3/28/2011
3/27/2011
Susu Kambing, Manisnya Kurma Madu
Sesungguhnya nikmat Allah itu tidak terhitung banyaknya. Antara beberapa siri pengubatan Islam dalam Al Quran dalam Surah An-Nahl yang dapat diambil iktibar dan pengajaran.
Terjemahan Surah An-Nahl: Ayat 66-69
Kebaikan Susu
[An-Nahl: Ayat 66]
Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam perutnya, yang lahir dari antara hampas makanan dengan darah; (iaitu) susu yang bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang-orang yang meminumnya.
Kebaikan Buah Tamar/Buah Kurma
[An-Nahl: Ayat 67]
Dan dari buah tamar (kurma) dan anggur kamu jadikan daripadanya minuman haram dan makanan serta minuman yang halal; sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang mahu menggunakan akalnya.
Kebaikan Madu Lebah
[An-Nahl: Ayat 68-69]
Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.
Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.
Subhanallah.
3/26/2011
Alat Tulis dan Buku Nota
Esok seawal pukul 6 pagi selepas solat subuh aku akan bergegas ke Hotel Regency, Kuala Lumpur untuk sampai tepat jam 8 pagi di sana menghadiri 'Seminar Minda Jutawan oleh 2 Orang "Multi Millionare" Negara' iaitu Dr. Azizan Osman dan Pengerusi Esekutif HR Marketing Sdn. Bhd., Tuan Haji Jahaya Hashim. Tak sabar rasanya untuk bertemu dengan dua orang hebat di Malaysia ini.
Minggu sudahnya aku menguruskan pendaftaran dan pembayaran yuran penyertaan sebanyak RM150. Aku rasa yuran ini sangat berbaloi dengan ilmu dan tip-tip yang akan aku perolehi nanti. Orang berjaya berpesan, "Jika kita ingin berjaya, belajar dan dampingi orang yang telah berjaya." Inilah yang selalu aku ikuti dan aku tak akan rasa terkilan melaburkan sedikit wang untuk menuntut ilmu dan untuk ilmu.
Semalam aku menerima SMS pengesahan pendaftaranku, "Tahniah, anda telah membuat keputusan yang bijak untuk menyertai Seminar Gabungan 2 Minda 2 Millionaire Negara. Sila bawa bersama alat tulis dan buku nota." Alat tulis dan buku nota?, "Ah... tak suruh bawapun aku akan bawa", kata hati kecilku kerana ini menjadi amalanku membawanya ke mana sahaja kelas belajar atau majlis ilmu yang akan aku pergi sejak di bangku sekolah lagi.
Sayangnya, aku lihat pelajar-pelajar atau anak-anak sekarang tidak gemar atau kurang minat mencatat apa-apa nota jika mereka menghadiri mana-mana kelas atau majlis ilmu. Mungkin aku berpendapat yang mereka tidak berminat atau merasakan yang mencatit ilmu atau tip-tip yang diberikan itu tidak penting. Maka bagaimana pula mereka boleh mengingati kesemua perkara yang dikatakan oleh penceramah atau guru mereka.? Seolah-olah mencurah air ke daun keladi. Adakah daya hafalan atau memori mereka sangat kuat.? Selepas sahaja pulang, sudah tentu mereka akan lupa kepada kesemua perkara yang dipelajari. Kalau tidak sekalipun, hanya 30% sahaja perkara penting yang mereka boleh ingat.
Pakar motivasi mengatakan bahawa untuk melatih otak kita bekerja dan mengingati sesuatu, kita perlu membuat catatan. Membaca dan mengulanginya beberapa kali diikuti oleh latihan praktikal. Apabila ia telah diulang dan diulang beberapa kali, ia akan menjadi amalan dan pasti ia akan menjadi ingatan. Hari pun sudah larut malam, ya sudah hampir jam 1 pagi. Esok aku kena bergegas dan bangun awal pagi untuk bertemu dan belajar dengan orang yang hebat. InsyaAllah, akan aku kongsikan rahsia-rahsia dan tip-tip hebat kejayaan dari orang yang luar biasa hebat ini.
3/24/2011
Nasi Lemak Kopi SpyHRu
Hujan lebat mencurah-curah tak henti-henti seawal pagi hari Selasa. Sempat membeli 3 bungkus nasi lemak di gerai "Cik T" di persimpangan tepi jalan nak memasuki ke kawasan taman perumahan Blok 16, Bandar Tasik Puteri. 3 bungkus nasi lemak telur goreng mata kerbau semuanya berharga RM4.50 untuk isteri, anakku yang berusia 4 tahun yang masih lagi belum bersekolah dan untuk santapan diriku di pagi yang sejuk dingin ini.
Isteriku membancuh secawan kopi SpyHRu panas untuk ku. Sambil menatap komputer riba membaca kisah John Terry yang akan kembali meneraju pasukan bola sepak England yang sebelum ini telah disingkirkan kerana pendedahan yang dibuat oleh akhbar tentang kehidupan peribadinya yang bermasalah.
Beliau berkata penyertaan dirinya semula sebagai Kapten England mungkin tidak akan disenangi oleh rakan-rakan sepasukan tetapi itu bukanlah menjadi satu halangan kepada beliau. Beliau, kapten pasukan yang berpengalaman menyahut cabaran bahawa akan gigih dan mengikuti apa sahaja yang telah direncana oleh jurulatih pasukan Fabio Capello dan untuk kebaikan pasukannya.
