Pages

4/30/2011

Selamat Hari Pekerja 2011

Esok 1 Mei 2011 adalah cuti umum 'Hari Pekerja' atau dikenali sebagai 'Hari Buruh' yang disambut setiap tahun di Malaysia. Tahun ini adalah tahun pertama aku tidak menyambut Hari Perkerja. Sebenarnya tak ada keperluan pun untuk aku menyambutnya atau mengingatinya. Sebab aku memang sudah setahun berhenti dalam erti kata "buat kerja" atau bekerja untuk orang lain. Hanya, sekadar ingin mengucapkan "Selamat Hari Pekerja" kepada rakan-rakan yang masih bekerja. Termasuk team member yang bekerja untuk aku dan yang terlibat menjayakan perniagaan aku termasuklan pemandu lori yang menghantar barang perniagaan aku, kerani Pejabat Pos, pekerja di pam minyak, pegawai Bank yang menguruskan akaun aku, pelayan yang menyediakan makanan untuk aku di restoran ketika aku melayan prospek, guru-guru yang mengajar dan mendidik anak-anak aku di sekolah dan sesiapa sahajalah yang telah menjadi team member yang terlibat dan bekerja untuk aku secara langsung dan tak langsung.

Sekarang aku adalah seorang usahawan yang berjaya yang bekerja untuk diriku sendiri. Pendapatan aku, aku tentukan sendiri, 1 ribu, 5 ribu, 30 ribu atau 100 ribu ringgit sebulan tidak mustahil dan memang sudah ada yang terbukti. Masa kerja aku, aku tentukan sendiri samada nak masuk kerja pukul  8 pagi, 8 malam atau bekerja 8 jam sehari, 1 jam sehari terpulanglah kepada aku. Cuti aku, aku tentukan sendiri tak payah bersusah payah nak minta dan tunggu kelulusan boss besar atau taukey yang duduk di kerusi empuk bilik berhawa dingin. Terpulanglah, kalau aku rajin aku dapat pendapatan yang banyak dan jika aku malas aku dapat pendapatan yang sedikit. Bonus pula aku boleh dapat hari-hari, mingguan dan bulanan manakala orang yang bekerja mengharapkan bonus sedikit hujung tahun sahaja itupun ditentukan oleh pencapaian dan kecemerlangan kerja untuk tempoh 12 bulan, kasihan mereka sekiranya mereka telah melakukannya dengan cemerlang selama 11 bulan tapi tidak cemerlang untuk sebulan maka mereka dikira sebagai seorang pekerja yang tidak cemerlang. Tapi, apa yang paling penting ialah tiada siapa yang boleh mengarah, menyuruh dan memarahi aku kini. Semuanya aku tentukan sendiri.

Seronoknya apabila kita boleh tentukan sendiri perjalanan hidup kita, masa kita, pendapatan kita dan aktiviti kita. Tak ada istilah 'boss' dan istilah 'kuli'. Kitalah boss dan kitalah kuli. Dah tak perlu nak merungut lagi gaji yang diberikan sedikit, kerja yang banyak, selalu dimarahi atau dimakin hamun akibat alasan remeh datang lambat ke tempat kerja lantas menyalahkan sistem jalan raya yang tak baik menyebabkan traffic jam. Masa bersama keluarga juga banyak. Kalau dulu aku tercari-cari masa kualiti untuk bersama keluarga, tetapi sekarang setiap masa aku ada bersama keluarga dan setiap masa adalah kualiti. Walau bagaimanapun, aku tak pernah merendahkan martabat orang yang bekerja. Mereka bekerja untuk boss mereka dan bukan untuk diri mereka sendiri. Tetapi mereka ini tetap menyumbang kepada ekonomi negara dan kemakmuran mencari sesuap nasi membesarkan anak-anak dan menyara keluarga dengan rezeki yang halal. Itu adalah pilihan mereka dan mereka berhak menentukan. Ada yang berjaya dan ada yang merungut dan terus merungut. Tetapi tiada siapa yang dapat merubah keadaan kecuali diri kita sendiri. Jika itu sudah menjadi pilihan kita, teruskan usaha dan lakukannya dengan ikhlas dan berhenti merungut. Jika kita inginkan perubahan, ingat, masa tidak akan menunggu kita dan HANYA KITA YANG MAMPU MERUBAH KEADAAN kepada yang lebih baik dan bermakna. Justeru, bertindaklah dengan segera.

