Pages

10/19/2009

Cash Bill - Penting!

Hari ini saya ingin memberikan sedikit penerangan ringkas mengenai "cash bill" atau resit pembelian.

Mungkin topik kali ini mudah tetapi ia AMAT PENTING! Saya mahu setiap ahli/pengedar di bawah tajaan saya di www.hrgroup2u.net fahamkan mesej ini betul-betul sekiranya anda ingin membeli barang dari mana-mana stokis selain dari stokis kumpulan www.hrgroup2u.net.

Belian Pakej Keahlian/Belian Seterusnya (Repeat-Purchase)

Setiap belian oleh anda (ahli/pengedar) samada anda membeli kit keahlian (pertama kali) atau produk lain (repeat purchase) seperti sekotak sabun, susu, dsb. dari mana-mana stokis, stokis tersebut dikehendaki mengeluarkan satu "cash bill" untuk anda beserta mata belian (PV - Point Value) dicatat di atas "cash bill" tersebut.

"Cash Bill" - Cash Bill HR Marketing Sdn. Bhd.

Salinan Putih untuk ahli baru/ahli/pengedar.
Salinan Merah untuk dihantar ke HQ.
Salinan Biru untuk disimpan oleh stokis.

Mana-mana stokis yang mengeluarkan "cash bill" mereka sendiri seperti "resit sementara" bukan dari HR Marketing Sdn. Bhd. dikira TIDAK SAH!.

"Cash Bill" mestilah dihantar ke HQ oleh stokis tersebut untuk tuntutan bonus bagi stokis dan bagi ahli/pengedar (bonus distribution). Sekiranya stokis tidak mengeluarkan "cash bill" kepada ahli dan menghantar satu salinan ke HQ serta repot bulanan (monthly stock out report), ini bermakna stokis mengeluarkan "cash bill" dan membuat tuntutan bonus ke atas nama mereka sendiri. Ahli/pengedar tidak akan mendapat bonus dari belian tadi kerana tidak dituntut bagi pihak mereka oleh stokis.

Sekiranya ini berlaku, ahli/pengedar boleh menelefon HQ membuat laporan penipuan ini dan menuntut bonus anda.

Mata Belian (Point Value/PV)

Setiap mata belian hendaklah dihantar ke HQ. Stokis tidak ada hak untuk menunggu sehingga mata belian anda cukup jumlahnya (60PV) kerana anda juga boleh membeli dari stokis yang lain. HQ akan kira jumlah mata belian terkumpul anda setiap bulan dari semua stokis.

Contoh:

1/10/2009 - Anda membeli dari Stokis A - Mata Belian 30PV

15/10/2009 - Anda membeli lagi dari Stokis B pula - Mata Belian 30PV

Sekiranya kedua-duanya menghantar "cash bill" ke HQ, jumlah mata belian terkumpul anda ialah 60PV dan anda layak mendapat bonus pada bulan tersebut.

Sekiranya hanya stokis A yang menghantar "cash bill" dan stokis B menunggu sehingga mata belian anda mencukupi jumlahnya dan mengeluarkan "resit sementara" atau tidak mengeluarkan "cash bill" langsung, ini merupakan satu lagi penipuan dan dia telah menghalang anda untuk mendapatkan bonus pada bulan tersebut (belian anda TIDAK SEMESTINYA dari stokis B sahaja).

Mata belian terkumpul anda bukan ditentukan oleh stokis tertentu sahaja (contoh: stokis B) dan mereka tidak boleh memeriksa jumah mata belian terkumpul anda sekiranya anda BUKAN DOWNLINE mereka.!!!


Baucer Tunai/Cek

Baucer Tunai/Cek dikeluarkan oleh HQ setiap bulan. Sebagai contoh, setiap belian Pakej Keahlian RM220, anda akan mendapat 100PV dan anda akan mendapat Baucer Tunai bernilai RM5 apabila bonus dikira oleh HQ pada setiap hujung bulan. Mata belian ini akan dikumpul dari salinan "cash bill" yang dihantar oleh stokis ke HQ itu tadi.

Baucer hanya untuk bonus kurang dari RM100 dan sekiranya anda mendapat bonus melebihi RM100, HQ akan mengeluarkan cek untuk anda.

Peringatan!

Hati-hati sekiranya anda ingin mendapatkan/membeli barang dari mana-mana stokis. Pastikan mereka mengeluarkan "cash bill" dan menghantarnya ke HQ.

Sebarang pertanyaan sila komen di sini supaya saya boleh memberikan jawapan dan dapat dikongsi bersama dengan ahli/pengedar yang lain.

"Mencari Yang HALAL itu Adalah Lebih Baik"

2 Komentar:

hrgroup2u on Monday, 19 October, 2009 said...

Kenyataan ini hanya untuk ahli/pengedar sahaja tidak kira dia telah ditaja oleh mana-mana upline. Untuk pembeli biasa, mana-mana stokis boleh menuntut bonus (dikira sebagai belian peribadi) tersebut beserta untung runcit.!

hrgroup2u on Tuesday, 20 October, 2009 said...

Sila lawati laman web rasmi HR untuk melihat status keahlian anda dan bonus belian secara online di http://www.hrgroup2u.com.

Boleh menelefon saya/HR untuk bantuan ID/password.

Beri tempoh sehingga sebulan kepada HR untuk memasukkan maklumat keahlian anda ke dalam sistem (proses kemasukan data/pendaftaran bagi ahli-ahli baru) dan memasukkan data belian anda setiap bulan.

Post a Comment

Promosi Keahlian:

Semenanjung Malaysia:
1a. Pakej Keahlian Biasa (A) - RM50 + RM9 (Kos Penghantaran)
1b. Pakej Keahlian Biasa (B) - RM50 + RM9 (Kos Penghantaran)
2a. Pakej Keahlian Higoat - RM230 + RM12 (Kos Penghantaran)
2b. Pakej Keahlian Keluarga Sihat - RM230 + RM12 (Kos Penghantaran)
3. Pakej Stokis >RM3000 atau >1500PV

Sabah dan Sarawak:
1a. Pakej Keahlian Biasa - RM60 + RM12 (Kos Penghantaran)
1b. Pakej Keahlian Biasa (B) - RM50 + RM12 (Kos Penghantaran)
2a. Pakej Keahlian Higoat - RM265 + RM22 (Kos Penghantaran)
2b. Pakej Keahlian Keluarga Sihat - RM265 + RM22 (Kos Penghantaran)
3. Pakej Stokis >RM3000 atau >1800PV
 

Pos Terkini

HRGroup2u.net's Fan Box

Usrah Agro Farm Enterprise (SA0109193-T) Copyright © 2009

This Blog is Best Viewed with IE 1024 by 768 pixels. Mozilla Firefox is Not Supported at the moment.

Penafian:
Ini adalah blog peribadi atau blog usahawan "HRGroup2u.Net". Tiada kaitan dengan Syarikat MLM yang disertai. Untuk pertanyaan dan keterangan lanjut mengenai produk, sila hubungi HR Marketing Sdn. Bhd. di talian 04-7711448 atau layari laman web rasmi www.hrgroup2u.com.