Sekali-sekala aku menyudu nasi lemak ke mulut sambil menghirup kopi SpyHRu panas perlahan-lahan. Memang enak dan lazat sambil membaca perkembangan sukan tanah air dan luar negara. Bola sepak memang menjadi sukan 'favorite'ku sedari kecil. Semasa zaman persekolahan, aku telah terpilih mewakili sekolah untuk perlawanan bola sepak Majlis Sukan Sekolah-sekolah Negeri Johor (MSSJ). Tapi bakatku terkubur, aku hanya mampu meneruskan di peringkat MSSJ sahaja kerana ayah dan ibuku lebih mementingkan akademik anaknya dari menjadi seorang pemain bola sepak profesional. Aku akur dengan kehendak ayah dan ibuku kerana aku juga bercita-cita ingin menjadi seorang jurutera. Alhamdulillah, cita-citaku tercapai dan terlaksana sebagai seorang jurutera komputer apabila aku berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti dan memperolehi ijazah pertama, namun ia tidak melunturkan minatku terhadap sukan bola sepak.
Terry dan England dengan misinya untuk menang pada perlawanan Sabtu ini menentang Wales di Stadium Millennium manakala aku dengan misiku selepas ini untuk meneruskan berkarya dan mengemaskini blog promosi susu kambing HiGoat, "Buletin HRGroup2u.net" sambil menyemak dan mendaftarkan keahlian baru bisnes MLM yang sedang aku ceburi secara sepenuh masa sekarang.
Tanpa aku sedari, hujan lebat sudah lama berhenti. Nasi lemakku sudah tinggal pada sudu yang terakhir dan air kopi SpyHRu yang kian sejuk sudah tinggal seteguk dua. Memang asyik bila membaca berita sukan sambil menikmati santapan pagi nasi lemak kopi SpyHRu ini.
3/23/2011
Gadis Pengembala Kambing Menggeggar Dunia - Desert Flower
Waris Dirie (Desert Flower) dilahirkan di perkampungan tradisi Somalia. Pada ketika usianya 13 tahun, dia telah melarikan diri membantah perkahwinan yang telah diatur oleh keluarganya. Dia telah dipaksa untuk berkahwin dengan seorang lelaki tua yang umur seusia dengan datuknya. Berhari-hari dia berjalan dalam pelarian merentasi gurun untuk sampai ke rumah neneknya di Mogadishu.
Dirie berhijrah pula ke Kota London yang sangat asing bagi dirinya. Sanggup menghambakan diri bekerja di kedutaan Somalia di London dan sanggup berbuat apa sahaja supaya tidak dihantar pulang ke negara asalnya.
Sekian lama di Kota London, sahabatnya yang baik yang mengajarnya dan membantunya membuat penampilan baru. Mengubah cara dia berpakaian dan dia sudah mula pandai bergaya.
Terence Donaldson, seorang pengarah fotografi fesyen mengambil Dirie sebagai modelnya dan sangat yakin dengan kecantikan Dirie. Terence terjumpa dengan Dirie di sebuah restoran makanan segera di mana tempat dia bekerja. Terence kemudian membawanya ke studio untuk sesi fotografi. Dirie rasa begitu kekok sekali dan tidak selesa ketika berada di hadapan kamera.
Memang benar telahan Terence. Satu perubahan yang sangat hebat berlaku ke atas diri Dirie. Dahulunya seorang gadis Somalia yang miskin dan berani lari dari keluarganya di Somalia belayar hingga ke London hidup susah dan merempat di Kota London. Kini Dirie telah menjadi seorang "super model" antarabangsa terkenal yang mendapat tempat dan sanjungan pereka-pereka dan pengarah-pengarah pertunjukan fesyen dunia.
Selepas berjaya menjadi model terkenal dan mengenali akan potensi dirinya, dia kini terbang ke serata dunia menjadi Duta UN setelah dilantik oleh Setiausaha Agung UN, Kofi Anan. Dirie menubuhkan Desert Flower Foundation untuk memperjuangkan dan mewujudkan kesedaran dunia tentang bahaya FGM.
p/s: Tidak mahu komen tentang FGM dan Desert Flower Foundation. Tulisan di blog ini hanya mengkagumi filem kisah benar seorang gadis Somalia pengembala kambing berhijrah ke Kota London sehingga menjadi "top supermodel". Sebuah filem Anugerah Oscar arahan Sherry Horman dan lakonan hebat Liya Kebede dan Sally Hawkins dari novel "best seller" Waris Dirie dan Catleen Miller.
3/21/2011
Senyuman Yang Tidak Ikhlas
Bertemu seorang sahabat tetapi terdetik di hati akan kelainan senyumannya kali ini. Senyumannya seolah-olah tidak ikhlas, tawar dalam keterpaksaan dan penuh dengan kepura-puraan. Tidak banyak berkata-kata lantas sikapnya yang berubah tidak seperti lazimnya ceria dan peramah.
Kenapa senyumannya kali ini hilang roh keikhlasan dan kemesraan.? Adakah ada kesalahan yang aku lakukan selepas pertemuan terakhir kami malam minggu yang lepas di Restoran Western Food "Traffic Light" menyebabkan sikapnya begitu rupa. Adakah dia melemparkan senyuman hanya kerana senyum itu merupakan sedekah, senyum itu rahsia awet muda dan pemanis wajah sahaja.?
Sebelum sempat aku bertanya khabar, tersembur keluar dari mulutnya kata-kata ini, "Kenapa hang renung aku macam tu.? Aku sakit gigilah." sambil menunjukkan pipinya yang bengkak. Spontan aku tergelak dan membalas kata-katanya, "Allah, aku ingat hang marah kat aku tadi, senyum pun lain macam aje".
