Pages

4/30/2011

Selamat Hari Pekerja 2011

Esok 1 Mei 2011 adalah cuti umum 'Hari Pekerja' atau dikenali sebagai 'Hari Buruh' yang disambut setiap tahun di Malaysia. Tahun ini adalah tahun pertama aku tidak menyambut Hari Perkerja. Sebenarnya tak ada keperluan pun untuk aku menyambutnya atau mengingatinya. Sebab aku memang sudah setahun berhenti dalam erti kata "buat kerja" atau bekerja untuk orang lain. Hanya, sekadar ingin mengucapkan "Selamat Hari Pekerja" kepada rakan-rakan yang masih bekerja. Termasuk team member yang bekerja untuk aku dan yang terlibat menjayakan perniagaan aku termasuklan pemandu lori yang menghantar barang perniagaan aku, kerani Pejabat Pos, pekerja di pam minyak, pegawai Bank yang menguruskan akaun aku, pelayan yang menyediakan makanan untuk aku di restoran ketika aku melayan prospek, guru-guru yang mengajar dan mendidik anak-anak aku di sekolah dan sesiapa sahajalah yang telah menjadi team member yang terlibat dan bekerja untuk aku secara langsung dan tak langsung.

Sekarang aku adalah seorang usahawan yang berjaya yang bekerja untuk diriku sendiri. Pendapatan aku, aku tentukan sendiri, 1 ribu, 5 ribu, 30 ribu atau 100 ribu ringgit sebulan tidak mustahil dan memang sudah ada yang terbukti. Masa kerja aku, aku tentukan sendiri samada nak masuk kerja pukul  8 pagi, 8 malam atau bekerja 8 jam sehari, 1 jam sehari terpulanglah kepada aku. Cuti aku, aku tentukan sendiri tak payah bersusah payah nak minta dan tunggu kelulusan boss besar atau taukey yang duduk di kerusi empuk bilik berhawa dingin. Terpulanglah, kalau aku rajin aku dapat pendapatan yang banyak dan jika aku malas aku dapat pendapatan yang sedikit. Bonus pula aku boleh dapat hari-hari, mingguan dan bulanan manakala orang yang bekerja mengharapkan bonus sedikit hujung tahun sahaja itupun ditentukan oleh pencapaian dan kecemerlangan kerja untuk tempoh 12 bulan, kasihan mereka sekiranya mereka telah melakukannya dengan cemerlang selama 11 bulan tapi tidak cemerlang untuk sebulan maka mereka dikira sebagai seorang pekerja yang tidak cemerlang. Tapi, apa yang paling penting ialah tiada siapa yang boleh mengarah, menyuruh dan memarahi aku kini. Semuanya aku tentukan sendiri.

Seronoknya apabila kita boleh tentukan sendiri perjalanan hidup kita, masa kita, pendapatan kita dan aktiviti kita. Tak ada istilah 'boss' dan istilah 'kuli'. Kitalah boss dan kitalah kuli. Dah tak perlu nak merungut lagi gaji yang diberikan sedikit, kerja yang banyak, selalu dimarahi atau dimakin hamun akibat alasan remeh datang lambat ke tempat kerja lantas menyalahkan sistem jalan raya yang tak baik menyebabkan traffic jam. Masa bersama keluarga juga banyak. Kalau dulu aku tercari-cari masa kualiti untuk bersama keluarga, tetapi sekarang setiap masa aku ada bersama keluarga dan setiap masa adalah kualiti. Walau bagaimanapun, aku tak pernah merendahkan martabat orang yang bekerja. Mereka bekerja untuk boss mereka dan bukan untuk diri mereka sendiri. Tetapi mereka ini tetap menyumbang kepada ekonomi negara dan kemakmuran mencari sesuap nasi membesarkan anak-anak dan menyara keluarga dengan rezeki yang halal. Itu adalah pilihan mereka dan mereka berhak menentukan. Ada yang berjaya dan ada yang merungut dan terus merungut. Tetapi tiada siapa yang dapat merubah keadaan kecuali diri kita sendiri. Jika itu sudah menjadi pilihan kita, teruskan usaha dan lakukannya dengan ikhlas dan berhenti merungut. Jika kita inginkan perubahan, ingat, masa tidak akan menunggu kita dan HANYA KITA YANG MAMPU MERUBAH KEADAAN kepada yang lebih baik dan bermakna. Justeru, bertindaklah dengan segera.