Aku pula telah membuat keputusan untuk tidak merungut tetapi membuat pilihan aku sendiri untuk mengubah hidup yang penuh dengan sindrom 'denial' iaitu menafikan yang hidup kita susah, pendapatan tidak cukup, bukan tidak mahu bersyukur tetapi memang kerana gaji yang kita dapat sememangnya tidak mencukupi dan hidup dalam keadaan defisit walaupun pekerjaan kita itu dikatakan "BAGUS". Aku memilih untuk menentukan laluan hidupku sendiri yang lebih baik dengan menjalankan perniagaan kerana aku percaya dengan berniagalah aku boleh menentukan segalanya. Pendapatan, masa dan impian boleh aku rangka dan usahakan sendiri untuk mencapainya tanpa rungutan dan rezekinya lebih baraqah. Inilah yang dikatakan "KEBEBASAN".

Kebebasan KEWANGAN, kebebasan MASA dan pencapaian IMPIAN yang nyata. Tiada lagi kerja-kerja rutin seharian di pejabat yang membosankan yang memberikan aku pulangan gaji yang tidak mencukupi dan tenaga yang dikeluarkan pula tidak terhad, bekerja lebih masa dari yang sepatutnya dan mengikut arahan tanpa boleh memberikan alasan walaupun ketika kita tidak sihat atau tidak bersemangat.

Alhamdulillah, aku membuat keputusan yang tepat dengan berhenti setahun yang lalu sebagai seorang 'pekerja' walaupun aku sudah mendapat pendapatan lima angka. Sekarang aku sudah mendapat pendapatan yang sama ketika aku bekerja dulu bahkan semakin meningkat setiap bulan, lebih cemerlang, lebih berbaloi, tetapi apa yang paling berharga ialah aku mendapat 'KEBEBASAN' dan 'KEPUASAN DIRI'.

Selamat Hari Pekerja.
Baca Lanjut dan Komen...

4/23/2011

Berhenti Dari Terus Bercakap, Dengar dan Fahamkan!

Kadang kala apabila anda melakukan 'prospecting', anda sering melakukan kesilapan. Oleh kerana terlalu teruja untuk bercerita dan berkongsi tentang produk dan bisnes anda yang sangat hebat, anda terlupa kemahuan bakal pelanggan anda yang sebenarnya dan berkesudahan dengan kegagalan mendapatkan pelanggan baru.

Untuk memulakan dan memandu perbualan, anda boleh menggunakan kaedah ini iaitu bertanya tentang keluarga, pekerjaan, kesihatan dan kedudukan kewangannya. Tetapi perkara yang paling penting ialah anda BERHENTI dari terus bercakap, biar dia yang bercerita dan anda MENDENGAR dengan tekun dan teliti dan cuba memahami ceritanya terlebih dahulu. Biarkan dia bercerita, gunakan bahasa badan dan pandangan mata ke mata untuk mengiakan ceritanya sambil mencari 'point' untuk memberikan pandangan dan cadangan kerana peluang itu datang dari sesuatu permasalahan. Apabila kita menjadi seorang pendengar yang bagus, sudah tentu mereka akan menerima pandangan dan cadangan kita nanti kerana mereka akan percaya dan yakin dengan kita bahawa kitalah orang yang boleh membantu menyelesaikan masalah kalaupun tidak pada hari ini pada hari-hari akan datang (mungkin mereka susah untuk berterus-terang pada pertemuan kali pertama).

