Pages

10/14/2009

Konsep Bantu-di-Bantu Siri 1

Assalammualaikun dan Salam Sejahtera,

Hari ini saya ingin menulis tajuk berkaitan peri pentingnya konsep 'bantu-di-bantu'. Konsep bantu-di-bantu kali ini adalah berkisar kepada kepentingan IT atau komputer dalam bisnes MLM ini. Ini adalah berdasarkan pengalaman dan kepakaran saya dalam bidang IT ini sebagai seorang Konsultan/Jurutera IT.

Ramai yang menyertai http://www.hrgroup2u.net/ ini tetapi masih lagi gagal atau mungkin masih lagi tidak faham akan kuasa promosi dan pemasaran di internet. Teknologi telah menyebabkan manusia bertukar cara mereka berfikir dan bertindak dalam melakukan sesuatu kerja. Sebagai contoh, jika dahulu kita meluangkan masa yang lama, mengeluarkan duit perbelanjaan yang banyak seperti duit minyak kereta, duit tol, duit 'belanja minum' dan sebagainya untuk berjumpa dengan ahli keluarga, rakan-rakan atau prospek untuk mengenalkan barang MLM yang kita sertai tetapi kini kita hanya perlu meletakkan banner atau katalog produk sahaja di laman sesawang atau blog. Bayangkan bagaimana kesan teknologi komunikasi masa kini yang telah merubah cara kehidupan dan pemikiran kita.

Mungkin ramai yang akan berkata bahawa adalah lebih baik (professional) untuk kita berjumpa dengan prospek kita tetapi persoalannya, berapa ramai prospek yang akan menjadi pelanggan atau ahli (downline) kita dan berapa jam masa yang terluang dan berapa banyak wang ringgit yang kita belanjakan untuk kita mendapatkan seorang ahli atau pelanggan?. Ramai juga yang gagal menarik minat (convince) prospek kerana tidak mempunyai kemahiran komunikasi yang baik.

Walau bagaimanapun, jangan melepaskan peluang untuk berjumpa dengan prospek anda. Sebagai contoh, sekiranya anda mendapat perkhabaran berita ada diantara keluarga atau rakan-rakan anda yang menghidapi penyakit atau sedang sakit, eloklah anda meluangkan sedikit masa menzirahi mereka kerana ini merupakan satu perkara baik dan mendapat ganjaran pahala serta dapat memberikan kegembiraan kepada mereka. Ini juga merupakan peluang untuk anda secara tidak langsung memperkenalkan produk susu kambing ini. Mudah-mudahan ia dapat membantu menggurangkan penderitaan dan mungkin juga dapat menyembuhkan penyakit mereka bila diminum secara berterusan. Perkenalkan kepada mereka khasiat menyembuh susu kambing ini. Insyaallah.

Saya tidak mahu becerita panjang lebar kebaikan dan keburukan internet, cuma saya ingin berkongsi dengan anda kelebihan membuat promosi di internet dan jika kita melepaskan peluang ini maka kita akan dikatakan ketinggalan. Ramai yang telah setapak maju ke hadapan tetapi kita masih lagi dengan cara dan pemikiran lama kita.

Promosi atau pengiklanan produk serta penajaan ahli-ahli baru untuk menyertai kumpulan ini di internet bukan sahaja terletak atau merupakan tanggungjawab saya (admin) seorang sahaja. Ahli yang telah berdaftar di sini mempunyai tanggung jawab mereka untuk memajukan diri mereka dan kumpulan (downline) mereka sendiri. Pulangan yang lumayan serta kejayaan menaja ramai ahli (downline) adalah bergantung sepenuhnya kepada usaha mereka sendiri. Admin telah menyediakan bahan-bahan promosi seperti banner, katalog, laman web promosi dan sebagainya, jadi gunakanlah sebaik mungkin bahan promosi tersedia ada dan mula mempromosi hari ini juga.

Berbalik kepada konsep bantu-di-bantu, saya ingin mangajak sesiapa yang mempunyai ilmu IT atau kepandaian dalam bidang teknologi maklumat ini supaya memberikan tunjuk ajar atau bantu mereka (downline) yang masih lagi tidak pandai menggunakan internet dan komputer. Berbagai kaedah atau cara anda boleh membantu mereka antaranya:

1. Membina Laman Sesawang (Web) atau Blog.

Bantu mereka membina laman sesawang atau blog untuk mereka mempromosi produk dan menaja ahli-ahli baru. Bantu mereka kaedah untuk membuat promosi di web/blog mereka seperti bagaimana caranya untuk mendaftar dan membina blog secara percuma, membuat post, meletakkan link (url), meletakkan banner-banner dan gambar-gambar produk dan sebagainya.