Terjalin semula kemesraan secara tiba-tiba. Kami meneruskan bual bicara kosong menceritakan kisah kemenangan Datuk Lee Chong Wei mengalahkan musuh tradisi Lin Dan mengekalkan kejuaraan Kejohanan Badminton perseorangan Piala All-England. Tidak seperti biasa, dia yang selalunya lebih banyak berbicara hanya mampu kali ini tersenyum sengeh sambil menyorokkan kesakitan gigi dan pipinya yang bengkak. Sekali-sekala menggangguk-anggukkan kepala sambil menyeringai dan bersetuju dengan apa sahaja kataku tanpa bantahan. Memang lucu tatkala dia menunjukkan jam tangannya menyatakan yang Chong Wei mendapat hadiah jam tangan peribadi pemberian Datin Seri Rosmah Mansor, penaung Persatuan Badminton Negara. Kelekaan kami bersembang terhenti lantas dia meminta izin untuk pulang kerana tidak tahan menanggung derita sakit gigi yang semakin menyengat-nyengat.
Aku walaupun seusia dengannya melewati umur tiga puluhan tapi aku bersyukur kerana kesemua gigi dan gusiku masih lagi sihat. Aku bukanlah orang yang suka berjumpa dengan doktor gigi. Fobia dari pengalaman masa lampau kecilku ketika arwah ayah membawa aku berjumpa dengan doktor gigi klinik kerajaan untuk mencabut gigi susuku yang berlubang kesan banyak makan gula-gula manis dan malas memberus gigi. Kesan dari pengalaman ini aku mula belajar dan amat menggambil berat aspek kebersihan dan penjagaan gigi dengan menjaga pemakanan dan menggunakan berus gigi serta ubat gigi yang sesuai dan yang terbaik.
Alhamdulillah, ubat gigi Hi-Smile menjadi pilihanku kerana ia dapat membantu menjaga gigi dan gusiku dengan baik. Kandungan empat elemen penting, ekstrak kayu sugi, teh hijau, susu kambing terpilih dan campuran madu menjadikan gigiku putih dan gusiku kuat dan sihat disamping memberikan bau nafas yang segar. Mana mungkin kita dapat memberikan senyuman yang menarik jika gigi dan gusi kita tidak dijaga dengan baik.?
Puteriku Berbedak Harum 'Fairy Tale'
Wajah Si Puteri kecil "beauty most wanted" berbedak memang amat menarik hati dan melucukan. Belum pandai lagi berdandan solek dengan mekap ala 'model gedik' lenggok pinggul yang leper dan pinggang ramping memperagakan pakaian di atas pentas raga tontonan ramai penggiat seni reka pakaian dan usahawan besar gedung pakaian dan kosmetik terkenal. Lantas sifat kewanitaan sedari kecil telah menampakkan bahawa Si Puteri memiliki naluri menghargai kecantikan yang dimilikinya.
Seperti diajar-ajar selepas sahaja sudah mandi lewat pagi, Si Puteri berusia dua tahun ini akan terus menuju ke meja solek cermin ibunya dan mencapai berus sikat dan bedak HR 'Fairy Tale' yang dibeli oleh ibunya.
Terus sahaja memulas penutup bedak, menuangkan sebanyak-banyaknya bedak tersebut di atas tapak tangan kecilnya dan menyapu ke pipi putih gebu yang lembut. Aduh, sungguh galak dan seronok melihat gelagat Si Puteri bedak HR 'Fairy Tale' ini sehingga wajah bersih yang masih lagi belum dikeringkan selepas mandi menjadi comot bertompok-tompok dek bedak.
Agaknya dia merasa puas dan selesa atau spontan sahaja meniru gelaggat dan aksi kakak-kakaknya tanpa mengetahui tujuan sebenar berbedak harum. Biarkan sahaja melihat peri laku puteriku ini sambil mendengar bebelan ibunya. Naluri kewanitaan sebegini seharusnya dibimbing dan dipupuk sedari kecil supaya Si Puteri dapat menghargai kecantikan anugerah Allah supaya dia dapat berterima kasih dan mengenali tuhan yang menciptakan.
Melihat Si Kecil puteriku ini akan terasa ingin memeluk dan mencium sahaja pipinya yang harum dan lembut. Si Puteri tidak pula takut akan larangan dan bebelan ibunya supaya tidak bermain-main dengan bedak HR 'Fairy Tale' tersebut dan menumpahkannya dari celah jejari montelnya ke atas lantai permaidani merah buatan Mesir yang dibeli di sebuah gedung permaidani terbesar di Kuala Lumpur bahkan tidak sahaja mahu melepaskannya dari genggaman. Terus sahaja selepas menyapukan bedak di pipi, Si Puteri lantas menuju ke cermin melihat wajahnya lalu tersenyum.
Menjeling pula pada Si Ibu, Si Ibu pula sedang menarik nafas panjang lantas melontarkan senyuman melihat gelagat Puterinya. Mana tidak tumpahnya kuah jikalau tidak ke atas nasi.
Halaman Seindah Taman - Tanaman Sebagai Terapi Diri
Penataan halaman seindah taman terletak pada kemampuan merangsang lima deria iaitu rasa, bau, sentuh, lihat dan dengar menerusi landskap lembut, indah dan menyegarkan.
Tidak ramai orang yang mampu memiliki halaman rumah yang luas. Pun begitu, mereka boleh gunakan ruang yang terhad ini untuk berkebun dan menghiasinya dengan pokok-pokok bunga atau pokok-pokok berdaun hijau yang cantik dan segar sebagai terapi diri.
Ceria dan Harmoni
Ruang yang terhad bolehlah disesuaikan dengan pokok-pokok bunga yang ditanam di dalam pasu-pasu kecil atau pasu-pasu yang digantung sehingga keindahan, warna dan bau bunga-bunga tersebut boleh mewujudkan suasana yang ceria dan harmoni. Sentuhan kepada pokok-pokok bunga yang mekar segar secara tidak langsung memberikan ketenangan. Udara yang segar dan nyaman yang dihasilkan bersama deruan air kolam, kicauan Burung Murai yang mengasyikkan dapat memberikan ketenangan dan ilham menulis di blog.
