saluran pernafasan dan pencernaan.
  • Menyembuhkan bermacam-macam penyakit paru-paru, seperti Astma, TBC, serta infeksi- infeksi penyakit lainya pada paru-paru.
  • Menyembuhkan beberapa masalah ginjal, seperti Nepbrotic Syndrom infeksi-infeksi ginjal serta asid urat tinggi.
  • Kandungan Kalsium (Ca) yang tinggi dapat membantu menyembuhkan rematik dan mencegah kerapuhan tulang (Osteoporosis).
  • Meningkatkan antibodi dan daya tahan tubuh.
  • Mengatasi masalah impotensi dan ghairah seksual, baik bagi lelaki mahupun wanita.

 
Berdasarkan beberapa penelitian dan kajian di Amerika Syarikat, susu kambing terbukti mempunyai kebaikan sebagai anti kanser.

 
Susu kambing mungkin sedikit asing bagi sebahagian orang dalam hal khasiat dahsyatnya, namun bagi penderita beberapa penyakit yang sembuh setelah mengkonsumsi susu kambing ini pasti akan menggalakkan kita meminumnya. Jabatan Pertanian Amerika (USDA) melakukan penelitian kandungan zat yang bermanfaat bagi tubuh kita dengan membandingkannya dengan susu lembu mahupun ASI sekalipun.

 
Mengkonsumsi susu kambing organik secara teratur akan membantu mengatasi gangguan kesihatan seperti:
  • Pencernaan, asid berlebihan dalam perut yang menyebabkan Gastrik (kembung), Maag Kronis dll.
  • Alergi pada kulit dan organ tubuh (pernafasan dan pencernaan).
  • Asma, TBC dan infeksi paru-paru akut/menahun.
  • Masalah fungsi buah pinggang (Neprotic Sindrom) atau infeksi, termasuk asid urat tinggi.
  • Masalah tulang seperti Reumatik dan Osteophorosis.
  • Stamina dan daya tahan tubuh menurun atau tenaga menurun.
  • Impotensi/Frigiditas (ghairah seksual turun).
  • Kekurangan nutrisi dan gangguan metabolisme tubuh.

 
Kelebihan susu kambing organik dibandingkan susu kuda/lembu:
  • Kandungan Flourine (mineral pelindung paru-paru) 10- 100 kali ganda lebih besar dari pada susu kuda/lembu. Disarankan supaya tidak meletakkan air panas yang mendidih (100 darjah celcius) kerana akan merosakkan kandungan Flourine yang sangat berfaedah bagi tubuh.
  • Mempunyai khasiat antiseptik alami yang menggurangkan pertumbuhan bakteri jahat.
  • Bersifat alkali (alkali food) sehingga sesuai dengan tubuh (untuk pencernaan). Sama dengan susu ibu (manusia) juga bersifat alkali.
  • Kandungan protein yang lembut dan kesan laktosa yang ringan sehingga tidak menyebabkan cirit-birit.
  • Kandungan lemak yang bertekstur lembut dan halus, bersifat homogen, mudah dicerna sehingga menggurangkan timbulnya reaksi alergi.
  • Mempunyai kandungan zat anti Cancer.
  • Sesuai dikonsumsi bagi mereka yang alergi terhadap susu lembu atau yang lainnya.
Baca Lanjut dan Komen...

Promosi Keahlian:

Semenanjung Malaysia:
1a. Pakej Keahlian Biasa (A) - RM50 + RM9 (Kos Penghantaran)
1b. Pakej Keahlian Biasa (B) - RM50 + RM9 (Kos Penghantaran)
2a. Pakej Keahlian Higoat - RM230 + RM12 (Kos Penghantaran)
2b. Pakej Keahlian Keluarga Sihat - RM230 + RM12 (Kos Penghantaran)
3. Pakej Stokis >RM3000 atau >1500PV

Sabah dan Sarawak:
1a. Pakej Keahlian Biasa - RM60 + RM12 (Kos Penghantaran)
1b. Pakej Keahlian Biasa (B) - RM50 + RM12 (Kos Penghantaran)
2a. Pakej Keahlian Higoat - RM265 + RM22 (Kos Penghantaran)
2b. Pakej Keahlian Keluarga Sihat - RM265 + RM22 (Kos Penghantaran)
3. Pakej Stokis >RM3000 atau >1800PV
 

Pos Terkini

HRGroup2u.net's Fan Box

Usrah Agro Farm Enterprise (SA0109193-T) Copyright © 2009

This Blog is Best Viewed with IE 1024 by 768 pixels. Mozilla Firefox is Not Supported at the moment.

Penafian:
Ini adalah blog peribadi atau blog usahawan "HRGroup2u.Net". Tiada kaitan dengan Syarikat MLM yang disertai. Untuk pertanyaan dan keterangan lanjut mengenai produk, sila hubungi HR Marketing Sdn. Bhd. di talian 04-7711448 atau layari laman web rasmi www.hrgroup2u.com.