2. Bertukar-tukar 'Blog Link' .

Anda juga boleh bertukar-tukar 'blog link' supaya blog anda mendapat 'ranking' yang tinggi dalam enjin carian seperti 'Google' atau 'Yahoo'. Web atau blog yang memiliki 'external/reciprocal link' dengan tema (nich) yang sama akan mendapat 'ranking' atau 'rating' yang tinggi oleh enjin carian.

3. Iklan Percuma dan Berbayar.

Bantu mereka sekiranya anda terjumpa dengan web-web yang boleh meletakkan banner-banner atau iklan teks secara percuma. Berkongsi dengan mereka penemuan-penemuan anda ini. Anda juga boleh berkongsi kos dengan mereka untuk mengiklankan banner-banner atau link di laman-laman sesawang pengiklanan yang berbayar. Ramai 'MLM internet marketer' yang telah menggunakan kaedah ini dimana mereka berkongsi kos pengiklanan dengan downline-upline mereka. Ada sesetengah laman sesawang yang meletakkan yuran yang tinggi untuk meletakkan iklan di laman sesawang mereka. Sebagai contoh, laman web http://www.harakahdaily.com/, http://www.malaysiakini.com/, http://www.utusan.com.my/, tetapi laman ini memberikan paparan (page impression) dan 'klik' pengguna yang banyak. Kosnya agak mahal tetapi sekiranya kos ini dikongsi bersama ia akan memberikan pulangan yang baik dan tinggi.

4. Menyertai Serta Menyokong Blog Mereka.

Anda juga boleh memberikan sokongan (participate) dengan kerap melawat blog-blog ahli kumpulan dan memberikan komen membina di ruang komen yang disediakan (jika ada). Komen dengan 'back link' juga akan dikira oleh enjin carian untuk mendapat 'rangking' atau 'rating' yang tinggi.

5. Memberi Cadangan.

Mungkin ramai yang telah mempunyai blog mereka sendiri tetapi ramai juga yang membuat kesilapan atau mempunyai laman web atau blog yang tidak menarik. Oleh itu, ahli bolehlah memberikan pandangan dan idea untuk memantapkan lagi blog-blog promosi rakan-rakan.

Dengan membantu memberi tunjuk ajar atau kursus singkat IT ini, anda bukan sahaja mendapat pahala mengajar sesuatu ilmu yang berguna tetapi anda juga akan mendapat pulangan yang lumayan. "Downline Aktif, Anda Aktif".

Saya akan sambung lagi konsep 'bantu-di-bantu' ini di Siri ke 2 yang akan datang. Insyaallah.

0 Komentar:

Post a Comment

Promosi Keahlian:

Semenanjung Malaysia:
1a. Pakej Keahlian Biasa (A) - RM50 + RM9 (Kos Penghantaran)
1b. Pakej Keahlian Biasa (B) - RM50 + RM9 (Kos Penghantaran)
2a. Pakej Keahlian Higoat - RM230 + RM12 (Kos Penghantaran)
2b. Pakej Keahlian Keluarga Sihat - RM230 + RM12 (Kos Penghantaran)
3. Pakej Stokis >RM3000 atau >1500PV

Sabah dan Sarawak:
1a. Pakej Keahlian Biasa - RM60 + RM12 (Kos Penghantaran)
1b. Pakej Keahlian Biasa (B) - RM50 + RM12 (Kos Penghantaran)
2a. Pakej Keahlian Higoat - RM265 + RM22 (Kos Penghantaran)
2b. Pakej Keahlian Keluarga Sihat - RM265 + RM22 (Kos Penghantaran)
3. Pakej Stokis >RM3000 atau >1800PV
 

Pos Terkini

HRGroup2u.net's Fan Box

Usrah Agro Farm Enterprise (SA0109193-T) Copyright © 2009

This Blog is Best Viewed with IE 1024 by 768 pixels. Mozilla Firefox is Not Supported at the moment.

Penafian:
Ini adalah blog peribadi atau blog usahawan "HRGroup2u.Net". Tiada kaitan dengan Syarikat MLM yang disertai. Untuk pertanyaan dan keterangan lanjut mengenai produk, sila hubungi HR Marketing Sdn. Bhd. di talian 04-7711448 atau layari laman web rasmi www.hrgroup2u.com.