Misalnya, sekiranya dia bercerita bahawa dia menghadapi masalah kesihatan, maka inilah peluang untuk anda membantu beliau kerana anda menjual produk kesihatan seperti susu kambing HiGoat yang terbukti baik dapat membantu menyembuhkan pelbagai penyakit. Sekiranya beliau sihat tetapi ada masalah kewangan, maka anda perlu berkongsi cerita pendapatan anda dari bisnes ini kepada beliau kerana mungkin beliau berminat dan ia dapat membantu beliau menyelesaikan masalah kewangan. Perkara topik perbualan memang tidak akan lari dari dua perkara ini, kesihatan dan kewangan. Ada masalah dan ada jawapan kepada pemasalahan.

Pada suatu hari seorang Profesor datang melawat ke sebuah kuil Buddha. Seorang Sami menyambut Profesor tersebut dan menuangkan secawan air di dalam cawan yang sudah penuh dengan air sehingga air tersebut tumpah ke atas lantai. Profesor tersebut hairan dan bertanya kepada Sami tersebut. Kenapa tuan menuang air ke dalam cawan yang sudah penuh berisi air.? Jawab Sami tersebut, anda seorang Profesor yang banyak ilmu dan pendapat. Tetapi sebelum anda berkata-kata kepada saya, terlebih dahulu anda kosongkan minda anda seperti cawan tersebut kerana ia perlu kosong sebelum dapat dituangkan air.

Apa pun bisnes yang kita ceburi, kita sebenarnya terlibat dalam bisnes pendidikan (education business). Kita tanpa sedari sedang mendidik pelanggan kita ilmu tentang penyakit, produk, menjana pendapatan dan mendidik beliau untuk kaya dan berjaya. Tetapi sebelum kita boleh mendidik mereka, kita sendiri perlu 'kosongkan minda' kita dan letakkan perhatian penuh kita kepada mendengar pemasalahan mereka terlebih dahulu. Apabila kita berjaya mendengar dan memahaminya dengan baik, nescaya kita akan berjaya memenuhi kehendak mereka dan 'prospecting' kita akan berjaya.

Baca Lanjut dan Komen...

4/21/2011

Potensi Bukan Keuntungan

Hari ini saya ingin memberikan tip dan berkongsi bagaimana corak pemikiran saya dan apa yang mendorong saya membuat sesuatu keputusan apabila mula ingin menceburkan diri dalam bisnes. Dari seorang pekerja (jurutera profesional) kini menceburkan diri sepenuhnya dalam bidang bisnes "kambing".

Perkara pokok yang saya fikirkan atau mungkin datang secara tiba-tiba ialah PELUANG. Ya, saya melihat peluang itu memang banyak dan ada di mana-mana sahaja justeru kita mestilah menilainya dengan baik seperti kata HAMKA.

Peluang yang besar itu datang secara tiba-tiba, datang tidak menentu masa, datang disaat kita kesempitan atau kesusahan. Nilailah peluang itu dengan secara bijaksana. Rebutlah peluang yang besar itu, kerana peluang yang besar itu boleh berlalu dengan tiba-tiba. Jangan jadikan Seribu Alasan untuk tidak merebut peluang yang besar itu!

- Allahyarham Prof. Dr. Hamka (Buya Hamka)


Perkara kedua yang menjadi kriteria pemilihan saya ialah IDEA. Bagaimana saya melihat 'idea bisnes' itu tak kiralah idea saya sendiri atau orang lain sangat unik dan lain dari yang lain justeru rangkaian produk atau perkhidmatan yang bakal dihasilkan pasti akan sangat-sangat diperlukan oleh pengguna atau pembeli nanti. Bagi saya idea adalah perkara yang paling mahal dan tak ternilai dimana idea bisnes yang unik dapat merubah dunia dan tidak semua orang memiliki idea-idea yang sama. Mungkin juga terlintas idea yang sama tetapi tidak semua merebut peluang mencipta kejayaan dengan idea tersebut.

