Pages

3/24/2011

Nasi Lemak Kopi SpyHRu

Hujan lebat mencurah-curah tak henti-henti seawal pagi hari Selasa. Sempat membeli 3 bungkus nasi lemak di gerai "Cik T" di persimpangan tepi jalan nak memasuki ke kawasan taman perumahan Blok 16, Bandar Tasik Puteri. 3 bungkus nasi lemak telur goreng mata kerbau semuanya berharga RM4.50 untuk isteri, anakku yang berusia 4 tahun yang masih lagi belum bersekolah dan untuk santapan diriku di pagi yang sejuk dingin ini.

Isteriku membancuh secawan kopi SpyHRu panas untuk ku. Sambil menatap komputer riba membaca kisah John Terry yang akan kembali meneraju pasukan bola sepak England yang sebelum ini telah disingkirkan kerana pendedahan yang dibuat oleh akhbar tentang kehidupan peribadinya yang bermasalah.

Beliau berkata penyertaan dirinya semula sebagai Kapten England mungkin tidak akan disenangi oleh rakan-rakan sepasukan tetapi itu bukanlah menjadi satu halangan kepada beliau. Beliau, kapten pasukan yang berpengalaman menyahut cabaran bahawa akan gigih dan mengikuti apa sahaja yang telah direncana oleh jurulatih pasukan Fabio Capello dan untuk kebaikan pasukannya.

Sekali-sekala aku menyudu nasi lemak ke mulut sambil menghirup kopi SpyHRu panas perlahan-lahan. Memang enak dan lazat sambil membaca perkembangan sukan tanah air dan luar negara. Bola sepak memang menjadi sukan 'favorite'ku sedari kecil. Semasa zaman persekolahan, aku telah terpilih mewakili sekolah untuk perlawanan bola sepak Majlis Sukan Sekolah-sekolah Negeri Johor (MSSJ). Tapi bakatku terkubur, aku hanya mampu meneruskan di peringkat MSSJ sahaja kerana ayah dan ibuku lebih mementingkan akademik anaknya dari menjadi seorang pemain bola sepak profesional. Aku akur dengan kehendak ayah dan ibuku kerana aku juga bercita-cita ingin menjadi seorang jurutera. Alhamdulillah, cita-citaku tercapai dan terlaksana sebagai seorang jurutera komputer apabila aku berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti dan memperolehi ijazah pertama, namun ia tidak melunturkan minatku terhadap sukan bola sepak.

Terry dan England dengan misinya untuk menang pada perlawanan Sabtu ini menentang Wales di Stadium Millennium manakala aku dengan misiku selepas ini untuk meneruskan berkarya dan mengemaskini blog promosi susu kambing HiGoat, "Buletin HRGroup2u.net" sambil menyemak dan mendaftarkan keahlian baru bisnes MLM yang sedang aku ceburi secara sepenuh masa sekarang.

Tanpa aku sedari, hujan lebat sudah lama berhenti. Nasi lemakku sudah tinggal pada sudu yang terakhir dan air kopi SpyHRu yang kian sejuk sudah tinggal seteguk dua. Memang asyik bila membaca berita sukan sambil menikmati santapan pagi nasi lemak kopi SpyHRu ini.

Baca Lanjut dan Komen...

3/23/2011

Gadis Pengembala Kambing Menggeggar Dunia - Desert Flower

Waris Dirie (Desert Flower) dilahirkan di perkampungan tradisi Somalia. Pada ketika usianya 13 tahun, dia telah melarikan diri membantah perkahwinan yang telah diatur oleh keluarganya. Dia telah dipaksa untuk berkahwin dengan seorang lelaki tua yang umur seusia dengan datuknya. Berhari-hari dia berjalan dalam pelarian merentasi gurun untuk sampai ke rumah neneknya di Mogadishu.

Dirie berhijrah pula ke Kota London yang sangat asing bagi dirinya. Sanggup menghambakan diri bekerja di kedutaan Somalia di London dan sanggup berbuat apa sahaja supaya tidak dihantar pulang ke negara asalnya.

Sekian lama di Kota London, sahabatnya yang baik yang mengajarnya dan membantunya membuat penampilan baru. Mengubah cara dia berpakaian dan dia sudah mula pandai bergaya.

Terence Donaldson, seorang pengarah fotografi fesyen mengambil Dirie sebagai modelnya dan sangat yakin dengan kecantikan Dirie. Terence terjumpa dengan Dirie di sebuah restoran makanan segera di mana tempat dia bekerja. Terence kemudian membawanya ke studio untuk sesi fotografi. Dirie rasa begitu kekok sekali dan tidak selesa ketika berada di hadapan kamera.

