
April 2009 merupakan detik yang bermakna buat dirinya, apabila menyertai HR Marketing setelah diperkenalkan oleh rakannya. Azamnya ingin menjalankan perniagaan jualan langsung dengan bersungguh-sungguh demi mencapai matlamat merubah kehidupan keluarganya. Anaknya turut sama membantu dalam mendapatkan modal dalam memulakan perniagaan tersebut. Ustaz Omar berusaha menggiatkan usaha pemasarannya melalui pengiklanan, berjumpa dengan seberapa ramai yang berminat dalam jualan langsung dan mengedarkan "flyers".
Bagi Ustaz Omar, demi menjadi usahawan yang berjaya, seseorang itu perlu ada semangat yang kuat, tidak mudah mengalah dengan kritikan dalam menjalankan perniagaan. Beliau berpendapat, kejayaan tidak akan dicapai tanpa usaha dan strategi yang jelas. Moto hidupnya adalah, "Genggam Bara Api Biar Sampai Menjadi Arang".
3 resepi utama kejayaan yang dipegang oleh Ustaz Omar ialah, pertama, mulakan dengan kesedaran dan kemahuan diri yang bersungguh-sungguh. Kedua, tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk mengadakan perjumpaan, cukup sekadar di kedai kopi, rumah, kaki lima jalan atau tempat-tempat yang menjadi tumpuan orang ramai. Ketiga, jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam membuat keputusan dan tindakan. Dalam menjalankan perniagaan ini hubungan mesra antara pelanggan mestilah dititik beratkan.
Ternyata kini Ustaz Omar mampu menarik nafas lega kerana berjaya membebaskan diri dari belenggu hutang dan menikmati kehidupan yang selesa.
CA DD Ustaz Omar Jaafar
Sumber: Metro Ahad, 27 Februari 2011
1 Komentar:
Tahniah kepada CA DD Ustaz Omar Jaafar. Mentor dan Upline Rangkaian HRGroup2u.net.
Post a Comment