Perkara ketiga yang menjadi faktor paling penting bagi ketiga-tiga corak pemikiran saya tersebut ialah POTENSI. Jika kita ingin menceburkan diri dalam bisnes tak kira bisnes konvensional atau bisnes 'networking', kita perlu melihat kepada potensi perniagaan tersebut bukan keuntungan semata-mata. Jika perniagaan tersebut mempunyai idea yang baik, peluang yang baik dan akan diterima oleh masyarakat serta potensi bisnes yang cerah untuk maju dengan mempunyai bakal prospek yang ramai, sudah tentu keuntungan akan datang kemudiannya.

Apabila ketiga-tiga perkara yang saya sebutkan di atas ada dalam kriteria penilaian membuat keputusan menceburkan diri dalam bisnes, menurut susunan kepentigannya barulah saya fikirkan tentang modal, pelan pemasaran, tindakan, mengembangkan bisnes dan keuntungan.

Alhamdulillah, saya telah memilih untuk menceburkan diri dalam bisnes berasaskan susu kambing dan daging kambing. Ya memang sudah ramai penternak yang menjual susu kambing segar dalam botol dan menjual kambing sama ada sebagai baka atau daging. Tetapi saya melihat idea bisnes HR Marketing Sdn. Bhd. (HRM) sebagai unik dan berani. HRM merupakan syarikat pertama yang berjaya mengeluarkan produk kosmetik dan penjagaan diri dari susu kambing, susu tepung seperti susu kambing HiGoat yang pertama di pasaran dan produk-produk lain daripada susu kambing. Syarikat memiliki potensi bisnes yang besar jika syarikat benar-benar komited dalam pengeluaran dan pemasaran.

Setelah saya menyertai syarikat ini selama hampir 2 tahun, memang benar apa yang saya fikirkan dulu. Syarikat berkembang dengan baik, produk diterima ramai kerana ia yang pertama seumpamanya. Pengguna produknya meningkat dan syarikat berjaya melahirkan usahawan-usahawan (pengedar dan stokis) yang berjaya, usahawan jutawan dan ramai usahawan yang mendapat pendapatan melebihi lima angka sebulan dari perkongsian bijak idea, peluang dan potensi tersebut. Tidak termasuk ramai pengguna-pengguna yang sihat dan sembuh dari penyakit yang menggunakan produk keluarannya.

Saya ingin berkongsi sedikit perkembangan, syarikat juga telah maju setapak lagi apabila kilang baru tambahan bakal dibina di tapak seluas 32 ekar dan kini memasuki pasaran Thailand dan Indonesia. Bina 'Empayar Perniagaan' anda bersama HRM. HRM sedang mengambil alih HUB HALAL kawasan Utara di Paya Pahlawan, Jitra Kedah bernilai lebih RM40 juta. Kini dalam proses pengambilalihan, pembinaan dan pembangunan. Masyarakat terutama ahli-ahli HR akan menikmati faedah dan keuntungan ini. POTENSI bisnes yang sangat hebat sedang dan akan dilaksanakan.

Produk-produk baru seperti burger daging kambing, sosej daging kambing, nugget daging kambing dan mayonis dari susu kambing akan dikeluarkan tidak lama lagi sekali dengan pelancaran Cafe HR. Justeru, jangan anda lepaskan peluang ini. Ayuh, sertai kami dalam bisnes yang AMAT BERPOTENSI ini sebagai usahawan HR yang kaya dan berjaya.

Lawati laman Web ONLINE Bisnes saya di sini.
Baca Lanjut dan Komen...

