Sebelum menghubungi kami untuk sebarang kemusykilan, sila baca soalan-soalan lazim di sini terlebih dahulu jika ia dapat membantu menjawab kemusykilan anda.
Jika jawapan kepada soalan anda tiada di sini maka anda boleh menghubungi upline anda melalui nombor telefon yang tertera, melalui 'yahoo messenger' atau menghantar eMel ke hrgroup2u@yahoo.com.my. Hantar nota ringkas kepada upline anda dan ingat, kami tidak akan bertoleransi dan berkompromi kepada sesiapa yang melakukan 'spam' kerana kami mengamalkan polisi 'anti spam'.
Kami akan kemaskini soalan-soalan lazim ini mengikut kekerapan soalan baru yang ditanya dan kepentingan soalan serta kesesuaian dari masa ke semasa. InsyaAllah.
Soalan-soalan Lazim:
S1: Apakah Buletin HRGroup2u.Net ini.?
J1: Buletin HRGroup2u.Net ini merupakan sebuah "Blog" yang dibina atas initiatif untuk membantu menyebarkan maklumat berkaitan syarikat, promosi dan produk-produk Syarikat HR Marketing Sdn. Bhd. Ia juga merupakan laman web sokongan kepada laman web autodownline dan shopping cart di http://www.hrgroup2u.net.
S2: Adakah laman web ini milik Syarikat HR Marketing Sdn. Bhd.?
J2: Tidak, Buletin HRGroup2u.Net ini merupakan laman blog peribadi sebagai laman promosi dan membantu downline-downline di bawah tajaan M-Stokis Usrah Agro Farm Enterprise (No. Ahli: 022385.MY01).
S3: Siapakah yang boleh melayari laman web ini.?
J3: Sesiapapun boleh melayari laman web http://hrgroup2u.blogspot.com/ ini tidak kira anda M-Stokis, pengedar-pengedar, ahli biasa, downline bukan di bawah tajaan, pelanggan atau bakal pelanggan walaupun ianya bertujuan berkhidmat untuk downline-downline di bawah tajaan kami. Walau bagaimanapun, laman web replika http://www.hrgroup2u.net/ hanya boleh digunakan oleh ahli yang berdaftar dengan kami sahaja.
S4: Apakah faedah menjadi ahli MLM HR dengan kami?
J4: Anda akan dapat membeli produk-produk berasaskan susu kambing yang hangat dipasaran sekarang keluaran HR Marketing Sdn. Bhd. dengan HARGA AHLI dan mendapat BONUS JUALAN disamping faedah-faedah lain yang diberikan oleh syarikat MLM yang disertai. Kami akan membantu anda mencari ahli dan menaja downline secara otomatik kerana kebanyakkan kegagalan pengedar dalam bidang MLM ini ialah GAGAL mencari dan menaja downline. Kami menyediakan Laman Web Replika Autodownline sebagai usaha membantu anda secara PERCUMA.
Anda adalah apa yang anda fikirkan, oleh itu dengan mendaftar sebagai ahli anda boleh menjana pendapatan sampingan dan kerja-kerja menaja dan menjual produk dari rumah ke rumah TIDAK perlu lagi dilakukan kerana anda boleh melakukannya secara ONLINE. Guna Sambil Mempromosi!. Walau bagaimanapun, kami tidak menghalang anda berjumpa dengan bakal pelanggan dan pelanggan anda bahkan kami menggalakkan jika ianya dapat meningkatkan komisen dan prestasi anda.
S5: Saya bukan ahli MLM HR, bagaimana untuk mendaftar menjadi ahli.?
J5: Mudah sahaja, hanya dengan 4 langkah mudah mengambil masa selama 5-10 minit sahaja, sila layari http://www.hrgoup2u.net atau klik pada butang "Daftar Ahli HR" di atas laman web ini. Syarat dan terma mestilah dipatuhi.
S6: Berapakah bayaran untuk menjadi ahli.?
J6: Untuk menjadi ahli dan mendapat keistimewaan sebagai seorang ahli, anda dikehendaki memilih 3 (Tiga) pakej yang disediakan oleh kami seperti di bawah ini. Keahlian anda dan laman web replika akan diaktifkan setelah pengesahan pembayaran dibuat.
1. Pakej Ahli Biasa
Bayaran:
RM40.00 (SM) (Tidak Termasuk Kos Penghantaran +RM5.00)
Anda Dapat:
1 Kotak HiGoat + Bag + Kit + 0PV
2. Pakej Keahlian HiGoat (KH) atau Keahlian Keluarga Sihat (KKS)
Bayaran:
RM220.00 (SM) (Tidak Termasuk Kos Penghantaran +RM10.00)
Anda Dapat:
(KH) 7 Kotak HiGoat + Bag + Kit + 100PV
atau
(KKS) 4 Kotak HiGoat + 2 Kotak SpyHru Cafe + 3 Botol Tablet + Bag + Kit + 100PV
Laman Web Replika Autodownline, bahan-bahan promosi online seperti banner secara PERCUMA dan Pengurusan downline secara PERCUMA.