Memang benar telahan Terence. Satu perubahan yang sangat hebat berlaku ke atas diri Dirie. Dahulunya seorang gadis Somalia yang miskin dan berani lari dari keluarganya di Somalia belayar hingga ke London hidup susah dan merempat di Kota London. Kini Dirie telah menjadi seorang "super model" antarabangsa terkenal yang mendapat tempat dan sanjungan pereka-pereka dan pengarah-pengarah pertunjukan fesyen dunia.

Selepas berjaya menjadi model terkenal dan mengenali akan potensi dirinya, dia kini terbang ke serata dunia menjadi Duta UN setelah dilantik oleh Setiausaha Agung UN, Kofi Anan. Dirie menubuhkan Desert Flower Foundation untuk memperjuangkan dan mewujudkan kesedaran dunia tentang bahaya FGM.


p/s: Tidak mahu komen tentang FGM dan Desert Flower Foundation. Tulisan di blog ini hanya mengkagumi filem kisah benar seorang gadis Somalia pengembala kambing berhijrah ke Kota London sehingga menjadi "top supermodel". Sebuah filem Anugerah Oscar arahan Sherry Horman dan lakonan hebat Liya Kebede dan Sally Hawkins dari novel "best seller" Waris Dirie dan Catleen Miller.

Baca Lanjut dan Komen...

3/21/2011

Senyuman Yang Tidak Ikhlas

Bertemu seorang sahabat tetapi terdetik di hati akan kelainan senyumannya kali ini. Senyumannya seolah-olah tidak ikhlas, tawar dalam keterpaksaan dan penuh dengan kepura-puraan. Tidak banyak berkata-kata lantas sikapnya yang berubah tidak seperti lazimnya ceria dan peramah.

Kenapa senyumannya kali ini hilang roh keikhlasan dan kemesraan.? Adakah ada kesalahan yang aku lakukan selepas pertemuan terakhir kami malam minggu yang lepas di Restoran Western Food "Traffic Light" menyebabkan sikapnya begitu rupa. Adakah dia melemparkan senyuman hanya kerana senyum itu merupakan sedekah, senyum itu rahsia awet muda dan pemanis wajah sahaja.?

Sebelum sempat aku bertanya khabar, tersembur keluar dari mulutnya kata-kata ini, "Kenapa hang renung aku macam tu.? Aku sakit gigilah." sambil menunjukkan pipinya yang bengkak. Spontan aku tergelak dan membalas kata-katanya, "Allah, aku ingat hang marah kat aku tadi, senyum pun lain macam aje".

Terjalin semula kemesraan secara tiba-tiba. Kami meneruskan bual bicara kosong menceritakan kisah kemenangan Datuk Lee Chong Wei mengalahkan musuh tradisi Lin Dan mengekalkan kejuaraan Kejohanan Badminton perseorangan Piala All-England. Tidak seperti biasa, dia yang selalunya lebih banyak berbicara hanya mampu kali ini tersenyum sengeh sambil menyorokkan kesakitan gigi dan pipinya yang bengkak. Sekali-sekala menggangguk-anggukkan kepala sambil menyeringai dan bersetuju dengan apa sahaja kataku tanpa bantahan. Memang lucu tatkala dia menunjukkan jam tangannya menyatakan yang Chong Wei mendapat hadiah jam tangan peribadi pemberian Datin Seri Rosmah Mansor, penaung Persatuan Badminton Negara. Kelekaan kami bersembang terhenti lantas dia meminta izin untuk pulang kerana tidak tahan menanggung derita sakit gigi yang semakin menyengat-nyengat.

Aku walaupun seusia dengannya melewati umur tiga puluhan tapi aku bersyukur kerana kesemua gigi dan gusiku masih lagi sihat. Aku bukanlah orang yang suka berjumpa dengan doktor gigi. Fobia dari pengalaman masa lampau kecilku ketika arwah ayah membawa aku berjumpa dengan doktor gigi klinik kerajaan untuk mencabut gigi susuku yang berlubang kesan banyak makan gula-gula manis dan malas memberus gigi. Kesan dari pengalaman ini aku mula belajar dan amat menggambil berat aspek kebersihan dan penjagaan gigi dengan menjaga pemakanan dan menggunakan berus gigi serta ubat gigi yang sesuai dan yang terbaik.

Alhamdulillah, ubat gigi Hi-Smile menjadi pilihanku kerana ia dapat membantu menjaga gigi dan gusiku dengan baik. Kandungan empat elemen penting, ekstrak kayu sugi, teh hijau, susu kambing terpilih dan campuran madu menjadikan gigiku putih dan gusiku kuat dan sihat disamping memberikan bau nafas yang segar. Mana mungkin kita dapat memberikan senyuman yang menarik jika gigi dan gusi kita tidak dijaga dengan baik.?

