Pages

3/21/2011

Halaman Seindah Taman - Tanaman Sebagai Terapi Diri

Penataan halaman seindah taman terletak pada kemampuan merangsang lima deria iaitu rasa, bau, sentuh, lihat dan dengar menerusi landskap lembut, indah dan menyegarkan.

Tidak ramai orang yang mampu memiliki halaman rumah yang luas. Pun begitu, mereka boleh gunakan ruang yang terhad ini untuk berkebun dan menghiasinya dengan pokok-pokok bunga atau pokok-pokok berdaun hijau yang cantik dan segar sebagai terapi diri.


Ceria dan Harmoni

Ruang yang terhad bolehlah disesuaikan dengan pokok-pokok bunga yang ditanam di dalam pasu-pasu kecil atau pasu-pasu yang digantung sehingga keindahan, warna dan bau bunga-bunga tersebut boleh mewujudkan suasana yang ceria dan harmoni. Sentuhan kepada pokok-pokok bunga yang mekar segar secara tidak langsung memberikan ketenangan. Udara yang segar dan nyaman yang dihasilkan bersama deruan air kolam, kicauan Burung Murai yang mengasyikkan dapat memberikan ketenangan dan ilham menulis di blog.

Kombinasi daun-daun hijau, bunga-bunga yang pelbagai warna menarik, elemen air seperti kolam ikan, bangku kayu, batu-batu sungai yang disusun indah dan sedikit suntikan lampu-lampu hiasan yang diletakkan di taman akan memberikan tindak balas emosi yang positif dan pemikiran yang sihat.


Santai Dan Berkebun

Walau bagaimanapun, pokok-pokok bunga ini perlu dijaga, disiram dan dibajai selalu. Sambil bersantai minum secawan susu kambing HiGoat dan menikmati kuih karipap putar panas bersama keluarga pada waktu petang di halaman rumah anda dan menerokai keindahan taman, aspek penjagaan pokok-pokok ini perlu dititik beratkan supaya ia dapat mengeluarkan daun yang menghijau dan bunga-bunga yang indah dan harum.

Sambil santai berkebun dan menjaga pokok-pokok bunga tersebut, siramlah ia dengan baja setiap 7 hingga 10 hari. Gunakan 30 hingga 40 ml baja Foliar HR Miracle Grow untuk mendapatkan warna bunga yang lebih menarik, kelopak bunga yang lebih besar dan akar yang lebih sihat.

Berkebun juga merupakan satu senaman ringan yang baik untuk kesihatan badan. 'Berbudi kepada tanah' memang merupakan ungkapan yang sangat indah kerana ia memberikan hasil yang sangat baik apabila ia pokok-pokok bunga tersebut mula mengeluarkan putik-putik bunga seterusnya megeluarkan bunga-bunga yang indah dan harum. Ia akan mendorong kepada sikap ingin tahu akan hasil yang bakal diperoleh dari penjagaan yang baik terhadap pokok-pokok bunga tersebut dan merangsang pemikiran positif.

Tip: Menghirup udara segar taman bunga dan meneguk secawan susu kambing HiGoat sambil mendegar kicauan burung pulang dari mencari makan di waktu petang bersama keluarga memang menenangkan.

0 Komentar:

Post a Comment

Promosi Keahlian:

Semenanjung Malaysia:
1a. Pakej Keahlian Biasa (A) - RM50 + RM9 (Kos Penghantaran)
1b. Pakej Keahlian Biasa (B) - RM50 + RM9 (Kos Penghantaran)
2a. Pakej Keahlian Higoat - RM230 + RM12 (Kos Penghantaran)
2b. Pakej Keahlian Keluarga Sihat - RM230 + RM12 (Kos Penghantaran)
3. Pakej Stokis >RM3000 atau >1500PV

Sabah dan Sarawak:
1a. Pakej Keahlian Biasa - RM60 + RM12 (Kos Penghantaran)
1b. Pakej Keahlian Biasa (B) - RM50 + RM12 (Kos Penghantaran)
2a. Pakej Keahlian Higoat - RM265 + RM22 (Kos Penghantaran)
2b. Pakej Keahlian Keluarga Sihat - RM265 + RM22 (Kos Penghantaran)
3. Pakej Stokis >RM3000 atau >1800PV
 

Pos Terkini

HRGroup2u.net's Fan Box

Usrah Agro Farm Enterprise (SA0109193-T) Copyright © 2009

This Blog is Best Viewed with IE 1024 by 768 pixels. Mozilla Firefox is Not Supported at the moment.

Penafian:
Ini adalah blog peribadi atau blog usahawan "HRGroup2u.Net". Tiada kaitan dengan Syarikat MLM yang disertai. Untuk pertanyaan dan keterangan lanjut mengenai produk, sila hubungi HR Marketing Sdn. Bhd. di talian 04-7711448 atau layari laman web rasmi www.hrgroup2u.com.