Pages

3/28/2011

Sharing Is Caring!



"Caring is a powerful business advantage." - Scott Johnson
Baca Lanjut dan Komen...

3/27/2011

Susu Kambing, Manisnya Kurma Madu

Sesungguhnya nikmat Allah itu tidak terhitung banyaknya. Antara beberapa siri pengubatan Islam dalam Al Quran dalam Surah An-Nahl yang dapat diambil iktibar dan pengajaran.

Terjemahan Surah An-Nahl: Ayat 66-69




Kebaikan Susu

[An-Nahl: Ayat 66]

Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam perutnya, yang lahir dari antara hampas makanan dengan darah; (iaitu) susu yang bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang-orang yang meminumnya.



Kebaikan Buah Tamar/Buah Kurma

[An-Nahl: Ayat 67]

Dan dari buah tamar (kurma) dan anggur kamu jadikan daripadanya minuman haram dan makanan serta minuman yang halal; sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang mahu menggunakan akalnya.




Kebaikan Madu Lebah

[An-Nahl: Ayat 68-69]

Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.

Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.

Subhanallah.

Baca Lanjut dan Komen...

3/26/2011

Alat Tulis dan Buku Nota

Esok seawal pukul 6 pagi selepas solat subuh aku akan bergegas ke Hotel Regency, Kuala Lumpur untuk sampai tepat jam 8 pagi di sana menghadiri 'Seminar Minda Jutawan oleh 2 Orang "Multi Millionare" Negara' iaitu Dr. Azizan Osman dan Pengerusi Esekutif HR Marketing Sdn. Bhd., Tuan Haji Jahaya Hashim. Tak sabar rasanya untuk bertemu dengan dua orang hebat di Malaysia ini.

Minggu sudahnya aku menguruskan pendaftaran dan pembayaran yuran penyertaan sebanyak RM150. Aku rasa yuran ini sangat berbaloi dengan ilmu dan tip-tip yang akan aku perolehi nanti. Orang berjaya berpesan, "Jika kita ingin berjaya, belajar dan dampingi orang yang telah berjaya." Inilah yang selalu aku ikuti dan aku tak akan rasa terkilan melaburkan sedikit wang untuk menuntut ilmu dan untuk ilmu.

Semalam aku menerima SMS pengesahan pendaftaranku, "Tahniah, anda telah membuat keputusan yang bijak untuk menyertai Seminar Gabungan 2 Minda 2 Millionaire Negara. Sila bawa bersama alat tulis dan buku nota." Alat tulis dan buku nota?, "Ah... tak suruh bawapun aku akan bawa", kata hati kecilku kerana ini menjadi amalanku membawanya ke mana sahaja kelas belajar atau majlis ilmu yang akan aku pergi sejak di bangku sekolah lagi.

Sayangnya, aku lihat pelajar-pelajar atau anak-anak sekarang tidak gemar atau kurang minat mencatat apa-apa nota jika mereka menghadiri mana-mana kelas atau majlis ilmu. Mungkin aku berpendapat yang mereka tidak berminat atau merasakan yang mencatit ilmu atau tip-tip yang diberikan itu tidak penting. Maka bagaimana pula mereka boleh mengingati kesemua perkara yang dikatakan oleh penceramah atau guru mereka.? Seolah-olah mencurah air ke daun keladi. Adakah daya hafalan atau memori mereka sangat kuat.? Selepas sahaja pulang, sudah tentu mereka akan lupa kepada kesemua perkara yang dipelajari. Kalau tidak sekalipun, hanya 30% sahaja perkara penting yang mereka boleh ingat.

Pakar motivasi mengatakan bahawa untuk melatih otak kita bekerja dan mengingati sesuatu, kita perlu membuat catatan. Membaca dan mengulanginya beberapa kali diikuti oleh latihan praktikal. Apabila ia telah diulang dan diulang beberapa kali, ia akan menjadi amalan dan pasti ia akan menjadi ingatan. Hari pun sudah larut malam, ya sudah hampir jam 1 pagi. Esok aku kena bergegas dan bangun awal pagi untuk bertemu dan belajar dengan orang yang hebat. InsyaAllah, akan aku kongsikan rahsia-rahsia dan tip-tip hebat kejayaan dari orang yang luar biasa hebat ini.

Baca Lanjut dan Komen...