Kombinasi daun-daun hijau, bunga-bunga yang pelbagai warna menarik, elemen air seperti kolam ikan, bangku kayu, batu-batu sungai yang disusun indah dan sedikit suntikan lampu-lampu hiasan yang diletakkan di taman akan memberikan tindak balas emosi yang positif dan pemikiran yang sihat.
Santai Dan Berkebun
Walau bagaimanapun, pokok-pokok bunga ini perlu dijaga, disiram dan dibajai selalu. Sambil bersantai minum secawan susu kambing HiGoat dan menikmati kuih karipap putar panas bersama keluarga pada waktu petang di halaman rumah anda dan menerokai keindahan taman, aspek penjagaan pokok-pokok ini perlu dititik beratkan supaya ia dapat mengeluarkan daun yang menghijau dan bunga-bunga yang indah dan harum.
Sambil santai berkebun dan menjaga pokok-pokok bunga tersebut, siramlah ia dengan baja setiap 7 hingga 10 hari. Gunakan 30 hingga 40 ml baja Foliar HR Miracle Grow untuk mendapatkan warna bunga yang lebih menarik, kelopak bunga yang lebih besar dan akar yang lebih sihat.
Berkebun juga merupakan satu senaman ringan yang baik untuk kesihatan badan. 'Berbudi kepada tanah' memang merupakan ungkapan yang sangat indah kerana ia memberikan hasil yang sangat baik apabila ia pokok-pokok bunga tersebut mula mengeluarkan putik-putik bunga seterusnya megeluarkan bunga-bunga yang indah dan harum. Ia akan mendorong kepada sikap ingin tahu akan hasil yang bakal diperoleh dari penjagaan yang baik terhadap pokok-pokok bunga tersebut dan merangsang pemikiran positif.
3/20/2011
Topeng Muka Susu Kambing HiGoat, Madu dan Putih Telur
Untuk mendapatkan kulit wajah yang segar, putih bersih dan kulit wajah yang tegang bukanlah sesuatu yang sukar atau memerlukan kos belanja pergi ke spa atau membeli produk kosmetik yang tinggi. Anda boleh cuba membuat topeng muka (facial mask) dari susu kambing HiGoat, madu dan putih telur yang ternyata berkesan menghilangkan kesan hitam pancaran matahari, kulit mengelupas, menghilangkan kekotoran jeragat atau "black head" pada wajah, menegangkan kulit wajah dan memberikan kesegaran. Perawatan ini tidaklah memerlukan kos yang tinggi tetapi ia mudah dilakukan di rumah sahaja setiap hari.
Bahan "Masker"
1 biji telur (ambil putih telur sahaja)
1/2 camca madu lebah asli
1 peket (sachet) susu kambing HiGoat
Campurkan ketiga-tiga bahan tersebut dan kacau sehingga rata.
Sebelum itu, cuci wajah anda dengan air suam untuk menghilangkan kekotoran dan minyak serta membuka pori-pori kulit wajah. Lap dengan tuala "good morning" sehingga kering.
Sapukan Campuran "Masker" di Wajah
Sapukan campuran "masker" tersebut pada wajah anda menggunakan berus dan elakkan menyapunya di kawasan mata. Biar sehingga 10 atau 15 minit sehingga lapisan tersebut kering sebelum dicuci dengan air sejuk untuk menutup semula pori-pori kulit wajah dan membersih.
Pasti selepas itu anda akan rasa kulit wajah anda menjadi tegang, bersih dan segar. Dan yang paling penting, ia dapat melembutkan kulit wajah anda.
Anda boleh lakukannya atau mengulanginya seminggu sekali untuk menghilangkan garis-garis halus kesan kedutan di wajah anda selain dari melembutkan kulit wajah serta memberikan kesegaran.
Selamat mencuba.
Tip: Ratu Cleopatra yang terkenal memiliki wajah dan kulit yang cantik menggunakan susu kambing dengan mengamalkan "mandi susu" untuk mendapatkan kulit yang cantik, gebu dan lembut.
3/19/2011
Mitos Minum Susu Kambing, Makan Daging Kambing Penyebab Darah Tinggi
Salah satu bahan yang terdapat dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit darah tinggi dan obesiti ialah kolestrol daripada sumber seperti berikut;
o Kolestrol daripada minyak tumbuhan seperti minyak sawit, minyak bunga matahari, minyak soya, minyak jagung dan sebagainya (kecuali minyak zaitun).
o Kolestrol daging lembu dan ayam.
o Kolestrol tepu daripada makanan laut (kecuali ikan) iaitu sotong, udang, ketam, kerang, siput.
o Kolestrol tepu daripada organ dalaman haiwan seperti hati, limpa, perut, usus, dan organ-organ lain seperti telinga, lidah, mata, dan sebagainya.
o Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh kolestrol tumbuhan seperti keropok lekor, tauhu goreng, taugeh goreng, telur goreng (bahagian kuning telurnya) dan sebagainya.
o Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh sodium (garam pengawit) seperti daging berger atau daging di restoran makanan segera.
o Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti Vitamin C seperti daging yang diperah limau atau mengambil herba chitosan (herba slimming) atau kuah laksa yang diperah limau atau amalan meminum jus oren setelah mengambil makanan tinggi protein.
o Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti karbon seperti ikan bakar, sate atau daging panggang.
Daging kambing tidak memiliki protein yang tinggi, oleh itu ia terkecuali daripada membentuk sebarang ikatan kolestrol akibat amalan pemakanan seperti yang dinyatakan di atas. lalu, ia sangat baik sebagai pengurai kolesterol.
Ikatan kolestrol tepu boleh dicegah sekiranya terdapat Omega 3 di dalam darah, tetapi Omega 3 tidak mampu mengurai kolestrol yang telah terbentuk. Hanya ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol lembut) sahaja yang boleh menguraikan ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol kasar).