Baca Lanjut dan Komen...

Puteriku Berbedak Harum 'Fairy Tale'

Wajah Si Puteri kecil "beauty most wanted" berbedak memang amat menarik hati dan melucukan. Belum pandai lagi berdandan solek dengan mekap ala 'model gedik' lenggok pinggul yang leper dan pinggang ramping memperagakan pakaian di atas pentas raga tontonan ramai penggiat seni reka pakaian dan usahawan besar gedung pakaian dan kosmetik terkenal. Lantas sifat kewanitaan sedari kecil telah menampakkan bahawa Si Puteri memiliki naluri menghargai kecantikan yang dimilikinya.

Seperti diajar-ajar selepas sahaja sudah mandi lewat pagi, Si Puteri berusia dua tahun ini akan terus menuju ke meja solek cermin ibunya dan mencapai berus sikat dan bedak HR 'Fairy Tale' yang dibeli oleh ibunya.

Terus sahaja memulas penutup bedak, menuangkan sebanyak-banyaknya bedak tersebut di atas tapak tangan kecilnya dan menyapu ke pipi putih gebu yang lembut. Aduh, sungguh galak dan seronok melihat gelagat Si Puteri bedak HR 'Fairy Tale' ini sehingga wajah bersih yang masih lagi belum dikeringkan selepas mandi menjadi comot bertompok-tompok dek bedak.

Agaknya dia merasa puas dan selesa atau spontan sahaja meniru gelaggat dan aksi kakak-kakaknya tanpa mengetahui tujuan sebenar berbedak harum. Biarkan sahaja melihat peri laku puteriku ini sambil mendengar bebelan ibunya. Naluri kewanitaan sebegini seharusnya dibimbing dan dipupuk sedari kecil supaya Si Puteri dapat menghargai kecantikan anugerah Allah supaya dia dapat berterima kasih dan mengenali tuhan yang menciptakan.

Melihat Si Kecil puteriku ini akan terasa ingin memeluk dan mencium sahaja pipinya yang harum dan lembut. Si Puteri tidak pula takut akan larangan dan bebelan ibunya supaya tidak bermain-main dengan bedak HR 'Fairy Tale' tersebut dan menumpahkannya dari celah jejari montelnya ke atas lantai permaidani merah buatan Mesir yang dibeli di sebuah gedung permaidani terbesar di Kuala Lumpur bahkan tidak sahaja mahu melepaskannya dari genggaman. Terus sahaja selepas menyapukan bedak di pipi, Si Puteri lantas menuju ke cermin melihat wajahnya lalu tersenyum.

Menjeling pula pada Si Ibu, Si Ibu pula sedang menarik nafas panjang lantas melontarkan senyuman melihat gelagat Puterinya. Mana tidak tumpahnya kuah jikalau tidak ke atas nasi.

Baca Lanjut dan Komen...

Promosi Keahlian:

Semenanjung Malaysia:
1a. Pakej Keahlian Biasa (A) - RM50 + RM9 (Kos Penghantaran)
1b. Pakej Keahlian Biasa (B) - RM50 + RM9 (Kos Penghantaran)
2a. Pakej Keahlian Higoat - RM230 + RM12 (Kos Penghantaran)
2b. Pakej Keahlian Keluarga Sihat - RM230 + RM12 (Kos Penghantaran)
3. Pakej Stokis >RM3000 atau >1500PV

Sabah dan Sarawak:
1a. Pakej Keahlian Biasa - RM60 + RM12 (Kos Penghantaran)
1b. Pakej Keahlian Biasa (B) - RM50 + RM12 (Kos Penghantaran)
2a. Pakej Keahlian Higoat - RM265 + RM22 (Kos Penghantaran)
2b. Pakej Keahlian Keluarga Sihat - RM265 + RM22 (Kos Penghantaran)
3. Pakej Stokis >RM3000 atau >1800PV
 

Pos Terkini

HRGroup2u.net's Fan Box

Usrah Agro Farm Enterprise (SA0109193-T) Copyright © 2009

This Blog is Best Viewed with IE 1024 by 768 pixels. Mozilla Firefox is Not Supported at the moment.

Penafian:
Ini adalah blog peribadi atau blog usahawan "HRGroup2u.Net". Tiada kaitan dengan Syarikat MLM yang disertai. Untuk pertanyaan dan keterangan lanjut mengenai produk, sila hubungi HR Marketing Sdn. Bhd. di talian 04-7711448 atau layari laman web rasmi www.hrgroup2u.com.