Aku pula telah membuat keputusan untuk tidak merungut tetapi membuat pilihan aku sendiri untuk mengubah hidup yang penuh dengan sindrom 'denial' iaitu menafikan yang hidup kita susah, pendapatan tidak cukup, bukan tidak mahu bersyukur tetapi memang kerana gaji yang kita dapat sememangnya tidak mencukupi dan hidup dalam keadaan defisit walaupun pekerjaan kita itu dikatakan "BAGUS". Aku memilih untuk menentukan laluan hidupku sendiri yang lebih baik dengan menjalankan perniagaan kerana aku percaya dengan berniagalah aku boleh menentukan segalanya. Pendapatan, masa dan impian boleh aku rangka dan usahakan sendiri untuk mencapainya tanpa rungutan dan rezekinya lebih baraqah. Inilah yang dikatakan "KEBEBASAN".

Kebebasan KEWANGAN, kebebasan MASA dan pencapaian IMPIAN yang nyata. Tiada lagi kerja-kerja rutin seharian di pejabat yang membosankan yang memberikan aku pulangan gaji yang tidak mencukupi dan tenaga yang dikeluarkan pula tidak terhad, bekerja lebih masa dari yang sepatutnya dan mengikut arahan tanpa boleh memberikan alasan walaupun ketika kita tidak sihat atau tidak bersemangat.

Alhamdulillah, aku membuat keputusan yang tepat dengan berhenti setahun yang lalu sebagai seorang 'pekerja' walaupun aku sudah mendapat pendapatan lima angka. Sekarang aku sudah mendapat pendapatan yang sama ketika aku bekerja dulu bahkan semakin meningkat setiap bulan, lebih cemerlang, lebih berbaloi, tetapi apa yang paling berharga ialah aku mendapat 'KEBEBASAN' dan 'KEPUASAN DIRI'.

Selamat Hari Pekerja.

0 Komentar:

Post a Comment

Promosi Keahlian:

Semenanjung Malaysia:
1a. Pakej Keahlian Biasa (A) - RM50 + RM9 (Kos Penghantaran)
1b. Pakej Keahlian Biasa (B) - RM50 + RM9 (Kos Penghantaran)
2a. Pakej Keahlian Higoat - RM230 + RM12 (Kos Penghantaran)
2b. Pakej Keahlian Keluarga Sihat - RM230 + RM12 (Kos Penghantaran)
3. Pakej Stokis >RM3000 atau >1500PV

Sabah dan Sarawak:
1a. Pakej Keahlian Biasa - RM60 + RM12 (Kos Penghantaran)
1b. Pakej Keahlian Biasa (B) - RM50 + RM12 (Kos Penghantaran)
2a. Pakej Keahlian Higoat - RM265 + RM22 (Kos Penghantaran)
2b. Pakej Keahlian Keluarga Sihat - RM265 + RM22 (Kos Penghantaran)
3. Pakej Stokis >RM3000 atau >1800PV
 

Pos Terkini

HRGroup2u.net's Fan Box

Usrah Agro Farm Enterprise (SA0109193-T) Copyright © 2009

This Blog is Best Viewed with IE 1024 by 768 pixels. Mozilla Firefox is Not Supported at the moment.

Penafian:
Ini adalah blog peribadi atau blog usahawan "HRGroup2u.Net". Tiada kaitan dengan Syarikat MLM yang disertai. Untuk pertanyaan dan keterangan lanjut mengenai produk, sila hubungi HR Marketing Sdn. Bhd. di talian 04-7711448 atau layari laman web rasmi www.hrgroup2u.com.