Pages

8/21/2009

Perutusan Pegawai Esekutif HR Marketing Sdn. Bhd.

Syabas dan terima kasih diucapkan kepada para usahawan kerana berjaya menceburkan diri didalam dunia perniagaan HR dan kami memberi jaminan akan sama-sama berusaha bagi mencapai kejayaan secara berterusan. Justeru itu, kita hendaklah menanam cita-cita dan mengambil inisiatif untuk memajukan diri agar menjadi usahawan yang berwibawa. Disamping itu, kita juga harus bersedia menanggung risiko dan sanggup menghadapi cabaran globalisasi di abad ke-21.

Sebagai usahawan, kita adalah tunggak utama dalam memajukan diri dan keluarga seterusnya penyumbang kepada kemakmuran masyarakat dan negara. Kita perlu merebut peluang perniagaan yang ada, mengusahakannya sehingga berjaya dan lebih berjaya. Misi dan matlamat jangka panjang akan membawa perniagaan ke arah kejayaan secara berperingkat.

Kejayaan bersama HR akan dicapai hasil daripada komitmen yang berterusan serta bersedia menyesuaikan diri dengan perubahan. Mereka yang bergelar usahawan adalah orang yang berjaya merealisasikan potensi diri, kebebasan, dan keseronokan menghadapi cabaran dan mengejar impian.

Berilmu dan beramal mestilah dipraktikkan barulah ianya mendatangkan sesuatu yang berharga dan bermakna. Proses ini akan menjadikan kita seorang yang berilmu pengetahuan, berpengalaman serta mempunyai kemahiran yang tinggi.

Kami di HR amat berbangga dengan barisan produk yang berjaya dihasilkan dan sebagai perintis produk berasaskan susu kambing. Setiap siri produk menjanjikan kualiti, bersih, suci dan halal. Pelan pemasaran yang adil dan dinamik juga membolehkan para usahawan untuk mengembangkan pasaran dan perniagaan mereka.

Cemerlang, Gemilang dan Terbilang, hari ini dan bakal mendatang, kita akan bersama-sama kecapi impian untuk kejayaan, disamping berilmu dan beramal dengan harapan akan berjaya bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi juga kepada orang di sekeliling atau rakan kongsi. Jadikan ia sebagai landasan didalam sistem kerja berkumpulan. InsyaAllah kejayaan akan menjadi milik kita.


Tuan Hj. Hashim Jahaya
(Pengerusi Esekutif)

Tuan Hj. Ismail Awang
(Pengarah Esekutif)

0 Komentar:

Post a Comment

Promosi Keahlian:

Semenanjung Malaysia:
1a. Pakej Keahlian Biasa (A) - RM50 + RM9 (Kos Penghantaran)
1b. Pakej Keahlian Biasa (B) - RM50 + RM9 (Kos Penghantaran)
2a. Pakej Keahlian Higoat - RM230 + RM12 (Kos Penghantaran)
2b. Pakej Keahlian Keluarga Sihat - RM230 + RM12 (Kos Penghantaran)
3. Pakej Stokis >RM3000 atau >1500PV

Sabah dan Sarawak:
1a. Pakej Keahlian Biasa - RM60 + RM12 (Kos Penghantaran)
1b. Pakej Keahlian Biasa (B) - RM50 + RM12 (Kos Penghantaran)
2a. Pakej Keahlian Higoat - RM265 + RM22 (Kos Penghantaran)
2b. Pakej Keahlian Keluarga Sihat - RM265 + RM22 (Kos Penghantaran)
3. Pakej Stokis >RM3000 atau >1800PV
 

Pos Terkini

HRGroup2u.net's Fan Box

Usrah Agro Farm Enterprise (SA0109193-T) Copyright © 2009

This Blog is Best Viewed with IE 1024 by 768 pixels. Mozilla Firefox is Not Supported at the moment.

Penafian:
Ini adalah blog peribadi atau blog usahawan "HRGroup2u.Net". Tiada kaitan dengan Syarikat MLM yang disertai. Untuk pertanyaan dan keterangan lanjut mengenai produk, sila hubungi HR Marketing Sdn. Bhd. di talian 04-7711448 atau layari laman web rasmi www.hrgroup2u.com.