3. Pakej M-Stokis
Bayaran:
>RM3000.00 (SM) atau >PV1500 (Kos Penghantaran PERCUMA)
Anda Dapat:
Barangan Pilihan Anda dengan nilai RM3000 atau lebih dan Bonus tidak kurang dari PV1500.
Laman Web Replika Autodownline, bahan-bahan promosi online seperti banner secara PERCUMA dan Pengurusan downline secara PERCUMA.
dan
SATU BONUS RAHSIA DARI ADMIN!
S7: Apa kelebihan menjadi ahli dengan kami.?
J7: Banyak kelebihan yang anda akan perolehi selain dari mendapat diskaun harga ahli, contohnya; 1 kotak Susu HiGoat berharga RM36.60 kepada bukan ahli dan anda boleh membelinya dengan harga ahli RM29.90 dan JIMAT RM6.70. Anda juga akan mendapat UNTUNG RUNCIT, BONUS JUALAN sehingga +20%, BONUS KEPIMPINAN dan yang paling penting anda mendapat Laman Web Replika Autodownline di http://www.hrgroup2u.net secara PERCUMA.
S8: Bagaimana laman web replika ini dapat membantu saya.?
J8: Laman Web Replika yang diberikan secara PERCUMA kepada ahli yang berdaftar seperti ini http://www.hrgroup2u.net/username (username digantikan dengan contoh: Muhammad) jika anda mendaftar keahlian dengan kami. Ia merupakan laman web portal "autodownline" dan "shopping cart" yang dapat membantu anda mendapatkan downline tanpa berjumpa dengan orang, mengurus downline anda secara online dan anda/pelanggan anda boleh membeli secara online dimana anda akan mendapat keuntungan dan bonus.
S9: Apa yang perlu saya lakukan dengan laman web replika tersebut.?
J9: Apa yang perlu anda lakukan ialah mempromosikan atau mengiklankan laman web replika anda contohnya http://www.hrgroup2u.net/muhammad dengan banner-banner (link) pelbagai saiz yang telah disediakan oleh kami di mana-mana blog peribadi atau rakan-rakan, iklan berbayar di laman web seperti di harakahdaily.net, malaysiakini.com, utusan.com.my, portal-portal iklan percuma, menggunakan eMel atau menghantar sms alamat pautan (link) tersebut kepada kawan-kawan dan keluarga anda. Mana-mana pembaca yang telah 'klik' atau melayari laman web replika anda dan mendaftar menjadi ahli HR, maka mereka akan menjadi downline anda secara otomatik dan mereka juga akan diberikan laman web replika secara percuma selepas itu. Kerja anda seterusnya ialah membantu mereka.
S10: Apakah konsep perniagaan ini.?
J10: Ini merupakan perniagaan jualan langsung (MLM atau Berbilang Tingkat) dibawah Akta Jualan Langsung 1993 , Lesen Jualan Langsung (Peraturan 4) yang dikeluarkan kepada Syarikat HR Marketing Sdn. Bhd (AJL 931412) . Sebarang pertanyaan berkaitan produk dan syarikat, pengunjung dinasihatkan supaya melayari laman web rasmi Syarikat HR Marketing Sdn. Bhd. di http://www.hrgroup2u.biz/ atau http://www.hrgroup2u.com/.
Manakala, Buletin HRGroup2u.Net dan laman web autodownline http://www.hrgroup2u.net merupakan gabungan atau jaringan usahawan di bawah syarikat MLM yang disertai untuk tujuan promosi dan pengurusan downline sahaja. Kami mengamalkan perniagaan MLM berkonsepkan "Bantu-Di-Bantu".
S11: Syarikat HR Marketing Sdn. Bhd. dan Apakah Produknya?
J11: HR Marketing Sdn. Bhd. adalah syarikat BUMIPUTERA MLM yang disertai, sila klik di sini untuk melihat profile syarikat. Syarikat ini mengeluarkan produk HALAL yang bermutu dan berkualiti berasaskan SUSU KAMBING yang terdiri dari produk Siri Penjagaan Badan, produk Siri Penjagaan Kulit, produk Siri Penjagaan Mingguan, produk Siri Penjagaan Rambut, produk Kosmetik, produk Kelengkapan Rumah dan produk utama Makanan dan Minuman Kesihatan seperti Susu Kambing HiGoat.
Dikemaskini: 19 Ogos 2009