3/24/2011

Nasi Lemak Kopi SpyHRu

Hujan lebat mencurah-curah tak henti-henti seawal pagi hari Selasa. Sempat membeli 3 bungkus nasi lemak di gerai "Cik T" di persimpangan tepi jalan nak memasuki ke kawasan taman perumahan Blok 16, Bandar Tasik Puteri. 3 bungkus nasi lemak telur goreng mata kerbau semuanya berharga RM4.50 untuk isteri, anakku yang berusia 4 tahun yang masih lagi belum bersekolah dan untuk santapan diriku di pagi yang sejuk dingin ini.

Isteriku membancuh secawan kopi SpyHRu panas untuk ku. Sambil menatap komputer riba membaca kisah John Terry yang akan kembali meneraju pasukan bola sepak England yang sebelum ini telah disingkirkan kerana pendedahan yang dibuat oleh akhbar tentang kehidupan peribadinya yang bermasalah.

Beliau berkata penyertaan dirinya semula sebagai Kapten England mungkin tidak akan disenangi oleh rakan-rakan sepasukan tetapi itu bukanlah menjadi satu halangan kepada beliau. Beliau, kapten pasukan yang berpengalaman menyahut cabaran bahawa akan gigih dan mengikuti apa sahaja yang telah direncana oleh jurulatih pasukan Fabio Capello dan untuk kebaikan pasukannya.

Sekali-sekala aku menyudu nasi lemak ke mulut sambil menghirup kopi SpyHRu panas perlahan-lahan. Memang enak dan lazat sambil membaca perkembangan sukan tanah air dan luar negara. Bola sepak memang menjadi sukan 'favorite'ku sedari kecil. Semasa zaman persekolahan, aku telah terpilih mewakili sekolah untuk perlawanan bola sepak Majlis Sukan Sekolah-sekolah Negeri Johor (MSSJ). Tapi bakatku terkubur, aku hanya mampu meneruskan di peringkat MSSJ sahaja kerana ayah dan ibuku lebih mementingkan akademik anaknya dari menjadi seorang pemain bola sepak profesional. Aku akur dengan kehendak ayah dan ibuku kerana aku juga bercita-cita ingin menjadi seorang jurutera. Alhamdulillah, cita-citaku tercapai dan terlaksana sebagai seorang jurutera komputer apabila aku berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti dan memperolehi ijazah pertama, namun ia tidak melunturkan minatku terhadap sukan bola sepak.

Terry dan England dengan misinya untuk menang pada perlawanan Sabtu ini menentang Wales di Stadium Millennium manakala aku dengan misiku selepas ini untuk meneruskan berkarya dan mengemaskini blog promosi susu kambing HiGoat, "Buletin HRGroup2u.net" sambil menyemak dan mendaftarkan keahlian baru bisnes MLM yang sedang aku ceburi secara sepenuh masa sekarang.

Tanpa aku sedari, hujan lebat sudah lama berhenti. Nasi lemakku sudah tinggal pada sudu yang terakhir dan air kopi SpyHRu yang kian sejuk sudah tinggal seteguk dua. Memang asyik bila membaca berita sukan sambil menikmati santapan pagi nasi lemak kopi SpyHRu ini.

Baca Lanjut dan Komen...

Promosi Keahlian:

Semenanjung Malaysia:
1a. Pakej Keahlian Biasa (A) - RM50 + RM9 (Kos Penghantaran)
1b. Pakej Keahlian Biasa (B) - RM50 + RM9 (Kos Penghantaran)
2a. Pakej Keahlian Higoat - RM230 + RM12 (Kos Penghantaran)
2b. Pakej Keahlian Keluarga Sihat - RM230 + RM12 (Kos Penghantaran)
3. Pakej Stokis >RM3000 atau >1500PV

Sabah dan Sarawak:
1a. Pakej Keahlian Biasa - RM60 + RM12 (Kos Penghantaran)
1b. Pakej Keahlian Biasa (B) - RM50 + RM12 (Kos Penghantaran)
2a. Pakej Keahlian Higoat - RM265 + RM22 (Kos Penghantaran)
2b. Pakej Keahlian Keluarga Sihat - RM265 + RM22 (Kos Penghantaran)
3. Pakej Stokis >RM3000 atau >1800PV
 

Pos Terkini

HRGroup2u.net's Fan Box

Usrah Agro Farm Enterprise (SA0109193-T) Copyright © 2009

This Blog is Best Viewed with IE 1024 by 768 pixels. Mozilla Firefox is Not Supported at the moment.

Penafian:
Ini adalah blog peribadi atau blog usahawan "HRGroup2u.Net". Tiada kaitan dengan Syarikat MLM yang disertai. Untuk pertanyaan dan keterangan lanjut mengenai produk, sila hubungi HR Marketing Sdn. Bhd. di talian 04-7711448 atau layari laman web rasmi www.hrgroup2u.com.