Oleh itu, kolestrol yang terbentuk dalam badan tidak boleh diurai dengan sebarang bahan melainkan ia hanya boleh diurai dengan kolestrol kambing sahaja. kerana hanya kambing yang mempunyai kolesterol tetapi kolesterolnya adalah kolesterol pengurai.
Vitamin C dan chitosan yang digunakan untuk menyelaputi protein akan mengakibatkan pembentukan kolestrol yang lebih bahaya sekiranya ia diserap oleh darah. Kandungan kolestrol tepu jenis ini sekiranya terdapat banyak dalam darah akan mengakibatkan masalah jantung. uraikanlah kolesterol itu dengan kolesterol kambing.
Sodium (sejenis garam) yang digunakan untuk mengawit daging serta untuk menyedapkan rasa daging akan membentuk kolestrol tepu yang halus. Biasanya kaedah ini digunakan untuk membuat daging burger.
Selain itu memakan makanan yang tinggi protein yang dicampurkan dengan perasa makanan seperti Mono Sodium Glitumat (MSG) juga akan membentuk kolestrol tepu yang sangat halus. Ia boleh dipam naik ke bahagian otak dan sekiranya tersekat, ia akan menyebabkan strok.
Pencegah Penyakit Darah Tinggi Dan Obesiti
Kolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah punca kepada penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isipadu darah meningkat. Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti pening.
Walaupun daging kambing bertindak sebagai pengurai protein yang terbaik, tetapi pesakit darah tinggi yang tidak tahan dengan kesan pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar tidak mengambil daging kambing sebagai terapi. Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi.
Kolestrol yang gagal dicerna oleh hati akan disimpan dalam bentuk lemak di bawah permukaan kulit. Dalam jumlah yang banyak ia akan menyebabkan masalah obesiti (kegemukan). Pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu oleh kolestrol kambing. Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga berdengung.
Namun, apabila diteruskan terapi kambing ini sehingga menjadi resonan, kita bukan sahaja sembuh malah karektor menjadi positif kembali kesan pembongkaran asid urik dan angin dari darah dan tubuh.
Mencantikkan Kulit
Dalam daging kambing turut terdapat Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida. Vitamin C tidak teroksida amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida akan menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu dan mencantikkan kulit.
Pengambilan protein tinggi yang berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di bahagian bawah kulit akan mudah teroksida dan bertindak balas dengan sel kulit untuk membentuk tenaga. Proses ini akan menyebabkan kulit kelihatan hangus dan gelap sekiranya berjemur di bawah sinaran matahari. Vitamin C daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari.
Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang putih dan cantik.
Meningkatkan Rasa Kasih Sayang Dan Kegembiraan
Sistem darah berkaitan dengan kawasan Thalamus. Thalamus berfungsi menjaga kasih sayang. Sistem darah yang sihat dan kuat akan memastikan bahagian Thalamus juga kuat dan membantu mewujudkan perasaan kasih sayang.
Jantung yang menerima kolestrol daging kambing akan lebih lembut dan lancar pergerakannya. Jantung yang lembut akan mewujudkan perasaan yang gembira. Jantung yang lancar pergerakannya akan mudah tersentuh dan terpesona dengan sesuatu yang mengusik perasaannya. Oleh itu ia akan membahagiakan dan mewujudkan perasaan kecintaan.
Mereka yang mengamalkan memakan daging kambing dan minum susu kambing, akan merasa tenang dan gembira dan mudah merasa getaran kasih sayang. Sekiranya anda menghadapi masalah sukar merasai nikmat kasih sayang dan getaran kecintaan, silalah amalkan memakan daging kambing.
Sumber Penjanaan EQ (Emotional Quotient)
Selain kolestrol pengurai dan Vitamin C, kambing juga mempunyai mineral ringan yang amat baik untuk pembentukan sel hati, merangsang rembesan hormon daripada Kelenjar Pineal, Kelenjar Pitutary, Hati, Hempedu, Pankreas, Kelenjar Adrenal serta hormon pembiakkan ovari dan testis.
Tindak balas logam ringan terhadap keseimbangan hormon dalam badan akan membantu meningkatkan tahap kematangan dan penghayatan seseorang. Mengamalkan memakan daging dan meminum susu kambing akan menjadikan pemikiran bertambah pantas, tajam dan tahap ingatan meningkat. Ketika itu penghayatan dan kematangan akan terbentuk dengan matap atau disebut emotional quotient EQ.
Sekiranya anda mahu anak-anak menjadi bijak insyaAllah, amalkan memakan daging kambing atau meminum susu kambing.
Antibiotik Semulajadi
Semua haiwan mengeluarkan peluh yang berbau. Bau ini sebenarnya ialah hormon yang betindak sebagai antibiotik untuk mencegah penyakit. Daging kambing tidak rosak walaupun tidak disimpan dalam peti sejuk kerana penghasilan hormon ini.
Mengamalkan memakan daging kambing dapat menguatkan antibiotik semula jadi tubuh. Mereka yang kerap memakan daging kambing akan terhindar daripada penyakit berjangkitan seperti demam dan selsema.
Pengembala kambing tidak akan berbau badannya terutama di bahagian ketiak jika kerap berada di kandang kambing. Mereka yang mengalami masalah ketiak hangit boleh merawat penyakit tersebut dengan mencuba mengembala kambing.
Pengaruh Karektor
Setiap makanan yang kita makan tidak kira sama ada daging atau tumbuhan akan mempengaruhi karektor kerana di dalam makanan yang bersifat organik tersebut turut terdapat DNA dan RNA yang bersenyawa dengan sel tubuh badan kita untuk memberikan sesuatu manfaat dengan cara memindahkan maklumat diri kepada pemakannya.
