Pages

10/06/2009

Langkah Kemahiran Usahawan Terbilang

Hari ini saya duduk di rumah bercuti dan meluangkan sedikit masa mentelah buku "Langkah Bijak Usahawan Terbilang" tulisan Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah dan Tn. Hj. Muhammad Zakaria. Buku ini mengupas tajuk usahawan dan keusahawanan. Beliau menerangkan peri pentingnya ciri-ciri seorang usahawan dengan mengenali diri mereka, matlamat, tujuan, perancangan, menghidu peluang, tindakan, kreativiti, doa dan amalan yang baik serta akhlak/etika seseorang yang ingin berjaya dan bergelar usahawan berjaya.

Anda telah mendaftar dengan kami (pengedar http://www.hrgroup2u.net/) dan anda kini bergelar seorang usahawan, usahawan MLM dibawah teraju syarikat HR Marketing Sdn. Bhd.. Apakah matlamat anda dan sudahkah anda bersedia menjadi seorang usahawan MLM yang BERJAYA?.

Saya ingin berkongsi dengan anda Bab 19, "Langkah Kemahiran Usahawan Terbilang". Beliau menulis, "Usahawan yang hendak berjaya mestilah meningkatkan langkah-langkah kemahiran walaupun nampak kecil. Kemahiran merupakan teras berjalannya sesuatu perniagaan dengan cemerlang". Salah satu kemahiran yang dimaksudkan ialah menggunakan 'Kad Perniagaan'.

KAD PERNIAGAAN

Beliau, dalam bab ini menyarankan supaya setiap seorang usahawan membuat Kad Perniagaan (Business Card). Ada orang yang memandang ringan terhadap fungsi kad perniagaan. Walaupun kad perniagaan merupakan sekeping kertas kecil dan nipis, namun peranannya sangat penting dalam perniagaan.

Jangan segan memberi kad perniagaan kepada semua orang yang ditemui. Jangan jadi kedekut. Beri kad setiap kali ada peluang.

Kata motivator, "Kita kena bagi kad perniagaan kepada pelanggan yang berpotensi besar sekurang-kurangnya 5 kali".

Mengikut kajian, jika kita memberi sehingga 5 kad perniagaan, orang akan mudah menghubungi kita. Jadi, beritahu orang tentang perniagaan kita dengan cara menyebarkan sebanyak mungkin kad perniagaan.

Oleh itu, saya sarankan kepada anda untuk menempah kad perniagaan anda sekarang. Edarkan kepada sesiapa sahaja yang anda temui dan perkenalkan DIRI anda sebagai seorang USAHAWAN MLM dan terangkan kepada mereka kebaikan susu kambing dan produk HR.

Bertindaklah dengan bijak dan pasti kejayaan menanti anda.!

0 Komentar:

Post a Comment

Promosi Keahlian:

Semenanjung Malaysia:
1a. Pakej Keahlian Biasa (A) - RM50 + RM9 (Kos Penghantaran)
1b. Pakej Keahlian Biasa (B) - RM50 + RM9 (Kos Penghantaran)
2a. Pakej Keahlian Higoat - RM230 + RM12 (Kos Penghantaran)
2b. Pakej Keahlian Keluarga Sihat - RM230 + RM12 (Kos Penghantaran)
3. Pakej Stokis >RM3000 atau >1500PV

Sabah dan Sarawak:
1a. Pakej Keahlian Biasa - RM60 + RM12 (Kos Penghantaran)
1b. Pakej Keahlian Biasa (B) - RM50 + RM12 (Kos Penghantaran)
2a. Pakej Keahlian Higoat - RM265 + RM22 (Kos Penghantaran)
2b. Pakej Keahlian Keluarga Sihat - RM265 + RM22 (Kos Penghantaran)
3. Pakej Stokis >RM3000 atau >1800PV
 

Pos Terkini

HRGroup2u.net's Fan Box

Usrah Agro Farm Enterprise (SA0109193-T) Copyright © 2009

This Blog is Best Viewed with IE 1024 by 768 pixels. Mozilla Firefox is Not Supported at the moment.

Penafian:
Ini adalah blog peribadi atau blog usahawan "HRGroup2u.Net". Tiada kaitan dengan Syarikat MLM yang disertai. Untuk pertanyaan dan keterangan lanjut mengenai produk, sila hubungi HR Marketing Sdn. Bhd. di talian 04-7711448 atau layari laman web rasmi www.hrgroup2u.com.