Pages

11/04/2009

Web Autodownline www.HRGroup2u.net Satu Wawasan

Hanya selepas 2 bulan laman web autodownline www.hrgroup2u.net ini dilancarkan, lebih dari 100 orang telah berdaftar dan menjadi ahli serta pengedar kami yang aktif.

Tahniah dah Syabas kami ucapkan kepada ahli-ahli, pengedar-pengedar dan stokis-stokis dibawah tajaan HRGroup2u.net ini kerana telah memberikan kepercayaan serta menyokong jaringan usahawan "pengedar susu kambing" ini untuk terus berkembang dan kukuh. Angka 100 bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan buat masa ini tetapi ia telah menjadi satu petunjuk (indicator) bahawa kumpulan ini mempunyai potensi yang amat besar. Masih ada lagi ruang dan peluang untuk terus kekal teguh dan mantap.

Terus terang saya katakan bahawa pihak pengurusan www.hrgroup2u.net (dan stokis kami) masih lagi menghadapi masalah dalam menguruskan pendaftaran ahli, penghantaran barang dan membuat pengesahan pembayaran oleh ahli. Stok barang juga selalu kekurangan (kehabisan) kerana tidak dapat melayani (cater) permintaan yang terlalu tinggi dengan modal kami yang sedikit. Segala masalah dan kelemahan ini akan kami atasi dan perbaiki sebaik mungkin. Kami akan tingkatkan keupayaan kami menyimpan stok dengan lebih banyak lagi dan melantik stokis-stokis baru menyertai kami supaya bekalan barang tidak akan terputus.

Masalah ini akan dapat diatasi sekiranya kami dapat melantik sekurang-kurangnya seorang stokis di setiap buah negeri di Malaysia. Kami menjemput ahli-ahli atau pengedar-pengedar kami yang mempunyai modal untuk menaik taraf "upgrade" keahlian dan menjadi stokis seterusnya menjadi sebahagian dari pihak pengurusan HRGroup2u.net (menguruskan penghantaran barang).

Kami juga akan memperbaiki mutu perkhidmatan laman web dan cuba memberikan yang terbaik kepada ahli-ahli serta pengedar-pengedar dan segala masalah yang timbul kami mohon jutaan maaf kerana kumpulan ini masih lagi baru. Walau bagaimanapun, sambutan dari ahli-ahli dan pengedar-pengedar kami yang diluar jangkaan (merujuk kepada statistik) menyebabkan kami lebih "komited" untuk berusaha memperbaiki mutu perkhidmatan kami. Kami juga yakin bahawa kita boleh melangkah dengan lebih jauh lagi.

Untuk pengetahuan anda semua, kami juga sedang berusaha untuk mendapatkan sekurang-kurangnya seorang wakil yang boleh menjadi "trainer" dan pergi menghadiri kursus supaya boleh menjadi motivator bagi kumpulan ini. Kami juga sedang berusaha untuk mendapatkan bantuan dari pihak syarikat HR Marketing Sdn. Bhd. dan Upline untuk memberikan kursus (speech), latihan, motivasi, strategi pemasaran "marketing strategy" dan sebagainya khas kepada ahli-ahli dan pengedar-pengedar dari kumpulan ini melalui perjumpaan-perjumpaan yang akan dianjurkan. Komitmen dan sokongan dari semua pihak amat diperlukan.

Setiap individu yang telah menyertai kumpulan ini telah memainkan peranan mereka sama ada mengekalkan belian (PV=60) untuk layak mendapatkan bonus setiap bulan, mempromosi laman web www.hrgroup2u.net atau menaja ahli-ahli baru. Sekali lagi pihak pengurusan ingin mengucapkan syabas dan terima kasih kerana memberikan sokongan padu kepada kami.

Tekat sulaman dari Jawa,
Cantik tersimpan di dalam peti,
Suburkan iman tingkatkan taqwa,
Koreksi diri sucikan hati.

Burung kenari si burung tempua,
Terbang berkawan ke Tanah Betawi,
Rasul inspirasi ikutan semua,
Cetuskan hijrah menuju ukhrawi.

Indah laman dihias jambangan,
Unggas hinggap di hujung titi,
Teguh iltizam kibar perjuangan,
Jatuh bangun usah berhenti.

Duduk bersimpuh beratap rumbia,
Mentari pagi tinggi segalah,
Ujian menimpa tanda Kasih-Nya,
Lestari usaha jangan mengalah.

0 Komentar:

Post a Comment

Promosi Keahlian:

Semenanjung Malaysia:
1a. Pakej Keahlian Biasa (A) - RM50 + RM9 (Kos Penghantaran)
1b. Pakej Keahlian Biasa (B) - RM50 + RM9 (Kos Penghantaran)
2a. Pakej Keahlian Higoat - RM230 + RM12 (Kos Penghantaran)
2b. Pakej Keahlian Keluarga Sihat - RM230 + RM12 (Kos Penghantaran)
3. Pakej Stokis >RM3000 atau >1500PV

Sabah dan Sarawak:
1a. Pakej Keahlian Biasa - RM60 + RM12 (Kos Penghantaran)
1b. Pakej Keahlian Biasa (B) - RM50 + RM12 (Kos Penghantaran)
2a. Pakej Keahlian Higoat - RM265 + RM22 (Kos Penghantaran)
2b. Pakej Keahlian Keluarga Sihat - RM265 + RM22 (Kos Penghantaran)
3. Pakej Stokis >RM3000 atau >1800PV
 

Pos Terkini

HRGroup2u.net's Fan Box

Usrah Agro Farm Enterprise (SA0109193-T) Copyright © 2009

This Blog is Best Viewed with IE 1024 by 768 pixels. Mozilla Firefox is Not Supported at the moment.

Penafian:
Ini adalah blog peribadi atau blog usahawan "HRGroup2u.Net". Tiada kaitan dengan Syarikat MLM yang disertai. Untuk pertanyaan dan keterangan lanjut mengenai produk, sila hubungi HR Marketing Sdn. Bhd. di talian 04-7711448 atau layari laman web rasmi www.hrgroup2u.com.