Makanan dalam bentuk sayuran akan mempengaruhi sifat enzim manakala makanan dalam bentuk daging akan mempengaruhi sifat karektor organ.
Contohnya cendawan yang bersifat parasit, bertindak menyerap tenaga yang tidak baik daripada badan seperti tenaga kanser. Tetapi mengambilan cendawan yang berlebihan akan menyebabkan badan menjadi letih kerana kita kehilangan tenaga.
Contoh haiwan pula, misalnya sotong suka mengkaji dan mencuba perkara baru. Di dalam laut sotong bersifat suka mencuba dan kekuatan ingin tahu yang tinggi walaupun memahami ia seuatu yang mudarat. Mereka yang mengamalkan memakan sotong dalam jumlah yang banyak akan bersifat kuat ingin mencuba sesuatu yang tidak pernah dilakukan walaupun mengetahui ia bahaya. Contoh percubaan bahaya sotong ialah gemar meneroka atau masuk ke tempat baru, suka memakan umpan candat secara beramai-ramai.
Contoh ayam ialah haiwan ini terlalu kuat cemburu, mengamalkan memakan daging ayam dengan kerap akan menjadikan diri kuat cemburu yang melulu.
Babi pula adalah sebaliknya iaitu tidak tahu rasa cemburu atau malu. Pesakit diabitis yang mengambil insulin (semua insulin berasal daripada insulin khinzir) sudah tidak ada rasa cemburu lagi, sedangkan ketika peringkat awal menghidap penyakit diabitis, tahap cemburunya amat melampau.
Wallahualam.
Karektor Kambing
Kambing mempunyai karektor seperti berikut;
1. Tegas.
2. Berpendirian.
3. Matang.
4. Berani kerana benar, berani menegakkan keadilan dan kebenaran.
5. Memahami arahan.
6. Gembira dan tahap kecintaan yang tinggi.
7. Tinggi EQ (emotional quotient).
8. Kadar instinct, intuisi, naluri dan gerak rasa yang tinggi.
9. Tersenyum.
Ketegasan kambing dapat dilihat dengan membuat percubaan menarik dan menolaknya. Contohnya kambing yang diikat lehernya dengan tali, apabila ditarik dia akan tegap dan mengundur untuk melawan tarikkan.
Jika kita menolak badannya ke belakang, dia akan melawan dan seperti hendak mara ke hadapan. Jika kita berada di sisinya, cuba tolak ke tepi sebelah sana, dia akan rapat ke kita. Jika kita tarik ke arah kita, dia akan menjauhkan kita. Maksudnya apabila kambing berdiri, dia berdiri dengan tegap dan tegas.
Kambing hanya akan bergerak jika diberi arahan dengan ikhlas. Kita boleh arahkan kambing masuk atau keluar kandang, balik ke kandang, jangan makan pokok bunga atau tanaman orang lain, jangan merayau jauh-jauh dan sebagainya. Arahan perlulah berserta dengan hati yang ikhlas dan penuh kasih sayang, insya Allah memelihara kambing amatlah menyeronokkan.
Dakwaan yang menyatakan mengembala kambing menguji kesabaran atau mendidik supaya menjadi seorang yang penyabar rasanya kurang tepat. Kenyataan yang tepat ialah mengembala kambing akan meningkatkan rasa kecintaan, kegembiraan, kepuasan dan penghayatan yang tinggi di samping menjana EQ yang tinggi. Pengalaman sebenar hanya dapat dirasai jika kita mengembala kambing itu sendiri.
Rahsia Janggut Dan Senyuman
Semua kambing berjanggut dan sentiasa tersenyum. Janggut mempunayi banyak rahsia. Salah satunya ialah janggut menyimpan rahsia persahabatan. Bermaksud, mereka yang berjanggut mempunyai kesetiaan dalam persahabatan yang tulus dan ikhlas, bersatu dan bekerjasama dalam kumpulan serta tidak mengkhianati sahabat.
Senyuman ialah rahsia konduktor (dalam bentuk gelombang visual boleh lihat) yang akan mengalirkan kalam hati melalui rasa kasih sayang. Aliran rasa kasih sayang ini akan melancarkan pematuhan gerakan tenaga dalam falsafah Hukum Keseimbangan.
Senyuman ialah satu ciri terapi wajah yang akan merawat pelbagai penyakit. Oleh itu, kambing ialah sejenis haiwan yang mempunyai tahap kesihatan yang tinggi dan boleh membekalkan daging yang bersih dan selamat daripada sebarang jenis jangkitan.
Rawatan Penyakit Darah Tinggi
Pesakit darah tinggi dinasihatkan agar tetap mengambil kambing dalam proses merawat penyakit darah tinggi sebagai ketahanan tubuh untuk mengelakkan penyakit ini berulang kembali.
Minumlah susu kambing dan makan daging kambing untuk merawat diri dan membentuk peribadi terpuji.
Dapatkan produk susu kambing HiGoat di sini:
http://www.hrgroup2u.net/higoat
http://www.hrgroup2u.net/higoat
http://www.hrgroup2u.net/higoat
Susu kambing HiGoat, Susu Untuk Kehidupan. Mudah, Cepat, Sihat.
Fakta Penting Kandungan Nutrisi dari Jabatan Veterinar:
DAGING | KOLESTEROL (mg) | KALORI | LEMAK (gm) | PROTIN (gm) |
Kambing | 63.8 | 122 | 2.6 | 23 |
Ayam | 76.0 | 162 | 6.3 | 25 |
Lembu | 73.1 | 179 | 7.9 | 25 |
Biri-biri | 78.2 | 179 | 8.1 | 78.2 |
Bina Network HRGroup2u Anda Secara Online
Kami ada jawapannya, klik "Rahsia Membina Network HRGroup2u Dengan Mudah".