4/15/2011

Promosi Kelab Kambing Emas

PROMOSI
KELAB KAMBING EMAS

GOLD GOAT CLUB ™
PROMOTION



PROMOSI BERMULA
15 APRIL 2011



Pakej Percutian Kelab Kambing Emas UMRAH
- Mengumpul 140 Mata

Pakej Percutian Kelab Kambing Emas AUSTRALIA
- Mengumpul 120 Mata

Pakej Percutian Kelab Kambing Emas BEIJING
- Mengumpul 60 Mata

Pakej Percutian Kelab Kambing Emas PHUKET
- Mengumpul 40 Mata





Misi dan Matlamat:

1. Melahirkan usahawan HR yang berkualiti dan berdaya saing.

2. Mewujudkan kerjasama yang padu diantara usahawan HR.

3. Memberi lebih banyak ganjaran kepada ahli Kelab Kambing Emas.




Syarat dan Kelebihan Menyertai Kelab Kambing Emas:

1. Satu pin keahlian "Gold Goat Club"

2. Nama dan No. HP anda disenarai dalam surat khabar Metro Ahad

3. Boleh menyertai Program Interaksi GGC HRM secara Percuma

4. Setiap kali pembelian Pakej GGC, anda akan mendapat tambahan 5% (600PV x 5%)

5. Boleh menikmati hak istimewa pembelian ke atas apa-apa promosi anjuran HRM dari masa ke semasa

6. Menikmati kemudahan 'keyin' keahlian HR dalam sistem online anda

7. Berpeluang melayakkan diri mengikut Pakej Percutian & Pelancongan anjuran HRM (Kumpul Mata)
a. Anda harus menjadi ahli GGC sebelum memperkenalkan kepada ahli yang lain
b. Setiap pembelian pakej (repurchase), anda mendapat 1 Mata Ganjaran
c. Setiap penaja (introducer) yang memperkenalkan Pakej GGC akan menerima 1 Mata Ganjaran
d. Ahli yang mewujudkan jualan kumpulan semasa (1800PV) menerusi pakej ini layak mencapai Pangkat Esekutif

8. Pakej Percutian yang ditawarkan tidak boleh ditebus dengan nilai mata wang/tunai/poduk

9. Setiap ahli HR boleh memperkenalkan Pakej GGC kepada semua ahli tanpa mengira mana-mana kumpulan tajaan


Pertanyaan & Penyertaan, Sila Hubungi:

Mahfuz Hj. Jaffar
Mobile: 016 - 3153251
eMel: hgroup2u@yahoo.com.my

Baca Lanjut dan Komen...

Promosi Keahlian:

Semenanjung Malaysia:
1a. Pakej Keahlian Biasa (A) - RM50 + RM9 (Kos Penghantaran)
1b. Pakej Keahlian Biasa (B) - RM50 + RM9 (Kos Penghantaran)
2a. Pakej Keahlian Higoat - RM230 + RM12 (Kos Penghantaran)
2b. Pakej Keahlian Keluarga Sihat - RM230 + RM12 (Kos Penghantaran)
3. Pakej Stokis >RM3000 atau >1500PV

Sabah dan Sarawak:
1a. Pakej Keahlian Biasa - RM60 + RM12 (Kos Penghantaran)
1b. Pakej Keahlian Biasa (B) - RM50 + RM12 (Kos Penghantaran)
2a. Pakej Keahlian Higoat - RM265 + RM22 (Kos Penghantaran)
2b. Pakej Keahlian Keluarga Sihat - RM265 + RM22 (Kos Penghantaran)
3. Pakej Stokis >RM3000 atau >1800PV
 

Pos Terkini

HRGroup2u.net's Fan Box

Usrah Agro Farm Enterprise (SA0109193-T) Copyright © 2009

This Blog is Best Viewed with IE 1024 by 768 pixels. Mozilla Firefox is Not Supported at the moment.

Penafian:
Ini adalah blog peribadi atau blog usahawan "HRGroup2u.Net". Tiada kaitan dengan Syarikat MLM yang disertai. Untuk pertanyaan dan keterangan lanjut mengenai produk, sila hubungi HR Marketing Sdn. Bhd. di talian 04-7711448 atau layari laman web rasmi www.hrgroup2u.com.