Anda ingin memulakan perniagaan MLM tetapi tidak tahu atau tidak mahir menaja prospek.? Kami di Rangkaian HRGroup2u.net menjalankan bisnes MLM HR Marketing Sdn. Bhd. mengedarkan produk berasaskan susu kambing seperti susu kambing HiGoat secara online dan kami telah berjaya menjana pendapatan pasif secara sambilan atau sepenuh masa yang lumayan dan telah melahirkan ramai usahawan yang berjaya mengatasi ushawan yang melakukannya secara offline.
Mengapa Web Sponsoring MLM www.HRGroup2u.net ini membantu bisnes Anda?
Berikut antara beberapa kelebihan yang dapat disenaraikan:
1. Web promosi percuma untuk setiap downline anda. Memberikan pilihan kepada mereka menaja prospek secara online. Mereka disediakan dengan format emel, banner serta link promosi individu untuk membantu mereka mempromosi.
Contoh link promosi adalah seperti berikut:
http://www.hrgroup2u.net/higoat
http://www.hrgroup2u.net/higoat
http://www.hrgroup2u.net/higoat
dimana "higoat" adalah userid (id affiliate) anda.
Contoh banner promosi adalah seperti berikut:
2. Portal berita dan aktiviti bagi kumpulan anda yang dikemaskini sentiasa dari masa ke semasa secara pantas dan tuntas.
3. Sistem penghantaran mass emel kepada ahli berdaftar, promosi melalui emel tanpa had dan pemberitahuan.
4. Memudahkan anda membuat rujukan dan follow up kepada prospek.
5. Menaja secara online tanpa had masa, jarak dan kos.
6. Memanfaatkan bil internet anda dengan menjalankan bisnes secara online di rumah.
7. Sebagai alat bagi mereka yang tidak mahir berkomunikasi dan menaja secara berdepan dengan prospek tetapi ingin menjalankan bisnes MLM. Dengan web ini mereka juga boleh berjaya tanpa berdepan dengan kelemahan menaja dan berkomunikasi.
8. Menggandakan usaha mempromosi yang dilakukan secara offline dimana web bekerja untuk anda.
9. Merupakan teknologi terbaru pemasaran berinternet dan mempunyai kadar penolakan yang sangat rendah.
10. Memudahkan anda membuat presentasi kepada prospek tanpa berjumpa.
11. Prospek lebih yakin dengan rangkaian anda kerana ramai yang berdaftar dan ini merupakan statistik yang benar.
12. Rakan-rakan boleh membantu anda atau menyokong anda mempromosi secara online.
13. Kos mencetak flyers dan menghantar flyers ke serata tempat dapat dikurangkan.
14. Ramai prospek yang lebih gemar membeli atau menyertai bisnes secara online. Keberangkalian ini akan menyebabkan anda boleh berjaya dengan cepat tanpa meminimakan penolakkan.
15. Ianya diberikan secara percuma kepada setiap usahawan dan ia bekerja untuk anda 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun tanpa cuti, penat atau halangan. Ini dapat memberikan anda motivasi yang tinggi untuk berjaya.
3/17/2011
Mengurangkan Kesakitan Gout Tanpa Pengambilan Ubat-ubatan
Gout
Pengenalan
Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan.
• Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.
• Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).
• Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.
• Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi.
• Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.
• Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun.
• Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.
Tanda Gout
• Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
• Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
• Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
• Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
• Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
• Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
• Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.
Komplikasi
• Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil ’tophi’
• Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ’batu karang’.
• Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti:
o Kegemukan
o Darah tinggi
o Hiperlipidemia
o Diabetes
Rawatan
Gout adalah suatu penyakit yang boleh sembuh tetapi anda harus mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya.
Rawatan serangan akut
• Rehatkan sendi semasa serangan gout.
• Ubat-ubatan anti-radang berkesan untuk mengurangkan sakit dan keradangan sendi.
Walaupun ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut. Jika digunakan dalam jangka masa yang singkat, kesan sampingan jarang berlaku.
• Ubatan lain seperti colchicine juga boleh diambil. Walaupun ia amat berkesan, ia boleh menyebabkan loya, muntah dan cirit-birit (Peringatan: Colchicine hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)
• Steroid (Peringatan: Steroid hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)
o Lazimnya cecair steroid disuntik terus ke sendi yang radang
o Pil steroid boleh diambil dalam jangka masa yang pendek jika penghidap tidak boleh mengambil ubat-ubatan yang lain. Walaubagaimanapun, ianya tidak boleh diambil berpanjangan.
• Sentiasa peka terhadap tanda-tanda awal serangan. Jika rawatan dimulakan awal, penyakit ini tidak akan melarat.
Rawatan Jangka Panjang
Oleh kerana gout disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan, anda haruslah mengelakkan faktor-faktor yang boleh menambahkan paras asid urik.
Menjaga berat badan – kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan
Mengelakkan minuman keras (Haram dalam Islam)
Pemakanan – elakkan pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi
Sesetengah daging binatang, makanan laut, kekacang mengandungi purin yang tinggi
Pemakanan
Di bawah disenaraikan makanan yang kaya dengan purin:
ELAKKAN MAKAN
• Organ dalaman seperti hati, paruparu, ginjal dan otak
• Ikan bilis, kembung, sardin
• Daging cincang
• Ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging
• Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang
KURANGKAN MAKAN
• Asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam
• Peanuts, lentil, beans and peas
• Poultry
• Roti jagung dan bijirin
Pencegahan
• Ubah cara hidup anda untuk memastikan paras asid urik yang normal
• Amalkan cara hidup sihat untuk mengelak dari menghidap penyakit-penyakit yang berhubung kait dengan gout.
• Apabila mengambil Allopurinol, ianya perlu diambil secara berterusan.
• Jangan mengubah atau menghentikan dos Allopurinol semasa serangan gout.
• Minum banyak air.
Benarkah Gout Penyakit Orang Kaya?
Tidak, gout boleh menyerang sesiapa sahaja. Walau bagaimanapun, meminum alkohol dan pemakanan berlebihan boleh dikaitkan dengan kejadian penyakit gout.
Adakah Gout Boleh Diwarisi?
• Gout boleh diwarisi tetapi faktor persekitaran juga memainkan peranan.
• Gout adalah penyakit yang boleh dirawat. Pada zaman dahulu, gout merupakan salah satu penyebab kerosakan dan kecacatan sendi. Pada hari ini, dengan rawatan yang baik, ianya boleh dikawal.
• Adalah penting untuk mengamalkan cara hidup sihat.
Jika anda memerlukan lebih maklumat lanjut tentang gout, layarilah laman web Arthrits Foundation Malaysia di www.afm.org.my
RAWATAN BERKESAN UNTUK ANDA TANPA MENGAMBIL UBAT-UBATAN
Bagaimana pengambilan susu kambing dapat membantu masalah gout anda.?
Kita mengetahui bahawa susu kambing adalah bersifat alkali manakala gout adalah penyakit yang disebabkan oleh terlalu banyak asid urik di dalam badan.
Dengan pengambilan susu kambing, asid yang terlalu banyak di dalam badan dapat dineutralkan atau paras asid dapat diturunkan. Asid yang berlebihan akan dikeluarkan secara semulajadi melalui perkumuhan samada melalui pembuangan air kecil atau air besar. Apabila asid urik di dalam badan berkurangan, simptom penyakit gout akan berkurangan dan insyaAllah dapat menyembuhkan penyakit gout anda.
Kami sarankan supaya anda yang mengalami masalah penyakit gout ini mengambil Susu Kambing HiGoat yang seratus peratus asli, mudah, ringkas dan sedap tanpa ada rasa dan bau hamis kambing, tanpa gula dan bahan pengawet. Teknologi yang digunakan dapat mengekalkan khasiat yang banyak terdapat dalam susu kambing. Susu kambing HiGoat terbukti berkesan membantu ramai penghidap penyakit gout dan penyakit-penyakit lain yang bersangkutan dengan lebihan asid di dalam badan yang memudharatkan.
3/04/2011
Jutawan Pertama Selepas 10 Bulan Menyertai HR Marketing Sdn. Bhd.
April 2009 merupakan detik yang bermakna buat dirinya, apabila menyertai HR Marketing setelah diperkenalkan oleh rakannya. Azamnya ingin menjalankan perniagaan jualan langsung dengan bersungguh-sungguh demi mencapai matlamat merubah kehidupan keluarganya. Anaknya turut sama membantu dalam mendapatkan modal dalam memulakan perniagaan tersebut. Ustaz Omar berusaha menggiatkan usaha pemasarannya melalui pengiklanan, berjumpa dengan seberapa ramai yang berminat dalam jualan langsung dan mengedarkan "flyers".
3 resepi utama kejayaan yang dipegang oleh Ustaz Omar ialah, pertama, mulakan dengan kesedaran dan kemahuan diri yang bersungguh-sungguh. Kedua, tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk mengadakan perjumpaan, cukup sekadar di kedai kopi, rumah, kaki lima jalan atau tempat-tempat yang menjadi tumpuan orang ramai. Ketiga, jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam membuat keputusan dan tindakan. Dalam menjalankan perniagaan ini hubungan mesra antara pelanggan mestilah dititik beratkan.
Ternyata kini Ustaz Omar mampu menarik nafas lega kerana berjaya membebaskan diri dari belenggu hutang dan menikmati kehidupan yang selesa.
CA DD Ustaz Omar Jaafar
Sumber: Metro Ahad, 27 Februari 2011
Arkib
-
▼
11
(52)
-
▼
Mar
(13)
- Sharing Is Caring!
- Susu Kambing, Manisnya Kurma Madu
- Alat Tulis dan Buku Nota
- Nasi Lemak Kopi SpyHRu
- Gadis Pengembala Kambing Menggeggar Dunia - Desert...
- Senyuman Yang Tidak Ikhlas
- Puteriku Berbedak Harum 'Fairy Tale'
- Halaman Seindah Taman - Tanaman Sebagai Terapi Diri
- Topeng Muka Susu Kambing HiGoat, Madu dan Putih Telur
- Mitos Minum Susu Kambing, Makan Daging Kambing Pen...
- Bina Network HRGroup2u Anda Secara Online
- Mengurangkan Kesakitan Gout Tanpa Pengambilan Ubat...
- Jutawan Pertama Selepas 10 Bulan Menyertai HR Mark...
-
▼
Mar
(13)
Promosi Keahlian:
1a. Pakej Keahlian Biasa (A) - RM50 + RM9 (Kos Penghantaran)
1b. Pakej Keahlian Biasa (B) - RM50 + RM9 (Kos Penghantaran)
2a. Pakej Keahlian Higoat - RM230 + RM12 (Kos Penghantaran)
2b. Pakej Keahlian Keluarga Sihat - RM230 + RM12 (Kos Penghantaran)
3. Pakej Stokis >RM3000 atau >1500PV
Sabah dan Sarawak:
1a. Pakej Keahlian Biasa - RM60 + RM12 (Kos Penghantaran)
1b. Pakej Keahlian Biasa (B) - RM50 + RM12 (Kos Penghantaran)
2a. Pakej Keahlian Higoat - RM265 + RM22 (Kos Penghantaran)
2b. Pakej Keahlian Keluarga Sihat - RM265 + RM22 (Kos Penghantaran)
3. Pakej Stokis >RM3000 atau >1800PV